Pages

Wednesday, 4 November 2015

Mengenal Allah.

"Wahai mereka yang baru belajar, hendaklah kamu menuntut ilmu. Sesungguhnya ilmu-ilmu yang lain adalah hamba kepada ilmu tauhid. Kamu belajar ilmu fiqh untuk mengesahkan hukum. Akan tetapi, engkau lalai daripada mengenal tuhan yang menurunkan hukum."

"Tidak ada satu musibah yang lebih dahsyat daripada putusnya hubungan seseorang hamba itu dengan Allah سبحانه وتعالى. Orang yg merasakan dirinya bertauhid dialah sebenarnya kurang bertauhid. Orang yg merasakan dirinya kurang bertauhid dialah sebenarnya sedang mencapai peringkat tauhid. Seseorang yg beramal tanpa tauhid yang kukuh di dalam hatinya, maka amalnya akan goyah."

"Sebelum mati kita yang sebenar tiba, matikan diri kita dulu. Matikan yang macam mana? Yakni, matikan nafsu kamu. Dengar lihat pandang perkara yang Allah سبحانه وتعالى redha sahaja. Leburkan sifat keakuan diri. Saat kita mengingati Allah سبحانه وتعالى, bukan kita yang ingat Allah, tapi Allah سبحانه وتعالى jua lah yang meletakkan hamba-Nya untuk mengingati Allah سبحانه وتعالى."

"Setiap yang Allah cipta walaupon tsunami banjir yang besar sekalipon, jangan lihat pada musibah yang menimpa tapi lihat pada siapa yang menciptakannya. Begitu juga bila barang naik jangan dilihat pada siapa yang memimpin. Lihatlah Pencipta itu sendiri. Tiada siapa dapat mengerakkan satu zarah pun melainkan hanya Dia Allah سبحانه وتعالى. Siapa tahu hujung usianya husnul khotimah."

"Lihat air di dalam gelas. Tak dilihat kaca gelas tapi dilihat terus pada air di dalam gelas. Tauhid hakiki bila dapat dicapai maka fanalah dunia ni daripada dirinya. Yang nampak hanya lah Allah سبحانه وتعالى. Laillahaillallah wahdahu la syarikallah lahulmulku walahul hamdu yuhyi wayumitu wahuwa ala kulli syai in qadir."

"Sunah dibaca sepuluh kali selepas subuh dan maghrib. Maka amalkan. Kesan zikir ini apabila dihayati walau dipuji melambung tidak ada kesan pada dirinya sebab nampak semuanya datang daripada Allah سبحانه وتعالى."

"Contoh kita bawak balik kereta bos kita, bermacam jenama bersilih ganti. Kawan kita puji hebatnya kau ada kereta macam-macam. Kita tak rasa bangga sebab kereta itu bukan kita punya. Bukan hak kita. Tak rasa apa-apa pon. Bangga ataupun rasa terangkat. Segala-galanya jangan lihat pada asbab. Lihatlah pada Allah سبحانه وتعالى."

"Hari ini ramai orang yang belajar ilmu untuk menyampaikan ilmu, akan tetapi tidak ramai yang belajar ilmu untuk mendekatkan diri kepada Allah سبحانه وتعالى. Seseorang yang mencapai hakikat tauhid, dia dapat meleburkan sifat keakuan dirinya."

"Kita sudah terlalu lama berada di dalam ilmu dan amal, akan tetapi kebersamaan dengan Allah سبحانه وتعالى tidak ada. Sebab itulah semakin kita memperbanyakkan amal ibadah, semakin sombong, semakin suka mengumpat dan segala macam sifat mazmumah. Dia tidak kenal Allah سبحانه وتعالى."

"Orang dizaman kita sekarang sibuk dengan perhiasan luaran jasad, akan tetapi tak sibuk dengan perhiasan dalaman ruh. Kerna Iman itu apa yang ada di dalam hati. Dakwah itu mengajak manusia kepada Allah سبحانه وتعالى. Bukan mengajak kepada persatuan tertentu, parti, tariqat tertentu, guru tertentu dan sebagainya. Akan tetapi dakwah itu mengajak manusia kepada Allah سبحانه وتعالى."

