Pages

Thursday, 11 May 2017

LATIH DIRI UNTUK SENTIASA BERSANGKA BAIK KEPADA ALLAH


Syeikh Malik adalah seorang ulama dan juga seorang da’i. Ia telah banyak meng-Islam-kan orang-orang. Ia selalu saja berusaha untuk mengenalkan agama Allah kepada orang-orang… Tapi pada suatu hari ia terkena penyakit kulit yang makin lama makin membesar dan mengganggu.

Maka ia pun berubat kepada doktor. Tapi sudah banyak doktor yang ia datangi tapi tak membuahkan hasil sama sekali. Penyakit kulitnya tak kunjung sembuh. Tapi kerana Syekh Malik adalah orang yang faham agama maka beliau selalu saja berprasangka baik kepada Allah…

“Pasti ada kebaikan dalam penyakit ini,” katanya.

Hingga suatu hari seorang muridnya membawa berita bahwa ada seorang pertapa yang mempunyai kelebihan dalam mengubati berbagai macam penyakit… Tapi hal ini mendapat tentangan dari orang-orang. Mereka berpendapat, “Mana mungkin seorang Ulama besar berobat kepada seorang pertapa yang merupakan adalah seorang Ateis(tidak percaya kewujudan Tuhan).”

Tapi Syeikh Malik berpendapat lain, “Saya akan kesana dengan tujuan cuba mengajaknya untuk memeluk Islam, kerana dia adalah seorang yang tersesat,” katanya. “Kelebihan apa yang dimiliki oleh pertapa itu sehingga Allah memberinya kemampuan untuk mengobati orang-orang?” fikir Syeikh Malik.

Maka Syeikh Malik pun mendatangi Pertapa itu… Tapi sang pertapa tidak mengetahui tentang Syeikh Malik. Rupanya tempat tinggal pertapa ini jauh di dalam hutan, di tengah kesunyian hutan. Keadaan pertapa itu sangat sederhana.

Maka mulailah Syekh Malik membicarakan tentang penyakitnya dan pertapa itu meneliti penjelasan Syeikh Malik dengan sangat saksama. Pertapa itu kemudian memberikan beberapa ramuan-ramuan yang terdiri dari daun-daunan pepohonan, kerana telah menjelaskan tentang penyakitnya dan mendapatkan pengubatannya maka mulailah Syeikh Malik mencari tahu tentang pertapa ini dengan tujuan adanya kemungkinan untuk mengajaknya kepada agama Allah.

“Apa yang kamu lakukan di tempat sunyi ini dan kenapa kamu tidak tinggal di kota saja?” tanya Syeikh Malik.

“Saya sangat selesa di sini… suasananya sangat tenang. Sehingga jiwa ini juga jadi tenang,” jawab si Pertapa. “Saya tak ingin merosak hati ini dengan noda-noda kehidupan,” lanjutnya. “Di sini kita hidup dengan santai tanpa harus terburu-buru… semuanya disediakan oleh Alam dan sangat murni,” ceritanya lagi.

“Tapi bukankah kamu dapat menjadi kaya kalau kamu tinggal di kawasan kota… kamu dapat menjadi Tabib?” tanya Syekh Malik lagi.

“Tapi saya tak inginkan itu, saya hanya ingin tenang,” jawab Sang Pertapa.

Setelah bercakap-cakap akhirnya Syeikh Malik balik pulang dengan membawa resepi ubat dari Sang pertapa. Ajaib dengan memakai resepi dari Sang pertapa penyakit kulit Syeikh Malik beransur-ansur Allah sembuhkan.

Dengan kejadian ini maka Syeikh Malik berfikir di dalam hati, “Aneh… Telah banyak para doktor yang kutemui tapi penyakit ini tak kunjung sembuh.” “Tapi mengapa dengan resepi ubat dari pertapa ini Allah telah sembuhkan penyakit ini? Pasti ada sesuatu yang Allah simpan dalam peristiwa ini dan pasti itu baik,” fikir syeikh Malik dalam renungannya

Maka Syekh Malik bertekad untuk menemui pertapa itu kembali.

“Wahai Tuan, resep Anda sangat manjur… Penyakit saya telah sembuh,” kata syeikh Malik ketika menemui Pertapa itu.

