Pages

Monday, 4 April 2016

Kekejaman Siam.

Assalamualaikum warahmatullah..

Mesej dari saudara kita di Pattani.

YA !!! SAYA YAKIN DENGAN KEISLAMAN ORANG PATTANI.NAMUN MEREKA DALAM DILEMA YANG SANGAT BERAT SEKARANG. MENCAKUPI SEMUA ELEMEN HIDUP,TENTANG EKONOMI, PENDIDIKAN, POLITIK, PEMBANGUNAN DAN PRA SARANA HIDUP SEMUANYA DI TINDAS SEDEMIKIAN RUPA.SEHINGGA KEHIDUPAN ORANG PATTANI TIDAK MENENTU, JIKA MEREKA INGIN MEMBEBASKAN NEGARA MEREKA, ITULAH RESIKONYA.SAYA BERHARAP AGAR SAUDARA SAUDARA ISLAM MENYEBARKAN INFORMASI TENTANG BUMI BERTUAH PATTANI INI KEMANCA NEGARA ATAU KEDUNIA LUAR. SUPAYA DUNIA LUAR TEREKSPOS TENTANG BUMI PATTANI YANG SEDANG DI JAJAH SIAM SELAMA INI. SAYA BISA MENGATAKAN TIDAK ADA PEMBANGUNAN SELAMA INI, YANG ADA HANYA PENINDASAN, PEMBUNUHAN, PEMERKOSAAN DAN PENGHANCURAN DALAM SEKALA BESAR. TOLONGLAH KAMI DENGAN MEDIA MASSA ANDA-سموكا الله ممبري رحمة كفد اندا دان سموا يغ برنية بايك كفد كامي دبومي شيخ وان داود دان شيخ وان احمد دوتا ايمفاير عثمانيه تيمفو دولو. دنوسنتارا دباواه ليندوغن ايمفاير عثماني. تريما كاسيه سمفي جومفا--الي اللقاء والسلام

Abdullah Shahmani.

Sebarkan...

Thursday, 28 January 2016

WALI ALLAH YANG DITUDUH MENCURI


Kisah ini di ceritakan oleh  Zun-Nun al-Misri(ra) di mana pada suatu hari beliau bercadang untuk pergi ke seberang laut untuk mencari barang yang di hajatinya.  Setelah persiapan diatur, beliau telah membeli tiket untuk menaiki kapal untuk menuju ke tempat yang dihajatinya.  Kapal yang di naiki oleh Zun-Nun penuh sesak dengan orang ramai. Di antara penumpang-penumpang yang menaiki kapal tersebut, ada seorang pemuda yang sangat kacak paras rupanya, wajahnya bersinar cahaya.  Pemuda itu duduk di tempat duduk dengan tenang sekali, tidak seperti penumpang lain yang kebanyakkannya mudar-mandir di atas kapal itu.

Keadaan di dalam kapal tersebut agak panas kerana suasana di dalam kapal tersebut penuh sesak dengan orang ramai.  Pada peringkat permulaan pelayaran, keadaannya berjalan dengan lancar sekali kerana keadaan laut tidak bergelombang dan angain bertiup tidak terlalu kencang.  Suasana di dalam kapal ketika itu sangat tenang, kerana penumpang dengan hal masing-masing, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan pengumuman yang di buat oleh kapten kapal tersebut bahawa dia telah kehilangan satu barang yang sangat berharga.  Satu pemeriksaan akan dijalankan sedikit masa lagi.  Semua penumpang di ingatkan supaya duduk di tempat masing-masing.

Keadaan di dalam kapal tersebut telah menjadi hingar-bingar kerana penumpang sibuk bercakap dan berpandangan di antara satu sama lain. Masing-masing membuat andaian tersendiri mengenai kehilangan barang tersebut.  Tidak berapa lama kemudian, pemeriksaan di lakukan seorang demi seorang, semua beg,  barang-barang digelidah tetapi tidak  menjumpai barang yang di cari.  Akhirnya sampai kepada pemuda yang disebutkan oleh Zun- Nun.  Oleh kerana pemuda itu orang terakhir yang di periksa, pada anggapan orang ramai dan pegawai pemeriksa sudah tentu pemuda ini yang mencuri barang tersebut. Maka pemuda itu di perlakukan dengan kasar sekali di dalam pemeriksaan tersebut, pemuda itu memprotes di atas tindakan kasar yang di lakukan oleh pegawai pemeriksa sambil berkata, bahawa dia bukannya seorang pencuri,  Dengan protes tersebut, ia menambahkan lagi syak wasangka pegawai dan kapten tersebut.