"Firman Allah سبحانه وتعالى; "Dan kami ciptakan kamu berpasang-pasangan. Malam pasangannya siang. Matahari pasangannya bulan." Yang dinamakan makhluk itu semuanya berpasangan dan yang tunggal itulah Allah سبحانه وتعالى yang suci daripada berpasangan. Hikmah wujudnya alam ini adalah untuk Allah menceritakan bahawa Allah سبحانه وتعالى itu tunggal."

"Dan panas pasangannya sejuk. lelaki itu pasangannya perempuan. Baru sempurna. Jika lelaki sama lelaki atau perempuan sama perempuan maka tidak sempurna. Begitu juga dengan syariat. Pasangannya adalah hakikat. Barulah sempurna. Selama ni hanya kenal syariat, tanpa kenal hakikat. Akhirnya penat dengan beribadah tanpa kenal siapa yang diibadahkan. Sibuk dengan amal, akan tetapi hati tak sibuk dengan Allah سبحانه وتعالى."

"Hari ini senang-senang orang menghukum kafir sesama orang islam yang lain. Menghukum orang yang nazak meninggal tak ucap syahadah kafir, atau tak masuk syurga. Hakikat iman itu didalam hati. Seorang yang nazak dan menghampiri kematian, walaupon tidak terucap kalimah Laillaha illallah Muhammadurrasulullah dgn sempurna."

"Akan tetapi terungkap kalimah Laillahaillallah atau Allah atau Hu. Itu adalah sudah memadai. Kerana orang yang sentiasa mengingati Allah سبحانه وتعالى, itu sudah memadai. Dia ingat Allah. Dalam hatinya ada Laillahaillallah. Kita tak tahu, Kebersamaannya dengan Allah سبحانه وتعالى itu. Semoga akhir kalam didalam hidup kita, diatas dunia ini ditutup dengan syahadah."

Daripada Ustaz Johari Al-Muari.

MENGENALI SOLAT DA'IM (SOLAT BERTERUSAN)


Di dalam Al-Quran ada menyebut: "Hendaklah kamu menjaga solat-solatmu dan solat wustha(yang di tengah)"(Al-Quran).
yang dimaksudkan dengan solat oleh ahli fekah(syariat- zahir) ialah gerakan seluruh badan yg zahir..seperti berdiri,lidah membaca,ruku',sujud, duduk, mengeluarkan suara dan bacaan-bacaan tertentu.Oleh kerana itu di dalam Al-Quran disebut 'salawat'(beberapa solat).

Akan tetapi dalam ilmu tarekat dan hakikat kerohanian adalah solatnya hati sepanjang masa dan selamanya sebagaimana tersebut di dalam Al-Quran"Solatul Wustha"iaitu solat hati,kerana hati berada di tengah badan;antara kanan dan kiri,antara atas dan bawah,antara bahagia dan celaka.

Ahli fekah menyatakan bahawa memadai niat solat dibuat ketika takbiratul ihram maka sah solatnya namun menurut ulama tasawuf solat bukan hanya sekadar sah sahaja tapi dengan kesempurnaan yakni niat lillah Taala hendaklah sentiasa hadir bersama dengannya sepanjang solat sehingga terbawa ke luar solat. Sehingga hati seseorang berterusan dalam mengingati Allah.Inilah yang dipanggil "solat da'im".

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya hati manusia ada di antara dua jari-jari Allah.Allah membolak-balikkannya sesuai dengan kehendakNya"...
Dari ayat dan hadits tersebut di atas dapat diketahui solat yang pokok ialah solat hati.Bila solat hati dilupakan maka rosaklah solatnya.Apabila rosak solatnya hati maka rosak pulalah solat seluruh badan.

Sabda Rasulullah s.a.w."Tidak sah solat seseorang kecuali disertai dengan hadirnya hati".

