Pages

Friday, 23 October 2015

Pedang Allah

"Diakhir zaman, Sampai satu peringkat fitnah yang berlaku di akhir zaman memaksa orang-orang yang berpegang pada jalan agama seumpama orang yang menggenggam bara api. Fitnah ini mencabar aqidah seseorang."

"Mencabar sehingga untuk selamat, dia perlu pergi ke hujung bandar dengan membawa kambing sebagai bekalan, dan hidup dengan meminum susu daripada kambingnya sehinggalah ajal menjemputnya. Ini demi menyelamatkan agamanya.

"Sayyidina Abu Dzar r.a. bertanya pada Rasulullah ﷺ jika berlaku fitnah dan fitnah itu bawa kepada permusuhan, dan peperangan dan pembunuhan, apa yang patut dilakukan. Jawab Rasulullah ﷺ; “Duduk di rumah.” Yakni jangan terlibat dengan fitnah. Nak buat apa di rumah? “Patahkan pedang.” Kenapa? Supaya tak terpanggil untuk menyertai yang lainnya, dan terlibat membunuh kepada muslim lain."

"Kemudian, Rasulullah ﷺ juga menyuruh; “Patahkan busur panah, dan potonglah talinya”, supaya tiada peluang untuk bunuh kepada muslim lain, tidak dengan pedang atau panah. Yang akan mengajak untuk menyertai fitnah itu nanti adalah orang Muslim juga."

"Kata Abu Dzar; “Kalau orang itu masuk ke rumah dan paksa kami juga?” Rasulullah ﷺ suruh pegang tangan dan katakan, “Tuhan aku Allah” Tuhan aku Allah, berulang kali. “Kalau kamu akan terbunuh macam mana?” tanya Abu Dzar lagi."

"Jawab Rasulullah ﷺ, “Jadilah kamu seperti yang lebih baik daripada anak Nabi Adam itu.” Siapa itu? Itulah Habil yang mengatakan, “Engkau hulurkan tanganmu untuk bunuh aku, tapi aku takkan menghulurkan tanganku untuk bunuh kamu. Aku takut kepada Allah سبحانه وتعالى.”

"Habil ketika itu ingin dibunuh oleh Qabil tapi dia tak mahu terlibat untuk menumpakan darah orang Islam. Pendaftaran di internet yang disebarkan itu adalah untuk menumpahkan darah orang Islam. Jadilah seperti Habil."

"Ketika diwajibkan perang kepada mereka, sebahagian daripada mereka takut kepada manusia seperti takut kepada Allah سبحانه وتعالى, bahkan lebih lagi. Sebelumnya mereka minta izin untuk perang, tapi kemudian dipersoalkan pula perintah Allah سبحانه و تعالى."

"Oleh sebab itu, jiwa, nafsu, ruh perlu dididik sebelum masuk ke medan peperangan untuk terima perintah Allah سبحانه و تعالى. Ini telah berlaku kepada Bani Israel, mereka minta perang, dan bila diwajibkan, mereka bertanya semula kenapa pula diwajibkan perang kepada mereka. Manusia sifatnya adalah berubah-ubah. Nak sesuatu tapi bila diberi nak yang lain pula!"

“Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat iaitu akhir hayat kami?"
Yakni mereka tak mahu mati dalam perang. Mereka nak mati dengan ajal yang telah Allah tetapkan, seoalah-olah ada dua ajal. Yakni ajal dalam perang dan ajal bukan dalam perang, sedangkan itu asbab sahaja."

"Mati itu satu, cuma asbabnya berbeza-beza. Berapa ramai orang masuk berjihad tapi tidak mendapat syahid. Contohnya ‘Saifullah’ iaitu Sayyidina Khaled Al-Waled, katanya; “Aku ikut sebanyak seratus perang tapi aku sekarang berada di atas katilku dan akan mati seperti mana matinya unta.”

"Allah سبحانه و تعالى mengkehendaki dia mati di atas katilnya. Apa hikmahnya? Saifullah ertinya Pedang Allah سبحانه و تعالى. Jadi kalau beliau terbunuh di medan perang, orang akan katakan Pedang Allah sudah patah. Jadi Allah سبحانه وتعالى mengkehendaki, beliau meninggal di katil demi mempertahankan gelaran yang Rasulullah ﷺ berikan kepadanya."

