Pages

Saturday, 13 July 2013

KESAH SEORANG LELAKI DAN AL QURAN.


Teringat pula satu kisah yg aku baca ari tu.... 

KISAH SEORANG LELAKI YG BUTA AL QURAN..

Seorang lelaki melewati
sebuah kawasan perkuburan di suatu malam
yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang
suatu cahaya yang terang benderang muncul
dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke
terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur
seseorang yang sangat istimewa. Samada ia
seorang waliyullah atau ulamak atau orang
soleh yang istimewa kedudukannya di sisi
tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak
di atas kuburan yang bercahaya itu.
langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan
berdebar.
Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia

Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan
perkuburan itu dengan ditemani orang
kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin
mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib
itu.
Apakah seorang tuan guru atau waliyullah
atau alim ulamak atau orang soleh yang
terkenal?.Bila bertanya kepada orang
kampung, mereka kehairanan kerana apa yang
mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur
seorang lelaki tua, yang pernah mendiami
sebuah pondok dihujung kampung bersama
istrinya. Untuk mengetahui dengan lebih
lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati
dan bertemu dengan isteri simati lalu
menceritakan keajaiban yang dilihat
diperkuburan suaminya.

Anihnya isteri simati terkejut dan kehairanan.
Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya
bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani
kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli
ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan
imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah
suaminya tidak pandai membaca quran dan
dia tidak pernah mendengar suaminya
membaca quran. Hal ini benar-benar
menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut
dan isteri simati.

Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-
perkara anih yang simati selalu lakukan dalam
kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri
simati teringat suatu perkara yang selalu
dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum
tidur pada setiap malam. Katanya , setiap
malam sebelum tidur suaminya akan mengambil
wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik
lalu diambilnya alqur'an di atas rak, lalu dicium
dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan
kasih sayang.
Ia akan duduk dan membelek alqur'an itu
sehelai demi sehelai seperti sedang membaca,
sedangkan ia seorang yang buta alqur’an. Dia
akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu
dengan tangannya , seolah-olah sedang
menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat
dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah
mendengar rintihan dan esakan tangis
suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu
dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak
mampu membaca kalimah mu. Janganlah
engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.”
“Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku.
Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku
tidak dapat bersahabat dengan mu.
Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku
sangat mengasihi mu. Aku sangat
mencintaimu. “ “Wahai Kalamullah, jangan lah
engkau mendakwa aku, jangan engkau
menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”.
Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang
suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani
alqur’an buah hati kesayangannya.
Begitulah suaminya setiap malam sebelum
tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat alquran
kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat
mengharukan apabila ia melihat naskah yang
mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya
kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada
bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda
seseorang sering menangis berjurai
airmatanya tatkala membuka lembaran yang
maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya.
Hatinya telah bersatu dengan ruh alqur’an. Dia
sangat mengasihi kalimat tuhan dengan
sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan
dengan seluruh jiwa dan raganya. 

Marilah kita
menghidupkan alquran di dalam masjid kita, di
dalam rumah kita, di dalam diri kita,
sepanjang bulan ramadhan, bulan
pengampunan ini. 

Perkisahan
ini ditulis dan disesuaikan semula untuk
bacaan semua. "

Friday, 12 July 2013

JANGAN DERHAKAI MEREKA..


Nak selamat dunia akhirat, makbapak jangan derhaka.
Allah tak redho jika makbapak pun tak redho.
Allah tak kasih kalau makbapak tak dikasihi.
Syurga itu di bawah tapak kaki mak..makna syurga pd mak....tapi pintu syurga pada bapak.
Jadi nak kan dunia jangan derhaka pd makbapak.
Nak kan akhirat...pun jangan derhaka kpd makbapak.
Setinggi mana pelajaran, takkan dapat tandingi ilmu makbapak.
Beribu amal ibadah kita takkan dapat tandingi satu doa makbapak utk kita.
Solat lah berjuta rakaat, puasa lah berjuta hari, berzakatlah berjuta ringgit, pergilah haji dan umrah beribu kali.....jika derhaka kpd makbapak....semuanya itu sia2...