Solat pada Syariat (feqah) mempunyai waktu khasnya tertentu di dalam sehari semalam sebanyak lima kali yg di fardhukan dan sunat dilakukan di masjid dengan berjemaah. Sama-sama menghadap ke arah Kaabah dan mengikuti imam, tanpa riyak dan sum'ah.

Solat tarekat dan hakikat atau kerohanian tasawwuf dilakukan selamanya (daim) selamanya tanpa batas waktu selama hidup didunia dan di akhirat nanti.Masjidnya ialah hati.Berjemaahnya ialah terpadunya kesucian batin dengan selalu memperdengarkan tauhid dengan lisan batin.Imamnya ialah rasa rindu di dalam hati untuk sampai(wusul)kepada Allah.Kiblatnya ialah Hadhirat Allah Yang Maha Tunggal dan keindahan ketuhanan.Itulah qiblat yang hakiki.Hati dan ruh selamanya (Daim) tidak terlepas dari solat ini.

Hakikatnya hati tidak pernah tidur dan tidak akan mati tetapi ia selalu punyai kegiatan disaat tidur mahu pun jaga.Solat hati dilakukan dengan hidupnya hati tanpa suara,berdiri dan duduk,ia selalu berhadapan dengan Allah dan sentiasa  dengan ucapan"KepadaMu kami beribadah dan kepadaMu kami mohon pertolongan"dan mengikuti Nabi Muhammad s.a.w. kerana begitulah keadaan sebagaimana Nabi s.a.w beriktikad.

Ayat "iyya kana'budu wa'iyya kanas ta'iin"mengikut tafsir Al-Qadhi disebut bahawa ayat ini merupakan isyarat tentang hati seseorang yang sudah makrifat kepada Allah,yang telah berpindah dari keadaan ghaib(memandang Allah secara ghaib)beralih kepada Hadrat Ahdiyat(Selalu merasa bersama Allah) sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w."Para Nabi dan para wali sentiasa solat(Daim) walau telah berpindah alam(wafat),seperti halnya mereka solat di rumahnya"yakni mereka selalu bermunajat dengan Allah kerana hatinya sudah hidup....

Bagi golongan tarekat,hakikat dan kerohanian seseorang akan putus perhubungan dengan Tuhan andai bergantung kepada solat lima waktu saja tapi hati tersebut hendaklah dihubungkan dengan Allah hatta diluar  solat..sedang ada antara sufi sejati menyatakan'lupa daku sesaat terhadap Tuhanku aku menghukum diri ku kufur'..oleh itu seseorang hendaklah tahu 'solat daim'(dengan berguru)iaitu solat yang sangat agung dalam nisbah hubungan seorang insan dengan Rabbnya....

Orang 'Ariffbillah berpendapat bahawa sembahyang atau solat itu ialah: jasad ialah Nafas ialah Hati ialah Rahsia (Sirr) ialah nyawa....contoh:Adapun solat jasad (tubuh) membawa fardhu dan sunat. Solat Nafas ialah"Keluar dan masuk dalamnya..syurga yang mulia. Solat Qalbi (hati) ialah putus harap daripada makhluk dan diikatkan hati serta Allah iaitu dalam keadaan solat yang berkekalan (Solat Daim).

Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesungguhnya ada sebahagian ilmu yang di ibaratkan permata yang terpendam,tidak dapat mengetahuinya kecuali Ulama Ariffbillah. Apabila mereka mengungkapkan ilmu tersebut maka tidak seorang pun yang membantahnya kecuali orang orang yang tidak faham tentang Allah"
(HR.Imam Tirmizi RA).

Wallahualam.....

Sumber dari Ustaz Iqbal Zain

Monday, 2 November 2015

Kedudukan Ulama..

"Mengkritik Ulama? Perlulah kita tahu di mana kedudukan kita. Para ulama menyebutkan. Kita dibenarkan untuk mengkritik atau memberikan komentar terhadap seseorang ulama jika kita memenuhi tiga syarat ini."

"Antara syarat-syaratnya ialah Ilmiyyah iaitu mempunyai keilmuan alim seumpama atau seakan-akan orang yang ingin kita kritik. Yang kedua, Ma'lumiyyah iaitu maklumat dan sumber yang tepat digunakan sebelum mengkritik."