"Kalau Pedang Allah patah, orang akan kata kekuasaan Allah سبحانه وتعالى boleh dipatahkan sedangkan Kekuasaan tiada yang boleh melawannya. Jadi orang yang ikut perang untuk mencari mati syahid tidak mendapatnya, dan orang yang tidak masuk ke perang pun mati akan menemuinya. Pedang Allah tidak akan patah."

"Di mana saja kamu berada, kematian mengejar kamu.” Katakan wahai Rasulullah ﷺ; "Yakni kematian yang kamu lari daripadanya, akan datang kepada kamu. Yakni kematian akan mendatangi kita, bahkan kematian akan mengejar kepada kita, walau di mana saja kita berada."

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.

Infak kerana Allah

"Didalam Al-Quran, Allah سبحانه وتعالى berfirman; "Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka infakkan, dan Allah Maha Mengetahui terhadap setiap sesuatu. Apa makna ayat ini? Maknanya infak itu akan dihitung, dihisab dan dibalas oleh Allah سبحانه وتعالى."

"Ada beza balasan dan amal. Balasan akan diberi sesuai dengan amal yang dilakukan. Balasan yang berkualiti akan diberi kepada amalan yang berkualiti. Amalan yang kurang berkualiti, balasannya pun kurang berkualiti."

"Jadi, bilamana kita beramal kepada  Allah سبحانه وتعالى dan nak tahu sebesar mana ganjarannya, tengok sebesar mana pengorbanan kita kepada Allah سبحانه وتعالى. Allah akan beri pada kita dengan kadar kita beramal kepada Allah. Ada orang yang memberi infak baik dalam bentuk jihad atau sebagainya."

"Ada juga dalam bentuk perkhidmatan, masa juga atau apa saja yang kita ingin berikan pada orang lain. Makanya dikira infak dan dihitung oleh Allah سبحانه وتعالى. Rasulullah mempunyai dua siwak, satu lurus dan satu lagi bengkok. Ketika ingin menghadiahkan pada sahabatnya, Rasulullah ﷺ memberikan yang lurus."

"Masalahnya bukan kepada siwak yang diberi kerana harganya pun tidak tinggi, tetapi nawaitu ketika memberi itu yang akan dihisab oleh Allah سبحانه وتعالى. Kalau kita ada dua barang, yang satu cantik dan satu lagi kurang cantik, yang mana yang kita akan beri pada orang?"

"Tentulah yang kurang cantik. Mengapa? Kerana sifat semulajadi manusia ialah suka kepada keduniaan atau kepada barang yang dimiliki. Contohilah Rasulullah. Contoh yang terbaik. Dalam apa saja Rasulullah beri yang terbaik bahkan kepada infaknya juga, beri kepada orang lain juga barangnya yang terbaik."

"Dizaman kita sekarang, nak bersedekah infakkan pon juga berat. Itu pon ada juga semacam itu. Terkadang, ada peminta sedekah datang kepada kita. Lalu dimaki orang itu, sudahlah dimaki diusir keluar sana. Subhanallah. Dimakinya orang itu."

"Kamu tiada hak untuk memaki, menghukum orang itu. Yakni yang minta sedekah itu apatah lagi menuduhnya berdusta. Hak kita kepadanya hanyalah untuk bagi atau tidak. Kalau tak mahu bagi sudahlah. Diam saja. Kan Allah sudah berfirman didalam Al-Quran; "Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka infakkan, dan Allah Maha Mengetahui terhadap setiap sesuatu."

"Lalu buat apa dimaki orang itu. Apa hak kita. kalau rasa mcam curiga dan tak nak bagi, katakan saja minta maaf tidak ada untuk kamu pada hari ini. Jangan cakap apa-apa lagi, apatah lagi menghina. Jika dibagi dan penerima khianat, maka dosanya atas penerima sedekah tersebut. Akan tetapi ganjaran Pahala kamu tetap akan dicatit, dan ada ganjaran kamu di sisi Allah سبحانه وتعالى."

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.

JALAN KITA BUKAN JALAN MELAKNAT, MENUDUH DAN MENCACI-MAKI

“Taushiyyah Al-Habib Umar bin Hafidz yang Meruntuhkan Hati”

Di hadapan kita ada qudwah (teladan), Rasulullah Saw. bersabda: “Seorang mukmin tidak melaknat, menuduh dan berkata keji.” “Aku tidak diutus sebagai pelaknat ataupun berteriak-teriak di pasar.”

