Pages

Wednesday, 4 March 2015

Cinta Si Malikah

Diceritakan pada suatu masa dahulu terdapat seorang wanita yang sangat cantik rupa parasnya.Dia berketurunan Bani Israel yang kerjanya menjadi primadona dan pelacur kelas atas.

Namanya Al- Malikah berketurunan bangsawan. Bayaran yang ia peroleh juga cukup tinggi. Kemewahan dan kekayaan yang dimilikinya adalah hasil daripada pekerjaan terkutuk itu. Pintu rumahnya akan sentiasa terbuka bagi memberi ruang kepada kaum lelaki melihat keseksian dirinya apa sahaja akan dilakukan bagi menarik perhatian orang yang melalui rumahnya.Dengan memiliki rupa paras yang cantik sudah cukup utk menambat hati kaum lelaki. Apatah lagi jika dia berpakaian seksi dan menjolok mata.

Justeru itu, sesiapa yang bertuhankan nafsu,maka wanita inilah dijadikan tempat untuk melepaskan hajatnya. Segala yang dilakukan oleh wanita ini adalah dgn kerelaan dan kehendak dirinya sendiri.Dia memiliki beberapa orang pembantu bagi menguruskan pelanggannya yg dtg silih berganti.Dia sedikit pun tidak merasa berdosa dengan apa yang dilakukannya pada ketika itu. Hatinya cukup senang dan puas bila mendapat pendapatan lumayan.Kecantikannya sangat trkenal sehingga banyak pemuda yang menyukainya.

Pada suatu hari seorang pemuda abid briman melalui rumah wanita tersebut. Walaupun dia seorang lelaki beriman, akan tetapi dia juga manusia biasa yang memiliki hawa nafsu & keinginan syahwatnya seperti manusia lain juga. Pemuda abid itu sungguh terpesona
dengan kecantikan dan tingkah laku
mengghairahkan yang ditunjukkan wanita tersebut. Hatinya mula memberontak dan terpedaya dengan pujuk rayu syaitan serta hawa nafsunya.Lantas Keimanan yang
dipeliharanya selama ini mula tergugat dan hancur berkecai.

Namun demikian, pemikirannya masih waras lalu dia berdoa kepada Allah agar dia dapat mengawal perasaannya yang bergelora hebat ketika itu.

"Ya Allah, Ya Tuhanku. Tenangkanlah
perasaanku ini. Jauhilah aku daripada maksiat dan dosa. Tunjukkanlah aku ke jalan yang benar.”

Nafsu dan imannya berperang hebat di dalam dirinya. Imannya menasihati supaya menjauhkan diri drpd wanita tersebut, tetapi nafsu dan syaitan memujuk rayu supaya mendekatinya.Sebelum ini dia tidak pernah diuji dengan ujian sehebat ini. Akhirnya nafsu berahi memuncak. Dia tidak dpt lg mengawal perasaan dan kemahuan nafsunya.

Abid sebenarnya pemuda miskin yang taat ibadah. Namun kepopuleran paras cantik Al-Malikah di seantero negeri rupanya telah menggoda keimanan sang pemuda untuk mencuba menikmati kecantikan Al- Malikah. Fikirannya melayang-layang memikirkan keseronokkan dan kenikmatan bersama wanita itu.Sayangnya, Abid seorang yang miskin dan tidak mempunyai wang yang cukup untuk mendapatkan khidmat Al-Malikah. Untuk membolehkan bertemu Al-Malikah, Abid harus mengeluarkan belanja sebesar 100 dinar.

Lalu dia mendekatinya utk berbincang
mengenai bayarannya. Sedangkan pada waktu itu dia tidak memiliki wang walau sedirham untuk diberikan kepada pelacur itu. Setelah berbincang,dia pun berusaha mendapatkan kos bayaran.Oleh kerana besarnya wang bayaran itu jadi abid terpaksa menjual bekerja sekuat tenaga untuk mengumpulkan wang. Disebabkan nafsu Abid yang meluap2 itu membuatkan hati Abid tergila2, dikerah tenaganya untuk mengumpul wang sebanyak yang diperlukan.

“Primadona itu harus berada dlm dakapannya.,” bisik hati kecilnya. Dia ingin bertemu dengan 'pujaan'hatinya. 

Setelah wang terkumpul, datanglh Abid menemui Al-Malikah. Apabila telah mencukupi wang, dengan berbekalkan 100 dinar, pergi ke rumah pelacur tersebut dan mereka berbincang untuk menentukan bilakah masa yang sesuai untuk bersama wanita tersebut. Apabila tiba masa dan waktu yang dijanjikan, dia sekali lagi datang dengan hati yang sangat gembira. Abid datang menemui Al-Malikah pujaannya.

