Pages

Saturday, 25 October 2014

Soul Reflection..

Assalaamualaikum Wbt & Good Day,

Moga bermulanya Tahun Baru Hijrah ini bertambah teguhnya Iman, Taqwa & Amalan kita semua dalam perjalanan menuju Yang Maha Esa.

It is also encouraged to Fast this month, especially on the Days of Tasu'a & Ashura (9 & 10 Muharram respectively), InshaAllah..

Thursday, 16 October 2014

Subuh

Daripada Jundub bin Abdullah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda,

“Sesiapa yang bersolat subuh (pada waktunya secara berjemaah) maka dia berada dalam jaminan (keamanan dan perjanjian (Allah denan itu janganlah sampai Allah menuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan (perjanjian). (Jangan sampai kamu meninggalkan solat subuh) kerana sesungguhnya sesiapa yang dituntut oleh Allah daripada suatu jaminannya (perjanjiannya) tentu akan tercapai (berlaku), kemudian Allah menyembahkan mukanya ke dalam api neraka”.

(Hadis Riwayat Muslim)

HARTA RIBA' WUJUD DI MERETA TEMPAT.

HARTA RIBA' WUJUD DI MERATA TEMPAT

Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya". (H.R. Ibnu Majah)

Keterangan

Hadis sabdaan Rasulullah saw. ini sangat jelas di hadapan mata kita pada hari ini.

Solat yang Allah tidak terima

RENUNGAN....

Rasulullah bersabda, 10 orang yang solatnya tak diterima oleh Allah swt adalah :-

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).

4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.

7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.

8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

9. Orang yang suka makan riba.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT.” Hassan r. a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”