Baginda Saw. bukan pencaci, bukan pula pelaknat. Begitu juga dengan pengikut baginda dari kalangan ulama, tidak ada diantara mereka pelaknat yang suka melaknat orang. Bukan juga pencaci, yang mencaci bahkan terhadap orang awam. Apatah lagi terhadap para ulama, terlebih lagi para sahabat Nabi Saw. dan tabi’in. Mereka (para sahabat dan tabi’in) adalah sumurnya penghargaan, asas kehormatan.

Metode (dakwah) yang baik dan benar tidak ada caci maki sama sekali. Nabi Saw. tidak diutus untuk mencaci dan memaki. Tidak pula seorang wali Allah bertugas untuk mencaci atau memaki. Tidak pula berdiri hakikat ilmu dengan caci maki sama sekali!

Tidaklah berdiri suatu madzhab dengan caci maki kecuali madzhab iblis dan madzhab pengikut iblis, pada setiap waktu dan masa. Merekalah yang terbiasa meneruskan tradisi caci maki terhadap manusia, melaknat manusia, memancing emosi dan menanam kebencian di antara umat Islam.

Adapun para Nabi, para ulama dan para wali, mereka menebar kasih, menyebar persaudaraan, menyebarkan akhlaq, menyebarkan kesucian hati, menyebarkan sikap menghargai, selalu menetapkan batasan, mengekang hawa nafsu, bersifat sabar dan menahan amarah. Inilah jalan yang ditempuh para nabi, para wali, para ulama dan orang-orang shaleh

PENYELEWENGAN SYIAH

Antara kandungan khutbah jumaat 23/10/15

Islam merupakan anutan sebahagian besar rakyat malaysia terutama org2 melayu sejak berkurun lamanya...hasil kegigihan pendakwah2 yg dan ulamak ahli sunah wal jamaah terutamanya yg bermahzab imam syafie.... dulu islam dimalaysia hidup dalam aman tanpa ada perpecahan .. bertapak kukuh dalam ajaran aswj tg bermahzab syafie tanpa ada gangguan... tapi sejak2 akhir2 ini mengapa kita begitu cepat terpengaruh dengan syiah yg menyeleweng ini dan begitu cepat menukar agama ke syiah ini ...

Sejak akhir2 ini muncul pelbagai aliran dan fahaman yang menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ajaran-ajaran yang menyeleweng ini, seperti Syiah, Qadiani, Islam liberal dan seumpamanya telah mula bertapak di negara ini. Penganut2 dikesan bergiat aktif menyebarkan ajaran dan kegiatan penyelewengan mereka dalam kalangan masyarakat Islam khususnya di Selangor tanpa bersembunyi lagi. Atas dasar tanggungjawab dan kewajipan menjaga kesucian Islam yang sebenar.

Penyebaran fahaman dan aliran Syiah bukan sahaja telah menggugat kesepaduan dan keharmonian kehidupan umat Islam hari ini bahkan yang paling berbahaya ia telah menyelewengkan umat Islam daripada berpegang kepada akidah dan syariah yang diamalkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Demi tanggungjawab dan amanah menjaga akidah umat Islam dari dicemari oleh anasir-anasir yang menyeleweng, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dengan tegas telah memutuskan bahawa ajaran Syiah adalah satu ajaran yang bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar sama ada dari sudut akidah mahupun syariah.

Antara fahaman dan pegangan Syiah yang menyelewengbersumberkan kita mereka ialah mereka mendakwa bahawa Sayyidina Ali RA sahaja yang layak menjadi pengganti Nabi Muhammad SAW sebagai khalifah yang sah, manakala Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq adalah perampas. Mereka juga telah mengkafirkan para sahabat Nabi SAW terutama Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq, Sayyidina Omar al-Khattab, Sayyidina Osman Bin Affan dan Sayyidatina Aisyah Ummul Mukminin.

Bahkan lebih daripada itu, mereka tergamak melabelkan sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai empat berhala Quraisy, sementara pengikut2 mereka pula adalah musuh-musuh Allah SWT.