Berbuat baik kpd makbapak itu seolah berbuat baik kpd Allah dan Rasul.

umpama riak



Jangan jadi seperti pendaki gunung, tiba di puncak diri terasa tinggi, walhal yg tinggi itu bukan diri tapi gunung.

Thursday, 11 July 2013

PERANCANGAN KITA..

Bila takdir berbicara, lidah kelu tidak
terkata. Allah itu Maha Adil, Maha Mengetahui
setiap kehendak hamba-NYA. Tarbiyah-NYA
penuh hikmah. Bila hati tawakal pada-NYA,
ketenangan pasti menyinggah. Tersentuh akan
nikmat kasih-NYA pada diri. Katakan pada
hati, segalanya punya hikmah yang telah
cantik di susun -NYA. Senyum lah selalu walau
di uji, walau hati rasa tak mampu dengan
ujian. Kita perlukan-NYA lebih dari segala-
galanya. Di mana DIA di hatiku? Carilah DIA
disetiap langkah"
~Hidup Perlukan
Pengorbanan~


Perancangan Manusia itu Usaha,
Perancangan Allah itu Takdir

Dengan Nama Allah Yang Maha
Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sahabat2, semua daripada kita
pernah merancang kn? dari
sekecil-kecil perancangan
sehinggalah sebesar-besar
perancangan.
Kita merancang apa kan kita
lakukan selepas ini,
Kita merancang apa akan kita
lakukan esok,
Kita merancang apa akan berlaku
minggu depan,
Kita merancang akan sesuatu
beberapa tahun akan datang,
Sehinggalah kita merancang apa
akan berlaku 10 tahun akan datang,

Adakah kita benar-benar pasti
segalanya akan berlaku seperti
yang dirancang?

Ketahuilah,
Kita merancang, Allah juga
merancang, Dan Allah adalah
sebaik-baik perancang-Nya.
Kita hanya merancang dan Allah
penentu segalanya.

Yang pastinya, janganlah bersedih
bila apa yang kita rancang itu
tidak menjadi kenyataan. Aturan
Allah itu jauh lebih baik daripada
apa yang kita rancang. Kita cuma
hambaNya yang kerdil. Janganlah
sesekali kita berputus asa dengan
ape yang berlaku. Teruslah teguh
berdiri megharap rahmat
daripadaNya.

"...Dan janganlah kamu berputus asa
dari rahmat Allah. Sesungguhnya
orang yang berputus asa dari
rahmat Allah, hanyalah orang-orang
kafir." ( Yusuf, 12:87)

Setiap perkara yang terjadi, pasti
ada hikmah yang tersembunyi!
Walaupun perkara pahit menimpa,
walaupun perkara menyakitkan
menjenguk, walaupun perkara sedih
datang menyapa. Walau perkara
buruk berlaku. Percayalah, akan
ada manis di akhirnya.
Kadangkala, Allah beri kita hujan
lebat yang disertai dengan petir
dan kilat serta guruh. Tetapi,
selepas itu, Allah beri kita pelangi
yang sangat indah. Subhanallah,
indahnya aturan Allah.

Redha dan terimalah setiap
ketentuan Ilahi itu dengan hati yang
terbuka dan yakinlah susunan Allah
sentiasa yang terbaik buat kita
semua.
Didalam setiap perancangan
itu,sertakanlah dengan doa pada
Allah. Redha lah apa yang berlaku
andai ia tidak seperti yang
dirancang. Terimalah setiap
ketentuan Ilahi. Yakinlah, susunan
Allah sentiasa yang terbaik buat
hamba-hamabNya. Allah tidak akan
mengatur sesuatu yang sia-sia,
semuanya bersulam hikmah yang
sangat halus dan sangat hebat!
" ..boleh jadi kamu membenci
sesuatu, padahal ia amat baik
bagimu dan boleh jadi (pula) kamu
menyukai sesuatu, padahal ia amat
buruk bagimu, Allah mengetahui,
sedang kamu tidak
mengetahui." (Al-Baqarah 2:216)

Allahu'alam.

.:Perancangan itu perlu, ttp ia tidak
semestinya berlaku. Allah lebih tahu..

Wednesday, 10 July 2013

LUAHAN..