Oleh kerana tidak tahan dengan kekasaran yang di lakukan oleh pemeriksa tersebut, maka pemuda itu terjun ke laut, yang menghairankan orang ramai yang memerhatikan tingkah laku pemuda itu ialah pemuda itu tidak tenggelam di dalam laut, mala ia duduk di atas permukaan air.  Pemuda itu berdoa kepada Allah dengan suara yang keras sekali "Ya Allah, mereka sekalian menuduhku pencuri, demi ZatMu, wahai tuhan yang membela orang teraniaya, perintahkan ikan-ikan di laut supaya timbul dan membawa permata-mata berharga di mulutnya".

Tidak lama kemudian, dengan kuasa Allah beribu-ribu ikan timbul dan kelihatan di mulutnya batu-batu permata yang berkilauan cahayanya.  Semua orang yang berada di atas kapal bersorak dan menepuk tangan kepada pemuda itu.  kapten kapal dan pegawainya sungguh terperanjat dan bingung seolah-oleh tidak percaya apa yang telah mereka lihat.

Pemuda itu berkata "Apakah kamu sekalian masih menuduhku sebagai pencuri pada hal perbendaharaan Allah ada di tanganku dan jika mahu aku boleh mengambilnya".  Kemudian pemuda itu menyuruh ikan-ikan tersebut kembali ke tempat asal mereka dan pemuda itu berdiri dan berlari di atas air dengan cepat sekali sambil menyebut ayat ke- 4 surah Al Fatihah yang bermaksud 'Hanya kepada-Mulah aku menyembah dan hanya kepada Mu pula aku meminta bantuan'.

Kisah ini menunjukkan bahawa seseorang itu jangan terburu-buru dalam melemparkan tuduhan kepada orang lain, sentiasa bersangka baik sesama manusia kerana Allah menyembunyikan para waliNya dilkalangan hambaNya.

HAKIKAT TAWADHU DIHATI BUKAN DI UCAPAN DAN PERBUATAN SEMATA-MATA

Syeikh Maulana Zubair al-Kandhlawi rahimahullah bercerita,
beliau dinasihati oleh alMuhaddith Maulana Zakariyya al-Kandhlawi rahimahullah :

“Wahai Zubair, syarat seseorang agar dapat berjaya dalam usaha dakwah ini adalah TAWADHU', merasa dirinya ini tidak memiliki apa-apa..

Hanya kerana pertolongan Allah sahaja semua ini boleh berlaku..
Tetapi sifat ini wahai Zubair tidak boleh hanya di mulut sahaja;
saya ini lemah, saya ini fakir.. tapi hatinya masih beekata saya ini hebat, saya ini da'ei yang kuat, ahli mujahadah..

Jangan jadi seperti itu, ini tidak akan diterima oleh Allah swt. Tapi semestinya ditanamkan dalam hati kita memang kita tidak ada apa-apa, hanya Allah sahaja yang memiliki segalanya..”

SYIRIK KHAFI YANG TERSEMBUNYI LAGI HALUS...

Imam Arsalan ada menyebut dalam risalah At-Tauhid (lalu disyarah oleh Imam Abdul Ghani An-Nabulsi dan Sheikhul Islam Zakaria Al-Anshori):

كلك شرك خفي، ولا يبن لك توحيدك إلا إذا خرجت عنك .

"Setiap kamu (samada zat, sifat dan perbuatan kamu) merupakan syirik yang tersembunyi (jika merasai wujud kamu tersebut secara tersendiri/ bebas dari pengaruh Allah). Tidak akan terzahir tauhid kamu (bahawa kamu dari-Nya), melainkan setelah kamu keluar dari diri kamu (tiada lagi menisbahkan apa yang terzahir dari diri kamu kepada diri kamu kerana hakikatnya adalah dari-Nya melalui diri kamu dengan pengaruh dan perbuatan-Nya) . .

فكلما أخلصت يكشف لك أنه هو لا أنت فتستغفر منك.