Mereka juga mempercayai bahawa para Imam Syiah adalah maksum dan tidak melakukan sebarang dosa. Mereka juga meyakini bahawa Muhammad Bin Hassan al-Askari adalah Imam Mahdi yang dijanjikan, ia akan muncul pada akhir zaman membawa keadilan kepada alam sejagat.Mereka juga mendakwa bahawa Sayyidina Ali RA sahaja yang memiliki al-Quran yang lengkap dan sempurna, manakala al-Quran yang kita baca hari ini adalah tidak sempurna. Mereka mendakwa al-Quran yang sebenar adalahal-Quran yang mengandungi tujuh belas ribu ayat. Dakwaan ini amat bertentangan sekali dengan jaminan Allah SWT tentang kesempurnaan dan bebasnya al-Quran dari sebarang kekurangan.

Antara ajaran Syiah yang menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar juga ialah mereka mengamalkan prinsip at-Taqiyyah iaitu prinsip berpura2 dengan menyembunyikan akidah mereka yang sebenar apabila berada bersama pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka juga meletakkan Sayyidina Ali RA sama taraf dengan Allah SWT. Mereka mendakwa jawatan Khalifah dan Imamah adalah sebahagian dari rukun Islam dan pelantikannya adalah diwasiatkan secara nas. Syiah juga mempercayai bahawa Ilmu Allah boleh berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada manusia.

Dari sudut Syariah dan amalan pula, Syiah menghalalkan perkahwinan mut’ah, iaitu perkahwinan kontrak bagi tempoh tertentu sahaja. Perkahwinan ini pada hakikatnya adalah perzinaan yang diharamkan dgn jelas dlm al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Mereka juga menokok tambah dua kaliamah Syahadah yang telah ditentukan lafaznya, dengan memasukkan Sayyidina Ali dalam lafaz syahadah mereka.

Antara penyelewengan Syiah dalam amalan juga, mereka mengharuskan dan mengamalkan solat jamak dalam semua keadaansekalipun semasa senang dan tidak musafir. Lebih dahsyat lagi setiap kali tibanya tanggal 10 muharram mereka mengadakan upacara menyeksa diridengan memukul dada dan melukakan belakang mereka, sehingga mengalirkan darah, bagi meratapi peristiwa kematian sayyidina Hussain cucunda Rasulullah SAW. Semua ini adalah amalan yang bertentangan dengan perintah Allah SWT yang terdapat dalam al-Quran dan Sunnah Nabi SAW serta pemikiran yang waras. Untuk menjamin pegangan akidah dan amalan mereka itu dapat diterima umum, maka Syiah menetapkan bahawa hanya hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Imam-imam Syiah sahaja yang sah untuk dijadikan sumber hukum,manakala hadith-hadith yang diriwayatkan melalu para sahabat Nabi SAW yang lain, adalah tertolak kerana para perawinya telah kufur setelah kewafatan Nabi SAW.

Sumber : Khutbah Jumaat surau Al Mustaqimah Seksyen 7 Shah Alam.

CIRI-CIRI WAHABI YANG WAJIB KITA TENTANG & JAUHI.

CIRI-CIRI GOLONGAN SALAFIYYAH WAHHABIYYAH

AQIDAH
1.Membahagikan Tawhid kepada 3 Kategori

(i)Tawhid Rububiyyah: Dengan tawhid ini, mereka mengatakan bahawa kaum musyrik Mekah dan orang-orang kafir juga mempunyai tawhid.
(ii)Tawhid Uluhiyyah: Dengan tawhid ini, mereka menafikan tawhid umat Islam yang bertawassul, beristigathah dan bertabarruk sedangkan ketiga-tiga perkara tersebut diterima oleh majoriti ulama’ Islam khasnya ulama’ empat mazhab.
(iii)Tawhid Asma’ dan Sifat: Tawhid versi mereka ini boleh menjerumuskan seseorang ke lembah tashbih dan tajsim