“Silakan masuk,” pelawa Al-Malikah dengan manisnya.Mendengar sapaan pujaannya itu, Abid melangkah. Dia mendapati wanita tersebut sudah bersedia menunggu kedatangannya dengan senyuman manis terukir diwajahnya. Wangi-wangian yang dipakai semerbak harumnya sehingga menusuk masuk ke dalam hidung menyebabkan dia tidak sabar lagi untuk duduk bersama dengan wanita tersebut.

Apabila semuanya telah sedia, lelaki beriman itu duduklah berdekatan dengannya. Lalu dia menghulurkan tangannya untuk bersalam-salaman sebelum bersama wanita itu.
Namun sesuatu yang mengejutkan terjadi. Pada waktu itu, dia teringatkan pembalasan dari Tuhannya dan bahawa sesungguhnya Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui perbuatan hamba-hambaNya sama ada di tempat sunyi atau terang sama ada perkara yang dilakukan itu baik atau maksiat. Di kala itu dia tidak dapat menahan perasaan takutnya kepada Allah. Gementarlah seluruh anggota badannya. Fikirannya menjadi berkecamuk dan tidak menentu.

Wajahnya serta merta menjadi pucat lesi kerana menyesal dengan perbuatan dosa yang igin dilakukannya. Dia merasa azab seksa menimpa dirinya. Keinsafan dan kesedaran yang teramat sangat menyebabkan hatinya begitu resah dan kecewa kerana terpedaya dengan godaan syaitan dan nafsu. Walau apapun yang difikirkannya, namun keadaan tidak akan dapat mengubah segala-galanya yang telah berlaku.

Akan tetapi, apa yang terjadi tiada siapa yang dapat menduganya. Ketika Abid telah berada di hadapan Malikah, tiba-tiba tubuhnya menjadi gementar. Keringat bercucuran keluar dari sekujur tubuhnya. Yang terjadi, sang pemuda justru ingin lari dari tempat itu. Al-Malikah malah menjadi heran dengan tingkah abid yang mendadak berubah. Malah ketika pelacur itu memeluknya Abid berusaha
melepaskan diri sambil berteriak.. Ketika Al-Malikah sudah berada di depannya, Abid justru teringat akan Rabb-nya.

"Apakah yang menyebabkan tiba-tiba sahaja muka tuan berubah seperti orang dalam ketakutan? Adakah hamba tidak melayan tuan hamba dengan baik? Atau apakah yang menggangu fikiran tuan di waktu ini?" Tanya pelacur tersebut kehairanan apabila lelaki beriman itu menjauhkan diri drpdnya secara tiba-tiba.
“Mengapa tuan tiba2 jadibegini?”
tanya Al-Malikah.
"Aku takut kepada Allah, bagaimana aku mempertanggungjawabkan perbuatan maksiat ku nanti," kata Abid.
Pemuda abid itu berkata: "Sesungguhnya aku takut kepada azab dan balasan Allah, sebab itulah seluruh anggota ku gementar dan muka ku pucat. Oleh itu izinkan ku keluar dari tempat ini. Aku tidak mahu menurut hawa nafsu dan syaitan. Aku menyesal di atas kelalaian ini dan ingin bertaubat dan memohon ampun kepada Allah."
"Apakah tuan belum pernah melakukan perkara seperti ini sebelum ini?" tanya wanita itu. "Sesungguhnya ini pertama kali aku terpedaya dengan pujukan hawa nafsu dan syaitan. Sebelum ini aku tidak pernah terfikir untuk terjebak dengan perbuatan yang berdosa dan haram ini. Aku adalah seorang manusia yang sentiasa mendekatkan diri kepadaNya. Jadi aku telah dilalaikan oleh pujukan hawa nafsu dan syaitan." Jawab lelaki beriman dengan perasaan sebak dan menyesal.

Mendengarkan jawapan itu, terpegun Al-Malikah di katilnya. Nuraninya tersentuh oleh sikap lelaki yang berdiri dekatnya. Suatu peristiwa aneh yang tidak pernah dialaminya sebelum ini. Tanpa disedarinya, air matanya mengalir di pipi. Terbayang olehnya sejuta dosa yg mnyelubunginya sebagai perempuan murahan lagi hina.