"Setelah mana kamu ikhlaskan diri (tiada lagi menisbahkan apa yang zahirnya darimu kepada dirimu dengan zauq dan syuhud, bukan secara akal dan teori semata), maka terzahirlah bahawa sebenarnya ia (yang wujud secara hakiki dan tersendiri dan pelaku sebenar yang abadi) adalah "DIA" tanpa "kamu" (apa sahaja terzahir dalam dirimu atau dari dirimu atau kepada dirimu adalah perbuatan-Nya, dari sifat dan nama-Nya yang kembali kepada zat-Nya.

Kamu adalah waham dalam waham. Maka dengan demikian kamu akan meminta ampun daripada dirimu (dari rasa wujud dirimu di samping-Nya kepada rasa wujud dirimu dengan-Nya).

وكلما وجدت بأن لك الشرك فتجدد له في كل ساعة ووقت توحيدا وإيمانا

"Setelah mana kamu mentauhidkan (tenggelam dalam tauhid-Nya terhadap diri-Nya), maka terzahirlah syirik (dalam syuhudmu bahawa kamu wujud selain-Nya tetapi tidak terpisah dari-Nya).

Maka dengan demikian, sentiasalah bertambah tauhid dan imanmu.

كلما خرجت عنهم زاد إيمانك، وكلما خرجت عنك قوي يقينك

"Setelah mana kamu keluar dari mereka (makhluk: iaitu menisbahkan makhluk kepada perbuatan-Nya dengan zauq), maka bertambah kuat imanmu. Setelah mana kamu keluar dari dirimu (dengan tenggelam dalam fana melalui zikir dengan bimbingan murobbi kamil), maka bertambahlah yakinmu. "

Jika kamu bersama-Nya (dalam tauhid syuhudi setelah fana dari diri) maka Dia akan menghijab kamu dari dirimu (iaitu memutuskan jalan untuk kamu kembali menisbahkan apa yang zahir dari dirimu kepada dirimu dengan pandangan hakikat, namun tetap menjaga adab kehambaanmu dengan menetapkan wujudmu dan usahamu dengan-Nya). "Jika kamu bersama dirimu (dengan menisbahkan apa yang zahir dari dirimu kepada dirimu tanpa mengembalikan semuanya kepada-Nya dengan zauq tauhid), maka Dia akan memperhambakan kamu (iaitu kamu akan terasa terbeban dengan ketaatan diri kamu kerana tiada cinta kamu kepada-Nya dalam ketaatan kamu sedangkan jika ada cinta kamu kepada-Nya dalam taatmu, maka tiada kamu rasa terbeban dengan ketaatan dirimu kepada-Nya.

Rasa wujud dirimu "di samping"-Nya membebankan kamu kerana kamu beribadah bergantung kepada dirimu, bukan kepadaNya).

"Iman itu, keluar kamu daripada mereka (makhluk). Yakin itu, keluar kamu daripada dirimu (fana' dan seterusnya baqa dengan bantuan-Nya).

إذا زاد إيمانك نقلت من حال إلى حال، وإذا زاد يقينك نقلت من مقام إلى مقام.

Jika bertambah iman kamu, kamu akan dipindahkan (oleh Allah s.w.t.) dari suatu hal kepada suatu hal lain (ahlul-hal) Jika bertambah yakinmu, maka kamu akan dipindahkan (oleh Allah) dari suatu maqam ke suatu maqam yang lain.

-- (Risalah At-Tauhid oleh Imam Arsalan dgn sedikit catatan ringkas daripada rujukan kedua-dua pensyarah risalah tersebut iaitu Imam An-Nabulsi (kitab Khamratul Khan) dan Sheikhul Islam Zakaria Al-Anshori (kitab Fath Al-Rahman)

Sumber kuliah : ust Iqbal Zain

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda “Sesungguhnya ada di antara hamba Allah (manusia) yang mereka itu bukanlah para Nabi dan bukan pula para Syuhada’. Mereka dirindukan oleh para Nabi dan Syuhada’ pada hari kiamat karena kedudukan (pangkat) mereka di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala“

Seorang dari sahabatnya berkata, “siapa gerangan mereka itu wahai Rasulullah? Semoga kita dapat mencintai mereka“. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab dengan sabdanya: “Mereka adalah suatu kaum yang saling berkasih sayang dengan anugerah Allah bukan karena ada hubungan kekeluargaan dan bukan karena harta benda, wajah-wajah mereka memancarkan cahaya dan mereka berdiri di atas mimbar-mimbar dari cahaya. Tiada mereka merasa takut seperti manusia merasakannya dan tiada mereka berduka cita apabila para manusia berduka cita”.