i. Menterjemahkan istawa sebagai bersemayam/bersila
ii. Merterjemahkan yad sebagai tangan
iii. Menterjemahkan wajh sebagai muka
iv. Menisbahkan jihah (arah) kepada Allah (arah atas – jihah ‘ulya)
v. Menterjemah janb sebagai lambung/rusuk
vi. Menterjemah nuzul sebagai turun dengan zat
vii. Menterjemah saq sebagai betis
viii. Menterjemah asabi’ sebagai jari-jari, dll
ix. Menyatakan bahawa Allah SWT mempunyai "surah" atau rupa.
x. Menambah bi zatihi haqiqatan [dengan zat secara hakikat] di akhir setiap ayat-ayat mutashabihat, sedangkan penambahan itu tidak ada di dalam al-Qur'an dan al-Sunnah. Imam al-Zahabi sendiri mengkritik gurunya, Ibnu Taymiyyah berkenaan masalah ini di dalam Siyar A'lam al-Nubala' [Rujuk kitab yang ditahqiq oleh bukan Wahhabi kerana Wahhabi membuang kritikan ini dalam terbitan mereka]
xi. Sebahagian golongan Mujassimah menyatakan bahawa Allah (Rujuk Kitab Ibthal al-Ta'wilat oleh Abu Ya'la al-Farra' yang telah diterbitkan semula oleh "tangan-tangan Tajsim dan Tashbih" - Penulis mempunyai buku seorang alim Al-Azhari yang mengarang kitab menolak kitab tersebut):
mempunyai gusi (اللثة) dan gigi gerham (الأضراس)
akan "duduk" bersama Nabi Muhammad SAW di atas arash
mempunyai mulut (الفم)

2.Tafwidh yang digembar-gemburkan oleh mereka adalah bersalahan dengan tafwidh yang dipegang oleh ulama’ Asha’irah.

3.Memahami ayat-ayat mutashabihat secara zahir tanpa huraian terperinci dari ulama’ mu’tabar

4.Menolak Asha’irah dan Maturidiyyah yang merupakan majoriti ulama’ Islam dalam perkara Aqidah

5.Sering mengkrititik Asha’irah bahkan sehingga mengkafirkan Asha’irah

6.Menyamakan Ashai’rah dengan Mu’tazilah dan Jahmiyyah atau Mua’ththilah dalam perkara mutashabihat

7.Menolak dan menganggap pengajian sifat 20 sebagai satu konsep yang bersumberkan falsafah Yunani dan Greek

8.Berselindung di sebalik mazhab Salaf

9.Golongan mereka ini dikenali sebagai al-Hashwiyyah, al-Karramiyyah, al-Mushabbihah, al-Mujassimah atau al-Jahwiyyah dikalangan ulama’ Ahli Sunnah wal Jama’ah

10.Sering menjaja kononnya Abu Hasan Al-Ash’ari telah kembali ke mazhab Salaf setelah bertaubat dari mazhab Asha’irah

11.Mendakwa kononnya ulama’ Asha’irah tidak betul-betul memahami fahaman Abu Hasan al-Asha’ri, bahkan sering mendakwa kononnya mereka adalah pengikut Imam Abu al-Hasan al-'Ash'ari yang sebenar. Sungguh lucu dakwaan sebegini.

12.Menolak ta’wil dalam bab Mutashabihat

13.Sering mendakwa bahawa ramai umat Islam telah jatuh ke kancah syirik

14.Mendakwa bahawa amalan memuliakan Rasulullah SAW boleh membawa kepada syirik

15.Tidak mengambil berat kesan-kesan sejarah para anbiya’, ulama’ dan solihin dengan dakwaan menghindari syirik

16.Kefahaman yang salah berkenaan syirik sehingga mudah menghukum orang sebagai membuat amalan syirik

17.Menolak tawassul, tabarruk dan istighathah dengan para anbiya’ serta solihin

18.Mengganggap tawassul, tabarruk dan istighathah sebagai sebagai cabang-cabang syirik

19.Memandang remeh karamah para awliya’