"Dan yang ketiga, Al-Maudhu'iyyah iaitu mengkritik bukanlah atas tujuan hawa nafsu tetapi atas dasar ilmu dan bukannya hasad serta mengambil peluang atas kebencian terhadap individu yg dikritik. Jika tiga syarat ini tidak mampu dipenuhi maka diam lebih baik daripada bercakap."

"Sikap manusia sekarang ialah suka mengkritik tetapi tidak sedar diri sebelum mengkritik. Al-Imam Hujjatul Islam Muhammad al-Ghazali rah sendiri pernah menyebut; "Antara jenis kebodohan yang tidak boleh diubati ialah sikap seseorang yang baru sedikit masanya dengan ilmu, maka dia dengan cepat ingin mengkritik seseorang yang kehidupannya dihabiskan dengan ilmu."

"Orang itu menyangka semua masalah yang dia hadapi dan temui, itu juga adalah perkara yang perlu ulama menganggapnya sebagai masalah seperti yang dia sangka. Maka ini adalah salah satu kebodohan yang ada pada zaman sekarang yg sangat sukar diubati"

"Berapa ramai yang kita lihat sikapnya sebegini? Dia menjumpai sesuatu yg menyebabkan dia berfikir itu adalah masalah dan dia mewajibkan para ulama besar juga menganggap bahawa masalah yg dia hadapi adalah juga masalah kepada para ulama. Sedangkan bagi ulama itu adalah perkara yg mudah bukan masalah."

"Manusia yang paling jahat sekali dahulu adalah Manusia yang membunuh Para Nabi dan Dibunuh oleh Nabi. Zaman kita Sekarang manusia yg paling jahat sekali adalah manusia yang membenci Ulama'dan yang membunuh para Ulama. Bagi mereka yang mengakui mencintai ulama. Mengaku mengikut jalan salafusoleh, hendaklah berpegang teguh dengan Al-Quran , Al-Sunnah , Ijma ulama dan qiyas."

"Selain itu, hendaklah mencintai Baginda Nabi ﷺ serta seluruh ahli keluarga Baginda tanpa berbelah bahagi. Mencintai seluruh para sahabat Baginda Nabi ﷺ. Mengikut jalan para ulama dan salafussoleh radhiyallahu anhum ajma’in. Mengikuti pengajian dengan cara berguru bukan hanya dengan membaca buku sendiri dan memiliki sanad pengajian berguru dan bersambung sehingga kepada Rasulullah ﷺ."

"Juga bagi yang mengaku mengikut jalan salafusoleh, hendaklah mencintai Ilmu Tasawwuf dan beramal dengannya. Bukan hanya mencintai malah mengamalkan. Menghormati pandangan ulama-ulama terdahulu dan meletakkan kedudukan para ulama pada tempat yang sebaik-baiknya. Bagi yang mengaku mengikut jalan salafusoleh."

"Mereka yang menentang fahaman yang bertentangan dengan mereka bukanlah kerana ingin mencari popular tetapi semata-mata mencari keredhaan Allah سبحانه وتعالى dan Baginda Rasulullah ﷺ. Bukan juga mereka menentang kerana ingin menyerang peribadi susuk tubuh tertentu."

"Paling Penting sekali bagi yang mengaku mengikut jalan salafusoleh adalah mereka mengamalkan akhlak Baginda Nabi ﷺ. Baik dalam percakapan, perbuatan dan suluk hidup mereka Jika kamu bertemu dengan golongan yang melengkapi syarat yang saya sebutkan ini, yakni ulama. Yang mengikuti jalan salafusoleh. Dekatilah mereka dan santunilah mereka. Cintailah mereka. Moga kamu akan beroleh Rahmat Allah سبحانه وتعالى."

Daripada Sheikh Nazrul Nasir Al-Azhari.

ADAB BERCINTA DENGAN ALLAH

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Jala Al-Khathir mengatakan bahawa Allah Ta’ala telah berfirman dalam salah satu firman-Nya yang diwahyukan melalui hadis qudsi: “Telah berdustalah orang yang mengaku mencintai-Ku, tetapi pergi tidur dan melupakan Aku begitu malam menjelang.”