Ucapan Abid yang spontan malah membuat Al-Malikah terkejut. Entah bagaimana, ucapan Abid seakan menjadi wasilah yang memberi kesadaran kpd Al-Malikah. Di luar dugaan, hati Al-Malikah tersentuh oleh ucapan Abid yang polos itu. "Sungguh mulia hati orang beriman ini. Imannya sangat kuat dan tebal. Belum sempat dia melakukan apa-apa, dia sudah merasa bersalah dan brrdosa."
Bisik hati kecil pelacur itu. "Sesungguhnya orang ini baru pertama kali ingin melakukan dosa, tetapi sudah merasa takut kepada Allah,
sedangkan aku ini telah berbuat dosa
bertahun-tahun lamanya, tidak pernah merasa berdosa dan takut kpd Allah. Padahal Tuhannya adalah Tuhan aku juga. Sepatutnya akulah yang lebih takutkan Allah di atas segala yang telah aku lakukan selama ini."
Bisik hati kecilnya.

Abid pun lantas pergi menjauh meninggalkan Al-Malikah. Kakinya langsung berjalan seribu
langkah. Namun tanpa diduga,belum jauh Abid meninggalkan tempat itu, Al-Malikah mengejar dan menghentikan langkah Abid. Al-Malikah mencegah Abid. Tapi bukan untuk memaksa Abid untuk berzina. Yang dilakukan Malikah justru meminta Abid menikahinya.
Perempuan itu tiba-tiba menangis di depan Abid, sambil memohon-mohon. Tentu saja kini giliran tingkah Malikah yang membuat heran Abid. Bahkan dengan nada mengancam, Al-Malikah tidak akan melepaskan langkah Abid sebelum pemuda itu benar-benar berjanji menikahinya.

Keteguhan iman sang pemuda rupanya telah menawan hati Al Malikah.
“Aku tertarik kepadamu. Jadikanlh aku isterimu”kata Al-Malikah tersedu-sedu.“Tidak! Aku akan meninggalkan tempat ini” jawab Abid.“Jangan pergi! kecuali engkau brjanji akan mengahwiniku.”Baiklah,” ujar Abid singkat sambil meninggalkan bilik maksiat itu.

Kata-kata keimanan yang keluar dari mulut Abid benar-benar telah membuka hati, mata dan pikiran sang wanita. Sebaik sahaja Abid meninggalkan bilik, pelacur bernama Al-Malikah ini sudah bertekad akn meninggalkan maksiat itu untuk selama-lamanya. Dia sudah menyesal dan ingin bertaubat. Semenjak dari peristiwa itu, timbul keinsafan & penyesalan. Dia brjanji pada dirinya sendiri bahawa dia akan meninggalkan perbuatan terkutuk itu buat selama-lamanya. Mulai daripada hari itu, dia menutup pintu rumahnya. Dengan tekad dan azam, dia berjanji akan menjauhkan dirinya daripada melakukan maksiat.

Dia merasa terhutang budi kdp lelaki beriman tersebut kerana mengajarnya erti iman dan takwa kepada Allah. Mulai daripada hari itu, perangai dan perilakunya serta merta berubah.
Dia telah mulakan satu cara hidup baru yang lebih baik. Usai pertemuan yang awalnya untuk bertransaksi maksiat kepada Allah itu, Al-Malikah bertekad untuk memperbaiki diri dan segera keluar dr pekerjaannya.Tujuannya tak lain, menyempurnakan benih iman yang mulai tumbuh karena disiram ucapan sang pemuda. Setelah sekian lama.

mengasingkan diri dan hanya beribadat kepada Allah, pada suatu hari timbul perasaan ingin berjumpa lelaki beriman yang telah menyedarkannya Al-Malikah akhirnya melangkah keluar untuk mencari Abid, lelaki yang telah menyedarkan dirinya dari lumuran dosa dan maksiat. Dia berkata dlm hatinya: "Alangkah baik jika aku dapat brjumpa dengan lelaki itu, manalah tahu dia ingin berkahwin dengan aku.Jika dia ingin menjadikan aku isterinya, dapatlah aku mempelajari & mendalami agama dengan lebih mendalam lagi."