Aku cukup cemburu dengan keimanan yg mantap seseorang...cemburu dgn ketakwaan seseorang....cemburu dengan seseorang kerana tawadhuknya kepada Allah......dan aku belajar supaya tidak cemburu dengan harta kemewahan seseorang.....

Tuesday, 9 July 2013

BULAN RAHMAT...

Bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan kehadirannya oleh ummat Islam, kerana di bulan itu banyak peluang dan kesempatan yang baik untuk meningkatkan keimanan dan amal ibadah. Bulan Ramadhan dikenal sebagai bulan barakah yang penuh keberkatan, bulan maghfiran bulan keampunan, sebagai bulan ibadah kerana di dalamnya berbagai ibadah serentak dilakukan, iaitu ibadah solat , zakat dan puasa dan pahalanya pula di lipat gandakan.

Rasulullah saw. Apabila menjelang kedatangan ramadhan beliau berkhutbah memberi motovasi kepada para sahabat dan ummat Islam untuk menyambut kedatangan Ramadhan ini dengan persiapan yang rapi, dan mengisinya dengan amal ibadah dengan penuh kesungguhan dan harapan. Sebagaimana dalam sebahagian Khutbah Rasulullah Menjelang Ramadhan

Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kamu sekalian bulan Allah dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah (keampunan). Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. saat demi saatnya adalah saat-saat paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu adalah ibadah, amal-amalmu diterima, dan doa-doamu dimakbulkan. 

Bermohonlah kepada Allah Rabbmu, dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan puasa dan membaca kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari Kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin. 
Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang muda, eratkanlah tali persudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya, dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya. 

Kasihanilah anak-anak yatim, niscaya kamu akan dikasihi manusia. Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih; 

Dia menjawab kepada hanba Nya ketika mereka menyeru-Nya, Dia menyambut hamba Nya, ketika mereka memanggil-Nya, dan Dia mengabulkan permintaan hamba Nya, ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia! 
Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa)-mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu. Iaitu memperbanyakan solat sunat ( diantaranya solat sunat Tarawih).

Ketahuilah! Allah ta'ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang shalat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabbul 'Alamin. ( iaitu di hari kiamat nanti).

Wahai manusia! 
Barangsiapa di antaramu memberi makanan untuk berbuka puasa kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ramadhan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba sahaya, dan ia diberi ampunan atas dosa-dosanya yang lalu. 
(Sahabat- sahabat bertanya, " Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian." Rasulullah Menjawab Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya bersedekah dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya bersedekah dengan seteguk air. 

Wahai manusia! 
Barang siapa yang mempercantikkan akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati jambatan sirathal mustaqin, yang pada hari ketika itu, banyak kaki-kaki tergelincir. 
Barangsiapa yang meringankan pekerjaan pegawai atau pembantunya atau hambanya di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari Kiamat. 

Barangsiapa menahan keburukkannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-nya. 

Barangsiapa menyambungkan tali persudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. 
Barangsiapa melakukan shalat sunat di bulan ini ( seperti solat sunat tarawikh) , Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. 

Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa pada bulan ini membaca satu ayat Al-Qur’an, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Qur'an pada bulan-bulan yang lain. 

Wahai manusia! 
Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak akan pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Syaitan-syaitan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu. Ali bin Abi Thalib r.a. berdiri dan berkata,"Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama di bulan ramadhan ini? " Jawab Baginda, “Ya abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah."

Sidang Jumaat yang berbahagian begitulah sebahagian isi khutbah Rasulullah menjelang kedatangannya bulan suci ramadhan, penuh dengan pengajaran, sarat dengan nasihat, mengobarkan semangat beramal ibadah serta motifasi supaya umatnya menggunakan peluang dan kesempatan yang ada di bulan Ramadhan, mari kita rebut peluang dan kesempatan yang baik ini, semoga kita di beri kekuatan Iman kesehatan badan untuk melakukannya. Amin.




EHSAN DARI RAKAN FB .. UST HJ MAT.

QURAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

وَإِذَا قُرِىءَ الْقُرْءَانُ فَاسْتَمِعُواْ لَهُ وَأَنصِتُواْ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

So, when the Qur'an is recited, listen to it, and be silent that you may receive mercy

A'raaf : 204