Jika engkau adalah salah seorang dari mereka yang mencintai Allah, niscaya engkau akan tetap bangun dan berjaga malam, dan kalaupun engkau tidur, itu hanya akan terjadi kerana mengantuk telah menyerangmu dengan kekuatan yang tak tertahankan.

Sang pencinta (muhibb) berada di bawah beban tekanan dan ketegangan, sedangkan sang kekasih (mahbûb) merasa tenang dan nyaman. Sang pencinta adalah orang yang mencari (thâlib), sedangkan sang kekasih adalah orang yang dicari (mathlûb).
Nabi Saw. diriwayatkan telah bersabda: “Allah akan mengatakan kepada Jibrail: Jadikanlah si fulan tidur, dan jadikanlah si fulan (yang lain) bangun.”

Ada dua cara untuk memahami firman Allah ini. Yang pertama: “Jadikanlah orang tertentu sang pencinta—bangun, dan jadikanlah orang yang lain—sang kekasih—tidur. Yang disebut pertama telah mengaku bahawa dia mencintaiku; jadi aku harus memeriksanya dan menempatkannya di tempatnya yang selayaknya, daun-daun keberadaannya bersama siapa pun selain Aku berguguran darinya.

Jadikanlah Dia bangun, sampai bukti pengakuannya dikukuhkan, dan cintanya dikukuhkan. Dan jadikanlah orang tertentu yang lain tidur, sebab dia adalah kekasih-Ku, dia telah lama bekerja keras. Tidak ada satu jejak pun yang tertinggal padanya dari orang selain Aku. Cintanya kepada-Ku telah menjadi tunggal, dan telah kukuhlah pengakuan, bukti dan pemenuhannya terhadap perjanjian-Ku. Sekarang adalah giliranku untuk memenuhi perjanjiannya.

Dia adalah tetamu, dan seorang tamu tidaklah disuruh bekerja dan melayani. Aku akan membiarkannya tidur di kamar penjagaan-Ku yang lemah lembut, dan aku akan membiarkannya duduk di meja anugerah-Ku. Aku akan menjamunya dalam kedekatan-Ku dan Aku akan memindahkannya dari hadapan orang-orang lain selain Aku. Cintanya telah terbukti asli, dan manakala cinta itu tulen, maka rasa keasingan ditiadakan.”

Penafsiran yang lain adalah: “Jadikanlah si fulan tidur, kerana tujuannya dalam menyembah-Ku adalah untuk memperoleh perhatian dari sesama makhluk. Dan bangunkanlah si fulan yang lain, sebab tujuannya dalam menyembah-Ku adalah untuk memperoleh anugerah-Ku. Jadikanlah si fulan tidur; sebab aku tidak menyukai suaranya, dan jadikanlah si fulan yang lain bangun, sebab Aku senang mendengar suaranya.”

Sang pencinta menjadi yang dicintai hanya apabila hatinya telah tersucikan dari segala sesuatu kecuali Junjungannya Yang Maha Kuasa lagi Maha Agung, hingga ia tidak memiliki keinginan untuk meninggalkan-Nya lagi dan kembali kepada yang lain. Jalan bagi hatinya untuk mencapai kedudukan (maqâm) ini adalah dengan melaksanakan kewajiban-kewajiban agama (farâ’idh) menjauhi hal-hal yang haram dan nafsu badaniah (syahwât), memperoleh hal-hal yang diperbolehkan (mubâh) dan halal tanpa nafsu (hawâ) dan keterlibatan (wufûd), dan praktik yang sehat dalam menjauhi hal-hal yang haram (waraʽsyâfî) dan zuhud yang sempurna.

Ia adalah meninggalkan segala sesuatu selain Allah, menentang diri rendah (nafs), nafsu (hawâ) dan syaitan, pembersihan hati dari semua makhluk, dan bersikap tak acuh baik terhadap pujian mahupun celaan, terhadap penerimaan hadiah ataupun tidak menerima, dan terhadap kehidupan keras di padang pasir ataupun kenyamanan yang berperadaban.