Dia pun mencari sang pemuda hingga ke
pelosok.Bertahun-tahun Al-Malikah berjalan keluar masuk kampung hanya untuk mencari sosok pemuda teguh iman yang pernah ditemuinya itu. Al-Malikah menuju ke negeri tempat tinggal Abid dengan penuh debaran. Apabila dia sampai di rumah lelaki beriman itu,keluarlah lelaki itu untuk mendapatkan tetamu yang datang. Apabila dia melihat lelaki beriman di hadapannya, dia pun membuka tudung yang menutupi wajahnya supaya dapat dikenali oleh lelaki itu. Tetapi
alangkah malang nasib wanita itu apabila lelaki itu terpandang wajahnya, lelaki itu teringat perbuatan jahatnya dahulu.
Sebaliknya setelah bertemu, Abid kelihatan ketakutan. Lantaran Belum sempat wanita itu menerangkan tujuan kedatangannya, ketakutan yang mendadak dan keterlaluan telah menyebabkan pemuda abid itu menjerit sekuat hati sehingga pengsan lalu meninggal dunia..

Kejadian itu membuatkan wanita itu sedih. Menangislah Al Malikah menyaksikan lelaki pujaannya meninggal dunia sebelum sempat
berkahwin dengannya.
"Aku ke sini semata-mata untuk berjumpa dan menerangkan keadaan diriku yang telah berubah, tapi belum sempat aku menceritakannya dia mati kerana melihatku. Mungkin kerana dia terlalu takut kepada Allah. Mungkin juga dia menyangka aku masih lagi seorang pelacur dan mungkin dia teringatkan dosanya yang telah lalu. Jadi alangkah berdosanya aku kerana telah menyebabkan kematiaannya."

Wanita itu merasa amat bersalah. Justeru dia bertanya dan mencari sama ada lelaki beriman yang telah meninggal dunia itu mempunyai saudara, adik beradik atau keluarga terdekat. Dia ingin menjadi isteri kepada saudara lelaki beriman itu. Dia mendapat tahu lelaki beriman itu mempunyai saudara yang soleh dan taat. Akan tepi dia sangat miskin. “Gagal berkahwin dengan Abid, dapat saudaranya pun tidak mengapa!” Pinta Al-Malikah dengan dorongan ingin menebus dosanya selama ini. Seorang teman Abid memberitahu bahawa saudara Abid adalah seorang lelaki yang miskin. Dia khuatir Malikah akan menyesal nanti. “Biarlah dia miskin. Aku tetap ingin berkahwin dengannya
sebagai memenuhi rasa cintaku trhadap
saudaranya,” kata Al-Malikah.

Tekadnya sudah bulat, memperbaiki diri dan keimanannya. Karena tekadnya itu, Al-Malikah lalu berniat menikahi saudara Abid. Dalam pandangannya, jika ucapan dan perilaku Abid dapat mempengaruhi dirinya, apalagi trhadap saudaranya yang lebih dekat itu. Pastilah, menurut Al-Malikah, saudara Abid juga memiliki keteguhan iman yang tak kalah kokohnya dengan Abid. Wanita itu merasa sangat sedih dan berkata,
“Aku datang ke mari semata-mata kerananya. Sekarang dia sudah mati. Adakah kaum keluarganya yang sanggup berkahwin denganku?”
Jawab orang yang ada di situ, “Ada, dia ada seorang saudara yang soleh tetapi tidak mempunyai apa2 dan sgt miskin."
Wanita itu mengatakan. "Sesungguhnya aku mempunyai harta yang mencukupi untuk keperluan hidup berumah tangga. Harta dan kekayaan bukanlah menjadi pilihanku."
Ternyata saudara Abid menerima permintaan dari sang wanita paras cantik ini. Keduanya pun menikah, meskipun sebenarnya Al-Malikah tahu jika baik Abid maupun saudaranya adalah pemuda miskin. Bagi Al-Malikah yang sudah bertekad kuat, hal itu bukan penghalang. Iman di hati yang telah disiram Abid kini menjadi kekayaannya yang baru. Karena kekayan iman baginya lebih besar dari sekadar kekayaan duniawi.

Jadilah Al-Malikah bekas pelacur yang insaf. Setelah diadakan perbincangan, akhirnya dia berkahwin dengan saudara lelaki beriman. Dia berkahwin dengan lelaki miskin. Allah telah membuka hati wanita itu dengan taufiq dan hidayahNya. Maka, berbahagialah Al-Malikah seorang bekas Primadona bersama suaminya yang tercinta.

Al-Malikah lalu hidup berbahagia dengan lelaki saleh, saudara Abid. Setelah beberapa tahun Allah mengurniakan mereka tujuh orang anak. Hasil perkahwinan dengan saudara si abid yang soleh lagi alim itu mereka dikurniakan mendapat tujuh orang anak laki-laki yang mana kesemuanya menjadi nabi-nabi kepada kaum Bani Israil. Dikhabarkan, Al-Malikah menjadi salah seorang perempuan bani Israil calon penghuni syurga.

No comments:

Post a Comment