“Itu kerana Alam,” katanya.

Maka Syekh Malik mulai terlibat percakapan panjang lebar dengan Pertapa itu sambil mencoba mencari-cari cara untuk mengajak pertapa itu menyembah Allah.

Hingga akhirnya Syeikh Malik betanya, “Apa amalan Anda sehingga Anda mendapatkan berkah ini, pandai mengubati segala macam penyakit?”

Sejenak Pertapa itu terdiam, lalu berkata, “Segala sesuatu yang ditolak oleh hatiku, maka pasti akan kulaksanakan.”

Mendengar hal itu Syeikh Malik terkejut, “Betulkah perkataanmu itu. wahai Tuan?”

“Ya, betul. Apa yang ditolak oleh hatiku maka pasti akan kulakukan.”

Sejenak Syekh Malik terdiam sambil berfikir, “Amalan inilah yang menyebabkan Allah memberinya kemampuan ini.” “Mungkinkah kalau aku menawarinya menjadi seorang muslim hatinya pasti menolak?” fikir Syekh Malik lagi

Spontan Syekh Malik bertanya… “Mahukah Anda menjadi seorang muslim?”

“Apa?” jawab Pertapa itu dengan terkejut.

“Maukah Anda menjadi seorang muslim?” tanya Syeikh Malik lagi tanpa ragu-ragu.

Sejenak pertapa itu terdiam dan menatap Syeikh Malik.... lalu berkata, “Sebentar saya tanya hati ini dulu.”

Syeikh Malik menunggu dengan perasaan harap-harap cemas

Lalu Pertapa itu berkata, “Ya, saya mahu menjadi seorang Muslim.”

“Betulkah, Wahai Tuan?” sahut Syekh Malik.

“Ya… Saya telah bertanya kepada hati ini ternyata ia menolak. Maka apabila hati ini menolak pasti saya mengikutinya,” kata pertapa itu.

“Alhamdulillah…” jawab Syeikh Malik. “Rupanya inilah keinginan Allah sehingga penyakit saya tak sembuh-sembuh dan mengirim saya ke tempat ini. Rupanya pertapa ini akan mendapat hidayah melalui penyakit kulitku,” fikir Syekh Malik dalam hati.

“Lalu di mana saya akan mempelajari Islam?” tanya Pertapa itu.

“Ikutlah denganku, Tuan… Akan kutunjukkan tempatnya.” jawab Syeikh Malik sambil terus mengucapkan Hamdalah kerana seseorang telah menjadi Muslim dan bertuhankan Allah Pemilik Langit dan Bumi…

Semua Kemauan Allah adalah Baik. Tinggal Kita Jalani Sesuai Perintah-Nya.

InshaAllah Kita Akan Dapatkan Hikmah dan Kebaikan di Dalamnya.

A M I N

Sumber ilmu : Ustaz Iqbal Zain

MALAM NISFU SYA'BAN

Para Salafus Soleh menjadi adat membaca Yasin pada malam nisfu Syaaban.

Ini kerana Yasin adalah qalbu Al Quran. Bahkan Nabi Muhammad SAW mengharapkan Yasin ini dihafaz oleh umat baginda SAW.

Seluruh Al Quran adalah mulia, namum ada surah dan ayat yang diberi keistimewaan yang tertentu.

Sebagai contoh ayat Kursi, surah al Ikhlas dan sebagainya.

Para Salafus Soleh menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan pelbagai amalan ibadat kerana kemuliaan yang ada di dalamnya.

Nabi SAW pada malam nisfu Syaaban telah didatangi oleh malaikat Jibril dan diperintahkan untuk keluar memohon keampunan.

Kerana pada malam tersebut Allah mengampunkan kepada keseluruhan umat baginda kecuali orang memutuskan silaturahim, menderhaka kepada ibu bapa, membuat minuman yang memabukkan.

Maka berazam lah kita untuk membebaskan diri dari dosa-dosa ini kerana dimana kah lagi kita hendak memohon keampunan Allah sementelah Allah tidak mahu memberi keampunan Nya bagi golongan diatas.

Maka biasakanlah memperbanyakkan 2 kalimah SYAHADAH dan istighfar.