(HR. an Nasai dan Ibnu Hibban dalam kitab sahihnya)

ILMU DIMASA SILAM

Ilmu Ketuhanan adalah ilmu yang membicarakan tentang ketuhanan Allah Ta'ala yang merangkumi keesaan ZatNYA, SifatNYA, Asma'NYA dan Af'alNYA. Ia juga dikenali sebagai Ilmu Tauhid, (ilmu mengesakan Allah ) Ilmu Usuluddin (Ilmu Dasar Agama) , ilmu Makrifat (Ilmu Mengenal) ilmu Kalam, (Ilmu Permahasan) ilmu Hakikat (Ilmu Haq/kebenaran) ,Ilmu Tahkik (Ilmu Penetap), Ilmu Aqa'id (Ilmu Simpulan Iman)dan sebagainya.

Menuntut ilmu ketuhanan itu hukumnya wajib, termasuk di dalam ilmu fardhu ain

Orang-orang awam sering kali terkeliru apabila menyebut Ilmu Makrifat sebagai ilmu yang sudah terlalu tinggi dan tak perlu dipelajari oleh mereka-mereka yang di tahap awam. Pendapat itu adalah silap kerana hukum mempelajari ilmu ketuhanan itu wajib bukannya sunat . Cuma kita perlu mengetahui had-had pembelajaran di tahap fardhu ain itu berbeza dengan pengetahuan di tahap fardhu kifayah.

Ilmu Makrifat ditahap fardhu ain membicarakan sifat-sifat yg wajib, mustahil dan harus bagi Allah Ta'ala serta sifat-sifat yang wajib , yang mustahil dan yang harus bagi Rasul. Ilmu Makrifat di tahap fardhu kifayah termasuklah pembahasan ilmu kalam yang dapat menghujjah kaum-kaum ahli bid'ah dan golongan-golongan penentang ilmu ketuhanan. Ilmu

Makrifat di tahap para-para Sufi dan Aulia'-Aulia' Allah ianya mengesakan Allah Ta'ala dalam fana baqobillah. Maka perlu diketahui had-had ilmu itu dan dituntut secara berperingkat-peringkat menurut kadar kemampuan seseorang. Allah swt tidak membebankan hambaNYA dengan perkara-perkara yang kita tidak berkemampuan.

Ilmu Makrifatullah adalah intipati dari kalimah Laailahailallah. Pengajian sifat 20 adalah asas kepada mengenal Allah dan tidak dapat tidak, kita wajib dan perlu mempelajarinya dan ianya termasuk di dalam ilmu fardhu ain bukan fardhu kifayah. Sabda Nabi saw bermaksud, "Menuntut ilmu itu fardhu bagi tiap2 muslimin dan muslimat." dan Ulamak Usuluddin mensyarahkan Ilmu yang fardhu ain ini termasuklah 3 ilmu yang asas iaitu tauhid, feqah dan tasawuf. Maka barangsiapa meninggalkan tuntutan menuntut ilmu yang fardhu ain ini bermakna meninggalkan kewajipan menuntut ilmu dan dia termasuk di dalam golongan orang yang rugi meninggalkan kewajipan menuntut ilmu dan beramal tanpa ilmu menjadikan amalannya sia-sia. Beramal tanpa ilmu adalah sia-sia , berilmu tanpa amal juga sia-sia.

"Awwaluddin Makrifatullah" , Ahli hadis tidak menyebutnya sebagai hadis sohih akan tetapi Imam Ali as pernah menyebut kata-kata ini di dalam ucapannya yg terkumpul dalam "Nahjul Balaghah". Walau apa pun itu lah isyarat paling penting di mana permulaan daripada mempelajari agama adalah dengan mengenal Allah Ta'ala. Pengenalan kepada Allah Ta'ala adalah berbeza-beza mengikut tingkatan kefahaman dan pengalaman masing-masing. Kita tidak boleh menyamakan kefahaman orang awam dengan kefahaman para nabi dan para wali.

Mempelajari ilmu Tauhid ini termasuk di dalam ilmu fardhu ain di samping ilmu feqah dan tasawuf. Setelah selesai mempelajari ilmu-ilmu ini barulah disusuli dengan ilmu-ilmu yang lain.