Tahap pertama urusan ini adalah bersaksi bahawa tidak ada yang patut disembah kecuali Allah, dan tahap yang terakhir adalah sikap tak acuh dan tidak membeda-bedakan antara kehidupan yang keras dan kehidupan yang berperadaban. Manakala hati seseorang sehat, maka dia begitu terkait dengan Tuhannya sehingga padang belantara dan kota, pujian dan celaan, sakit, dan sehat kekayaan dan kemiskinan, keberhasilan dan kegagalan duniawi semuanya tak ada bedanya sejauh menyangkut dirinya.

Manakala seseorang secara asli telah mencapai tahap ini, maka dia mengalami kematian diri rendahnya (nafs) dan nafsunya (hawâ), dorongan-dorongan alamiahnya berhenti bergejolak, dan syaitannya menjadi tunduk kepadanya. Dunia dan para pemiliknya menjadi tidak penting dalam hatinya, sementara akhirat dan para pemiliknya memperoleh kepentingan besar dalam pandangannya.
Kemudian dia berpaling dari kedua dunia ini dan bergerak menuju Junjungannya. Hatinya menemukan jejak di tengah-tengah para makhluk (khalq) yang dengannya ia bisa sampai kepada kebenaran. Mereka menyisih untuknya ke kanan dan ke kiri, mundur dan memberikan jalan kepadanya, mereka lari menjauhi api kebenarannya (shidq) dan kemuliaan yang menggetarkan dari wujud terdalamnya (sirr).

Sekarang dia dipandang besar di kerajaan spiritual. Semua makhluk berada di bawah kaki hatinya dan mendapatkan perlindungan dalam bayang-bayangnya.

Engkau tidak terbimbing dengan benar. Engkau mengklaim sesuatu yang bukan milikmu dan yang tidak engkau miliki. Diri rendahmu mengendalikanmu, dan makhluk-makhluk dan semua isi dunia ini berada dalam hatimu. Dalam hatimu, mereka lebih besar daripada Allah. Engkau berada di luar batas manusia-manusia (pilihan Tuhan) dan penilaian mereka.

Jika engkau ingin mencapai apa yang telah kuisyaratkan, engkau harus memusatkan perhatianmu kepada penyucian hatimu dari segala sesuatu.”

--Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam kitab Jala Al-Khathir

Sumber : Ustaz Iqbal Zain

WAHAI JIWA, DIALAH DISEBALIK SESUATU

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani berkata: "Betapa sering aku berusaha membuatmu menyedari, tetapi tetap saja engkau tidak memahami masalahnya... “Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka sungguh dia adalah orang yang terbimbing lurus (QS Al-A‛râf (7) :178).

“Barangsiapa dibiarkan sesat oleh Allah, maka sungguh tidak ada pemandu baginya (QS Al-A‛râf (7):186).

“Dan barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tidak ada orang yang akan dapat menyesatkannya (QS Al-Zumar (39) : 37).

Nabi kita Muhammad saw. tetap berharap bahawa mereka yang telah tersesat bisa menerima petunjuk yang benar, dan beliau sangat menginginkan hal ini sehingga Allah mewahyukan kepada beliau: “Sesungguhnya engkau tidak bisa memberi petunjuk kepada orang yang engkau cintai, tetapi Allah-lah yang membimbing siapa yang dikehendaki-Nya (QS Al-Qashash (28) : 56).

Ketika itulah beliau saw. berkata: “Aku telah diutus untuk menawarkan petunjuk, tetapi (penerimaan) petunjuk itu tidak ada kaitannya denganku.

Dan iblis menyediakan godaan, tetapi penyimpangan dari jalan yang benar tidak ada kaitannya dengan dia.”

