Assalamualaikum...
Siapa kita nak tunjuk hebat depan Allah. Sekali Allah jentik kita, kiok kita. Kita kalau takabbur, kita buat bumi sendiri... kamu takabbur lah di bumi kamu tu.kita kalau nak takabbur, kita makan nasi yg kita buat sendiri. Ha, kalau kita boleh buat macam tu, kamu nak sombong pun
takpe.kita kalau nak takabbur, pastu nanti malaikat maut nak cabut nyawa, kita minta tempoh sikit masa lagi, nah, nak takabbur banyak mana pun boleh.
Takpun masa takabbur, jangan tunjuk pada Allah. Sorok sikit supaya Allah tak tahu bahawa kita takabbur. Tidak pun, masa malaikat Zabaniah nak tarik kita masuk neraka,
kita terajang dia, pastu kita lari ke syurga. kalau kita boleh buat macam tu, nak sombong ke nak buat benda jahat ke, nak buat apa-apa ke, buatlah.. Tapi boleh ke? Tu persoalannya. Takabbur ni lah yang mnyebabkn iblis yang takut kpd Allah diusir keluar dr syurga. Amal banyak mana pun kalau takabbur, neraka
jugak. Jadi presiden tapi takabbur, taknak buat kerja-kerja bawah, orang nak tegur pun tak layan, masuk neraka juga.
Jadi barang takabbur ni,warisan syaitan, Iblis. Kalau kita takabbur, kita ni adik-beradik Iblis. Dah kalau membazir pun dipanggil sedara Iblis, maka takabbur lagi-lagila. Kenapa kita nak takabbur sangat. Bukan kita boleh menembusi bumi dan langit pun. Kalau kita boleh tembus
bumi dan langit, logic juga kalau kita nak
takabbur........
Wallahualam.