Mengenal Allah Ta'ala adalah awal permulaan kita beragama, apakah mungkin kita membawa kehidupan beragama tanpa mengenal Allah? Akan tetapi kita telah lupa akan pesanan Nabi dan Sayyidina Ali (ra) yang sangat penting ini. Apabila ada manusia yang cuba membuka persoalan mengenal Allah atau makrifatullah orang-orang kebanyakan sering memandang sebagai ianya tidak penting. Manusia Islam kebanyakannya mengenepikan ilmu-ilmu tentang makrifatullah ini sedangkan itulah ilmu asas yang menjadi asas pengajian pondok di masa silam.

Sumber kuliah : ustaz Iqbal Zain

HAKIKAT SOLAT

Bermulanya usul ma’rifat ini ialah untuk mentakrifkan hal keadaan kita di dalam masa kita beramal. Sesudah kita faham di atas segala- gala rukun dan jalan-jalan di dalam hal keadaan agama Islam, barulah kita memulakan segala amalan.Seperti sabda Rasulullah SAW, ertinya :”Bermula sembahyang (solat) itu ada tiga bahagian :

1. Sembahyang orang-orang Mubtadi
Yakni semata-mata ia untuk menutupkan fitnah dunia. Dan sekadar mengetahui akan segala rukun-rukun dan waktu serta berpakaian bersih dan mengetahui wajib dan sunat semata-mata ia untuk mendapat pahala. Maka amalan ini syirik semata-mata.

2. Sembahyang orang Mutawasit
Menyempurnakan perintah Allah semata-mata hatinya berhadapkan Allah. Tiada ia mengira dosa dan pahala. Semata-mata ia berserah kepada Allah. Maka di atas amalan ini adalah lebih baik daripada yang pertama itu, tidaklah ia terkena syirik.

3. Sembahyang orang Mumtahi
Tiada ia sembahyang dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, kerana ditilik pada dirinya adalah golongan dhoif, fakir, hina dan lemah.Semata-mata pandangan di dalam sembahyang itu tiada dengan kehendaknya melainkan Kehendak Allah.

La’ maujud bila’ hakikat ilallah: “Tiada maujud bagi hakikatku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah”.

La’ haiyyun bila’ hakikat ilallah: “Tiada yang hidup bagi hakikatku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah”.

La’ ‘alimun bila’ hakikat ilallah: “Tiada yang mengetahui bagi hakikatku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah”.

La’ qadirun bila’ hakikat ialallah: “Tiada yang berkuasa bagi hakikat ku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah”.

La’ iradatun bila’ hakikat ilallah: “Tiada yang berkehendak bagi hakikatku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah”.

La’ sami’un bila’ hakikat ilallah: “Tiada yang mendengar bagi hakikatku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah”.

La’ basirun bila’ hakikat ilallah: “Tiada yang melihat bagi hakikat ku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah”.

Wa la’ mutakallimun bila’ hakikat ilallah:”Tiada yang berkata-kata bagi hakikatku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah.

Maka inilah yang sebenar-benarnya sembahyang seperti sabda Abu Hurairah r.a.:

“Sembahyanglah kamu seperti Rasulullah SAW sembahyang katanya : Takbirlah kamu seperti Rasulullah SAW takbir. Qiyamlah kamu seperti Rasulullah SAW qiyam.Ruku’lah kamu seperti Rasulullah SAW ruku’. Sujudlah kamu seperti Rasulullah SAW sujud. Tahiyyatlah kamu seperti Rasulullah SAW tahiyyat. Salamlah kamu seperti Rasulullah SAW salam.

“Begitulah seterusnya di dalam amalan. Janganlah sekali-kali kita buat tanpa mempelajari, nanti sia-sia sahaja amalan kita itu. Bak kata pepatah “Kalau berdayung biarlah di air. Lambat laun kita akan sampai jua”.Maka sesudah kita ketahui akan segala rukunnya, maka wajiblah kita mengetahui akan segala bermula niat terlebih dahulu. Sebabnya niat itu bukannya mudah untuk kita memahaminya. Kerana yang dikatakan niat itu ialah tiada berhuruf, tiada berupa dan tiada bersuara.Mana yang dinamakan niat, jikalau ada huruf boleh dibaca. Jikalau ada suara boleh didengar. Jikalau ada rupa boleh dipandang. Jikalau dapat nyata ia di atas huruf, rupa dan ada suara, maka ini bukannya niat lagi.Seperti sabda Rasulullah SAW :