Adalah keyakinan yang kuat dari orang-orang yang mengikuti kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya saw bahwa pedang tidaklah memotong kerana sifatnya, tetapi bahawa Allah-lah yang memotong dengannya; bahawa api tidaklah membakar kerana sifatnya, tetapi Allah-lah yang menisbahkan sifat-Nya untuk membakar; bahawa makanan tidaklah menghilangkan rasa lapar dikeranakan sifatnya, tetapi Allah-lah yang menyandarkan Sifat-Nya untuk menghilangkan rasa lapar kita; bahawa air tidaklah menghilangkan rasa haus dikeranakan sifatnya, tetapi Allah-lah yang menghilangkan rasa haus kita dengannya.

Begitu pula dengan semua sarana material dalam berbagai bentuknya. Allah lah hakikat yang mengendalikan dan menisbahkannya, sementara sarana-sarana tersebut hanyalah alat/mazhar di tangan-Nya, yang dengannya Dia melakukan apa pun yang dikehendaki-Nya.

Ketika Ibrahim a.s., sahabat khusus Allah, dilemparkan ke dalam api besar yang berkobar-kobar, dan Allah tidak menghendaki dia terbakar hangus oleh panasnya, maka Dia memperlakukan kepadanya keadaan dingin dan damai. Kita tahu, dari hadis shahih yang telah sampai kepada kita, bahawa Nabi saw pernah mengatakan: “Pada hari kiamat nanti, neraka akan berkata: “Lewatlah, wahai orang beriman, sebab cahayamu telah memadamkan kobaran apiku!”

Seorang budak mungkin perlu dipukul dengan tongkat, tetapi anggukan kepala dan jelingan mata saja sudahlah cukup untuk mengatakan kepada mereka isyarat apa yang diminta darinya.”

--Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam kitab Jala Al-Khathir

Sumber : Ustaz Iqbal Zain.

Sunday, 1 November 2015

MEMAHAMI MAKNA ZUHUD

Sikap zuhud adalah amalan hati, sangat samar, dalam dan memerlukan kekuatan besar untuk menumbuhkannya. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Zuhud itu di sini! Takwa itu di sini! Ketulusan (ikhlâs) itu di sini!” seraya menunjuk tangan ke dadanya.

Orang yang mampu menumbuhkan prinsip-prinsip zuhud dalam kalbunya telah meneguhkan bangunan tauhid yang kokoh. Hanya Allahlah yang dia tuju, akhirat adalah negeri tujuan hidupnya, serta tak mudah terpikat oleh rayuan dan gemerlap dunia. Dia tidak mengejar-ngejar hal-hal duniawi, tapi dunia justeru mengejarnya.

Rasulullah SAW juga bersabda,“Barangsiapa yang keinginannya adalah negeri akhirat, maka Allah akan mengumpulkan kekuatannya, menjadikan hatinya kaya dan dunia akan mendatanginya dalam keadaan hina. Namun barangsiapa yang niatnya mencari dunia, Allâh akan mencerai-beraikan urusan dunianya, menjadikan kefakiran di pelupuk matanya, dan dunia yang berhasil diraih hanyalah apa yang telah ditetapkan baginya.” (HR Ahmad dan Ibn Hibban).

Jadi, memilih hidup zuhud bukan bererti melalaikan tugas, kewajiban dan tanggung jawab sebagai manusia. Bukan meninggalkan kewajipan untuk mencari nafkah untuk keluarga. Bukan pula berlari dan bersembunyi di gua. Bukan pula meminta kepada Allah untuk segera meninggalkan dunia ini. Namun, zuhud adalah kesedaran jiwa yang selalu kokoh dalam memegang tujuan penciptaan, yakni untuk beribadah. Zuhud adalah kesedaran jiwa bahawa yang selalu mengisi kalbunya hanya Allah, bukan selain-Nya. Kerana itu, Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani mengingatkan, genggamlah dunia di tangan, jangan di dalam hati!

Ukuran zuhud bukan terletak pada rupa dan bentuk zahir tapi hakikat zuhud itu terletak didalam batinnya(hati).