Mohonlah kepada Allah 2 perkara iaitu minta syurga dan selamat daripada api neraka jahanam.

Tuesday, 25 April 2017

AKIBAT SUKA SOLAT DI HUJUNG WAKTU

Para Malaikat menyeretnya melalui orang ramai, menuju ke arah api neraka yang menjulang julang.

Dia menjerit sekuat hati dan tertanya tanya jika ada mana mana orang yang mampu membantunya.

Dia menjerit lagi sambil menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan; bagaimana dia sering membantu ibu bapanya. Bagaimana dia tidak pernah tinggal puasanya, tidak pernah tinggal solatnya, selalu bersedekah dan rajin membaca  al-Quran.

Dia terus menjerit lagi, namun tiada seorangpun tampil membantunya.

Para malaikat terus mengheret dia. Dan mereka semakin hampir dengan kawah api neraka.

Dia menoleh ke belakang dan ini rayuannya yg terakhir. Dia teringat...

Tidak! Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda:

"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa dosa mereka"

Dia menjerit lagi sekuat tenaga:
"Solat saya? Solat saya? Doa saya?"

Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan terus mengheretnya ke tepi jurang neraka. Bahang api neraka yang membahang terasa menyambar mukanya.

Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya.

Salah satu malaikat menolak dia masuk ke kawah neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke dalam kawah api.

Dia mandapati dirinya terus melayang dan akhirnya jatuh ke dalam kawah api neraka yg menjulang tinggi selama 70 tahun.

Setelah 70 tahun sengsara dibakar api, tiba tiba terasa tangannya diraih oleh satu lengan.

Dia ditarik kembali ke atas.

Apabila dia mengangkat kepalanya, dia melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang memegang tangannya.

Lelaki itu kelihatannya sangat daif. Sambil menyapu debu di tubuhnya dia bertanya lelaki tua itu:

"Siapakah anda?"

Orang tua itu menjawab: "Aku lah solat anda"

"Mengapa kamu begitu lewat bantu saya?  Wahai solatku, saya telah terjunam ke dalam neraka selama 70 tahun! Kenapa setelah tubuh saya hangus dan hampir berkecai baru kamu datang selamatkan saya?? Kenapaaa...?."

Orang tua itu tersenyum sambil menggelengkan kepalanya, dan berkata:

"Adakah awak lupa? Selama hidup di dunia dulu awak sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!!"

"Setiap kali Maghrib awak beri tumpuan pada drama tv dulu..

"Zohor awak lewat. Awak utamakan kerja dari saya. Asar dan Subuh selalu di hujung waktu.

"Awak ingatkah itu semua??"

Jerkahan lelaki tua itu mengejutkannya dari tidur.l.

Dia terjaga dan mengangkat kepalanya dari tidur. Seluruh tubuhnya basah oleh peluh ketakutan.

Ketika itu juga dia mendengar laungan  azan dikumandangkan menandakan masuknya waktu Solat Subuh.

Dia bangun dengan cepat dan mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar.

Wallahu A'lam.

*Semoga bermanfaat buat semua. 😊

Tuesday, 18 April 2017

Art Diary 18

Done !
Simple drawing.
Arang diatas kertas A3
Father & daughter.
Tool Faber Castell Pensil.

Seni Purba 5


Terhasil.
Seni Purba bah 5.
Arang diatas kertas A3
Model : Poknik Jebeng.
Album asal : afandi.
Tool : Derwent Pensil

" ..... Pujuk hati agar TIDAK mengeluh dan cubalah lihat kepada mereka yg lebih susah dari kita. Kita kena redho bukan pasrah. Bersedialah menerima keadaan dgn hati yg ikhlas Tanpa mengalah dan bersikap Lemah.

Tetapi ingat bahawa rintangan, kegagalan, dan tragedi adalah sebahagian daripada kehidupan kita. Sama ada kita berjaya mencari kegembiraan dan kejayaan dalam perjuangan hidup seharian adalah bergantung kepada keupayaan kita untuk tabah melalui ujian yang paling sukar tanpa mengalah...... "

#NeverSurrender

Art Diary 17

My Old Friend.... Tn DSP.

Art Diary 16

Kawan Akak Aisyah.