“ Qasdu syai-in muktarinan bi fiklihi ” Ertinya : “ Menyehaja sesuatu hal keadaan dipersertakan dengan perbuatan. ” Dan satu lagi Hadis mengatakan : ” An niatu bilqalbi bila’ sautin wala’ harfin ” Ertinya : “ Bahawasanya niat itu di dalam hati, tiada suara dan tiada berhuruf. ” Jikalau niat itu kita kata di dalam hati, umpamanya tatkala mengata “ Allahu Akbar ” : Aku sembahyang fardhu Zohor atau fardhu Asar umpamanya di dalam huruf yang lapan itu. Maka ini dinamakan dia niat ‘arfiah. Inilah niat bagi kedudukan orang-orang awam yakni di atas mereka baru menuntut ilmu. Adapun yang dikatakan niat itu terbahagi ia kepada tiga :

1 – Qasad : Menyatakan pada “usalli fardhu” menandakan ada waktu pada hamba yang taat.

2 – Ta’rad : Menyatakan pada “arba’a raka’at” menandakan ada rukun, yakni bersedia hamba untuk menunaikan.

3 – Ta’yin : menyatakan pada “Lillah Ta’ala” menandakan suruhan Allah yakni menghadapi kiblat hati.

Maka sesudah nyata Qasad, Ta’rad, Ta’yin bererti telah nyatalahkiblat dada kepada Baitullah.Kiblat hati kepada nyawazat memandang zat.Sifat memandang sifat.Baharulah kita mengatakan “Allahu Akbar”.Serta hadir mata hati musyahadah kepada Zat Allah Ta’ala semata-mata. Maka inilah dinamakan niat. Seperti yang dinyatakan di dalam Hadis Imam al-Gahazali r.a. katanya,”Adapun kedudukan usalli, fardhu, rakaat, lillah ta’ala, Allahu Akbar.” ialah seperti berikut;

1. Usalli – maksudnya amanah Tuhan terhadap hamba, maka tatkala hambaNya telah menerima syariatNya, maka wajiblah kembalikan kepadaNya dengan keadaan yang sempurna.

2. Rakaat – menyatakan hal kelakuanNya. Maka hilangkanlah kehendakmu di dalam halNya dan hapuskanlah fe’el mu di dalam kelakuanNya baharulah sah amalannya.

3. Lillahi ta’ala – Menyatakan sirNya (rahsia). Maka fana’lah sir iktikad cinta rasa dan berahi mu di dalam sir Allah. Baharulah nyata ada kiblat bagi kamu.

4. Allahu Akbar – menyatakan kaya Tuhan terhadap hamba. Kerana hamba sampai kepada seruan Allah Ta’ala kerananya Allah Ta’ala esa, Muhammad yatim, hamba dhoif. Tiap-tiap yang datang mesti akan kembali. Maka kembali sekalian hamba-hamba itu di dalam seruan Allahu Akbar. Maka bergemalah suara-suara hambamu yang taat itu mengatakan dan memuji akan nama Allahu Akbar dan terlintaslah suara mu’minnya terus tujuh petala langit dan terus tujuh petala bumi. Maka bersahut-sahut akan roh-roh Anbia’ dan Aulia’ serta Malaikat dengan katanya, “Sejahteralah umat-umat mu ya Muhammad!”.5. Fardhu – sah dan nyata. Bersifat di atasnya hamba. Maka tiap-tiap yang bersifat hamba mestilah ada yang empunya hak. Maka kembalilah sifat-sifat mu kepada yang berhak.

Cara-cara hendak kembalikan kepada yang berhak, itulah sebabnya diwajibkan kepada fardhu. Tiap-tiap perbuatan ataupun amalan adalah dengan fardhu. Tanpa dengan niat fardhu perbuatan itu sia-sia sahaja. Maka tidak berertilah kamu beramal. Kerana fardhu itu berpandukan kepada sifat Wahdaniah. Umpamanya kita mesti ketahui mana dia yang dikatakan fardhu sebelum fardhu dan mana yang dinamai fardhu di dalam fardhu dan di mana terletaknya fardhu di akhir fardhu. Oleh itu kita seharusnya mencari kesimpulan ini jika kita mahu sempurnakan amalan kita.Jalan sudah ada. Kepada saudara ku maka sayugialah mencari maksud pengajaran ini.Umpamanya kita mesti ketahui mana dia yang dikatakan fardhu sebelum fardhu dan mana yang dinamai fardhu di dalam fardhu dan di mana terletaknya fardhu di akhir fardhu. Oleh itu kita seharusnya mencari kesimpulan ini jika kita mahu sempurnakan amalan kita.