Imam Hasan Al-Bashri berkata, “Aku telah menjumpai suatu kaum dan berteman dengan mereka. Tidaklah mereka itu merasa gembira kerana sesuatu yang mereka dapatkan dari perkara dunia, juga tidak bersedih dengan hilangnya sesuatu itu. Dunia di mata mereka lebih hina daripada tanah. Salah seorang di antara mereka hidup satu atau dua tahun dengan baju yang tidak pernah terlipat, tidak pernah meletakkan pakaian di atas perapian, tidak pernah meletakkan sesuatu antara badan mereka dengan tanah (beralas) dan tidak pernah memerintahkan orang lain membuatkan makanan untuk mereka. Bila malam tiba, mereka berdiri di atas kaki mereka, meletakkan wajah-wajah mereka dalam sujud dengan air mata bercucuran di pipi-pipi mereka dan bermunajat kepada Allah agar melepaskan diri mereka dari perbudakan dunia.

Ketika beramal kebaikan, mereka bersungguh-sungguh dengan memohon kepada Allah untuk menerimanya. Apabila berbuat keburukan, mereka bersedih dan bersegera meminta ampunan kepada Allah. Mereka senantiasa dalam keadaan demikian. Demi Allah, tidaklah mereka itu selamat dari dosa kecuali dengan ampunan Allah. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan redha-Nya kepada mereka.”

Orang yang zuhud adalah orang yang selalu bersikap sabar dalam penderitaan, selalu bersikap qanaah (merasa cukup) dengan seluruh pemberian Allah, bertawakal dan bertakwa, serta yaqin dengan keyakinan penuh akan jaminan Allah. Sehingga ia akan mantap dalam beribadah, mempunyai tujuan hakiki dalam hidupnya, serta menjadikan dunia dan usahanya sebagai media untuk persiapan kehidupan abadi di akhirat.

Rasulullah SAW bersabda,“Sekiranya anak Adam memiliki harta sebanyak dua bukit, niscaya ia akan mengharapkan untuk mendapatkan bukit yang ketiga, dan tidaklah perut anak Adam itu dipenuhi melainkan dengan tanah, dan Allah menerima tobat siapa saja yang bertobat.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

TENTANG HAKIKAT DIRI DALAM SOLAT

Ibnu Athaillah berkata, "Syekh Abu Al-Hasan Al-Syadzili r.a. mengatakan, 'Keadaan dirimu boleh diukur melalui solat. Jika engkau meninggalkan hal-hal yang bersifat duniawi maka kau bahagia. Tapi, jika tidak, tangisilah dirimu.

Jika kaki ini masih sulit dilangkahkan menuju solat, adakah orang yang tidak ingin berjumpa dengan Kekasihnya?!
Allah SWT berfirman, 'Solat mampu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.' (QS. Al-Ankabut 29: 45).

Maka, barangsiapa yang ingin mengenal hakikat dirinya di sisi Allah dan mengetahui keadaannya bersama Allah, perhatikanlah solatnya. Apakah ia melakukan solat dengan khusyuk dan tenang atau dengan lalai dan tergesa-gesa?

Jika engkau tidak menunaikan solat dengan khusyuk dan tenang, sesalilah dirimu! Sebab, orang yang duduk dengan pemilik kasturi, ia akan dapatkan wanginya. Sementara, ketika solat, sesungguhnya engkau duduk bersama Allah.

Jika engkau ada bersama-Nya tetapi tidak mendapatkan apa-apa, bererti ada penyakit dalam dirimu, mungkin berupa sombong, ujub, atau kurang beradab. Allah SWT berfirman, 'Akan Ku-palingkan dari ayat-ayat-Ku orang yang bersikap sombong di muka bumi dengan tidak benar.' (QS Al-A'raf 7: 146).

Kerana itu, setelah menunaikan solat, janganlah terburu-buru pergi meninggalkan tempat solat. Duduklah untuk berzikir mengingat Allah seraya meminta ampunan atas segala kekurangan. Boleh jadi solatnya tidak layak diterima. Tapi, setelah berzikir dan beristigfar, solatnya menjadi diterima. Rasulullah Saw. sendiri selepas shalat selalu membaca istigfar sebanyak tiga kali.'"

--Ibnu Atha'illah dalam Taj Al-'Arus

Sumber : ust Iqbal Zain.