Penerangan lanjut kepada perkara yang berkaitan dengan Fardu.Seperti yang sudah diketahui, “Fardhu” membawa maksud kepada “sah dan nyata”.Dan fardhu itu berpandukan kepada sifat Wahdaniah. Seperti yang diketahui pula, sifat Wahdaniah itu ertinya Esa zat Allah Ta’ala, mustahil berbilang-bilang.Inilah yang wajib kita fahami mengapa sesuatu perbuatan yang wajib itu difardhukan.MAKSUD “Umpamanya kita mesti mengetahui mana dia yang dikatakan fardhu sebelum fardhu dan mana yang dikatakan fardhu di dalam fardhu dan di mana terletaknya fardhu diakhir fardhu?”.

Persoalan solat itu adalah begitu penting. Dengan sebab itu, mendirikan solat itu dikatakan sebagai tiang agama. Tapi bagi aku mendirikan solat itu sebagai “Tiang Arash”!Sebab apa dikatakan demikian, kerana  “di dalam solatlah kita boleh di-ISRA’ dan di-MI’RAJ-kan.

Kita boleh merasai pengalaman-pengalaman tersebut. Inilah yang dikatakan hakikat di dalam perbuatan solat.Pengalaman yang bagaimana. Seorang “Talib” yakni orang yang menuntut ilmu itu, kita akan melalui dua kategori iaitu :

1. SALIK-salik. SALIK MAJZUB Dengan sebab itu aku mengatakan, “setiap individu itu mempunyai satu Tuhan”.Membawa maksud ” ma’rifat di antara kita (setiap individu) di dalam meng-ESA-kan Allah Ta’ala itu adalah berbeza.”Perkara ini aku berpegang kepada pertanyaan yang diajukan oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq kepada Rasulullah SAW semasa baginda turun daripada Mi’raj bertemu Allah Ta’ala.Tanya Saidina Abu Bakar kepada Rasulullah SAW, “Bagaimana engkau melihat dan kenal Allah Ta’ala, ya Muhammad???Jawab Rasulullah SAW, “‘Araftu rabbi bi rabbi!” yakni “Aku kenal Tuhan ku dengan Tuhan ku!”

Sungguh simbolik, tetapi itulah jawapan yang paling mampu Rasulullah SAW gambarkan.Apabila lain daripada Allah tiada dilihatnya, maka fana’ hukumnya pada ibarat ini. Perkataan ini terlalu mushkil. Oleh itu saudara-saudaraku hendaklah benar-benar tahkik(mendalam) mengetahuinya.

Saudara-saudara yang  Salik pasti sedia maklum apa yang dikatakan atau bagaimana yang dikatakan “Kalam Allah” – “Tiada berhuruf dan tiada bersuara.” Dengan sebab itulah Rasulullah SAW ditajallikan(dizahirkan) sebagai seorang hamba yang “Tiada tahu menulis dan tiada tahu membaca!”Di dalam konsep penerimaan wahyu oleh Rasulullah SAW sendiri, baginda “gementar” untuk menerimanya apatah lagi bagaimana untuk menyampaikan kepada ummat yang lain agar ummat-ummat ketika itu faham, tahkik dan boleh menerima setiap rahsia dan perkhabaran dari wahyu yang “Tiada berhuruf dan tiada bersuara.”Itu ummat Islam generasi Rasulullah SAW!

Berhadapan (berhadap terus) dengan Rasulullah SAW! Tiada hijab dengan Rasulullah SAW!Bagaimana pula dengan “Ummat Muhammad Akhir Zaman”??? Bertimpa-timpa hijabnya. Langsung tidak dapat “membayangi” kelibat Rasulullah SAW!!!Saudara-saudara Ku,Sedikit hendak menambah, sekadar mencari kesesuaian.Tetakala seseorang itu mengangkat takbir dengan lafas “Allahu Akbar” maka telah ada 3 ilmu padanya iaitu:

1. Usuluddin

2. Fekah

3. Tasauf

Adapun had ilmu yang tiga itu ialah:Usuludin – mengetahui yang wajib, mustahil dan harus Fekah – mengetahui segala rukun, syarat dan yang membatalkan

Tasauf – mengetahui segala yang membatalkan amalan pahala seperti riak, takbur dll. Manakah yang dinamakan Syariat, Tarikat, Hakikat & Makrifat di dalam sholat?.Syariat – adalah tubuh iaitu segala gerakan dan perbuatan yang dilakunkan.Tarikat – adalah hati iaitu mengingatkan kerja-kerjanya satu persatu.Hakikat – hanya kepada Allah sahaja.Makrifat – adalah Rahsia seiring dengan Hakikat

Martabat orang sembahyang itu ada tiga.

1. Martabat syariat

2. Martabat sembahyang orang tarikat

3. Sembahyang orang Hakikat

Rupa sembahyang orang syariat dan hukumnya. Adapun sembahyang orang syariat itu, ialah orang yang memandang solat itu daripada tenaga dan kekuatan serta dia memandang dirinya suci daripada riak dan seumpamanya. Dia melakukan solat semata-mata kerana harap dapat pahala dan takut akan azab. Diketahuinya akan segala syarat dan rukun serta yang membatalkan dia. Ia adalah tingkatan solat yang amat rendah, boleh jadi juga tidak diterima Allah. Wallahua'lam.

Adapun sembahyang orang tarikat itu, iktikatnya hadir Allah Taala pada hadapannya. Melihat akan segala perbuatan dan mendengar akan segala bacaannya. Maka terdorong ia kepada kusyuk kerana Allah Taala hadir pada hadapannya. Suci daripada riak dan tiada harap akan pahala dan tiada takut akan siksa. Hanya memandang dirinya hamba. Mengerjakan yang disuruh dan meninggalkan yang ditegah. Orang ini hanya diterima amalnya daripada sekadar hadir hatinya kepada Allah Taala dalam sembahyang. Orang ini memandang daripada Allah kepadanya. Hukumnya syirik juga akan tetapi alas (kecil) syiriknya.

Rupa sembahyang orang hakikat dan hukumnya.Adapun sembahyang orang hakikat itu ialah orang yang tiada memandang bagi dirinya yang beramal. Hanya memandang feel kelakuan Allah Taala yang berlaku pada dirinya yang ditakdirkan pada azali sebelum dijadikan dia. Yang dipandangnya ialah segala amalnya daripada Allah dengan Allah bagi Allah. Inilah orang yang lepas daripada syirik. Inilah yang sebenarnya sembahyang.Jadi sembahyang yang dikehendaki di sini ialah sembahyang yang meliputi tubuh dan nyawa atau jasad dan roh. Sekiranya seorang itu tiada nyawa, bukan manusia namanya dan sudah pasti tiada ia dapat beramal. Sedangkan, sebenarnya dia tiada dapat pandang yang beramal dan yang empunya amal. Kerana dengan adanya roh baru jasad dapat beramal. Sedangkan roh itu Sifatullah(sifat Allah) atau Sirrullah(rahsia Allah) dan roh itu tiada akan dapat beramal sekiranya tiada serta dengan Zatullah(zat Allah). Maka barulah benar yang beramal itu Sifat bagi Zat dan yang empunya amal itu adalah Zat. Oleh kerana itulah sembahyang orang syariat dihukumkan syirik. Wallahualam.

Setelah nyata kezahiran kalimah tersebut, barulah didatangkan nyawa. Maka bersuaralah Ia dengan nama kebesaran Zat tuhannya – “Allahu Akbar”. Tetakala ini karamlah aku didalam kebesarannya. Kemudian diikuti dengan tujuh kesempurnaan Takbir iaitu;La Hayun,La Alimun,La Samiun,La Kadirun,La Basirun,LaMuridun,La Mutakalimun bilhaqi Ilallah.Maka bersuaralah Ia dengan nama kebesaran Zat tuhannya – “Allahu Akbar”. Mengeletarlah diri ini, karam didalam kebesarannya. Sungguh cantik dan indah bagi mereka yang mengetahui rahsia dan perbuatan solat itu. Segala-galanya tersirat disebalik firman Allah yang bermaksud:”Jika Engkau mengasihi Allah, Ikutilah Aku. Nescaya Allah akan mengasihi dan mengampuni dosa-dosa mu”.

Semoga Bermanfaat

Sumber kuliah dari Ustaz Iqbal Zain.