20. Menyatakan bahawa ibu bapa dan datuk Rasulullah SAW tidak terselamat dari azab api neraka.

21. Mengharamkan mengucap "radiallahu anha" bagi ibu Rasulullah SAW, Sayyidatuna Aminah

22. Menamakan Malaikat Maut sebagai 'Izrail adalah bid'ah - Fatwa Soleh Uthaymin

SIKAP
1.Sering membid’ahkan amalan umat Islam bahkan sampai ke tahap mengkafirkan mereka
2.Mengganggap diri sebagai mujtahid atau berlagak sepertinya (walaupun tidak layak)
3.Sering mengambil hukum secara langsung dari al-Quran dan hadis (walaupun tidak layak)
4.Sering memperlekehkan ulama’ pondok dan golongan agama yang lain.
5.Ayat-ayat al-Quran dan Hadis yang ditujukan kepada orang kafir sering ditafsir ke atas orang Islam.
6.Memaksa orang lain berpegang dengan pendapat mereka walaupun pendapat itu shazz (janggal).
7. Bersikap "taqiyyah" apabila dirasakan perlu. Fatwa mereka berbeza apabila bercakap di hadapan masyarakat umum dengan pengajian khusus bersama mereka.
8. Apabila mereka sedikit dan tidak berkuasa, mereka melaungkan slogan "Berlapang dada", namun apabila mereka ramai dan berkuasa mereka melaungkan slogan "Meghilangkan Bid'ah" [Sikap ini diambil berdasarkan kata-kata para ulama' Mekah yang memerhatikan sikap Wahhabi di Mekah sewaktu ia mula-mula berkembang sampai kini.]
9. Apabila mereka menerima tentangan daripada majoriti ulama', mereka menyatakan itu adalah asam garam dalam perjuangan. Sedangkan para ulama' menyatakan bahawa apabila sesuatu itu ditolak olej majoriti para ulama', maka itu adalah tanda-tanda kesesatan, kepelikan dan kejanggalan (shazz) atau ketergelinciran (zallah) kerana para ulama' umat Nabi Muhammad SAW tidak akan bersepakat di dalam kesesatan sepertimana yang disebut di dalam hadis Rasulullah SAW.

ULUM HADIS
1.Menolak beramal dengan hadis dhaif
2.Penilaian hadis yang tidak sama dengan ulama’ hadis yang lain
3.Mengagungkan Nasiruddin al-Albani di dalam bidang ini [walaupun beliau tidak mempunyai sanad bagi menyatakan siapakah guru-guru beliau dalam bidang hadis. Bahkan umum mengetahui bahawa beliau tidak mempunyai guru dalam bidang hadis dan diketahui bahawa beliau belajar hadis secara sendiri dan ilmu jarh dan ta’dil beliau adalah mengikut Imam al-Dhahabi].
4.Sering menganggap hadis dhaif sebagai hadis mawdhu’ [mereka melonggokkan hadis dhaif dan palsu di dalam satu kitab atau bab seolah-olah kedua-dua kategori hadis tersebut adalah sama]
5.Perbahasan hanya kepada sanad dan matan hadis, dan bukan pada makna hadis. Oleh kerana itu, perbincangan syawahid tidak diambil berat
6.Perbincangan hanya terhad kepada riwayah dan bukan dirayah.

ULUM QURAN
1.Menganggap tajwid sebagai menyusahkan dan tidak perlu (Sebahagian Wahhabi Malaysia yang jahil) [dan menurut sahabat penulis yang ada membuat penyelidikan di dalam bidang ini, sememangnya terdapat beberapa "ulama' Saudi" yang menyatakan tajwid itu bukanlah sunnah, tetapi bid'ah. Namun majoriti "ulama' Saudi" tidak bersetuju dengan kata-kata mereka].
2. Mendakwa ayat-ayat mutashabihat sebagai ayat muhkamat.

FIQH
1.Menolak fahaman bermazhab kepada imam-imam yang empat; pada hakikatnya mereka bermazhab “TANPA MAZHAB”
2.Mengadunkan amalan empat mazhab dan pendapat-pendapat lain sehingga membawa kepada talfiq yang haram
3.Memandang amalan bertaqlid sebagai bid’ah; kononnya mereka berittiba’
4.Sering mengungkit soal-soal khilafiyyah
5.Sering menggunakan dakwaan ijma’ ulama dalam masalah khilafiyyah
6.Sering bercanggah dengan ijma’ ulama’
7.Menganggap apa yang mereka amalkan adalah sunnah dan pendapat pihak lain adalah bid’ah
8.Sering mendakwa orang yang bermazhab sebagai taksub mazhab, sedangkan mereka taksub kepada Ibnu Taymiyyah, Ibnu al-Qayyim al-Jawziyyah dan Muhammad Ibn Abdul Wahhab.
9.Salah faham makna bid’ah yang menyebabkan mereka mudah membid’ahkan orang lain
10.Sering berhujah dengan al-tark, sedangkan al-tark bukanlah satu sumber hukum
11.Mempromosikan mazhab fiqh baru yang dinamakan sebagai Fiqh al-Taysir, Fiqh al-Dalil, Fiqh Musoffa, dll [yang jelas terkeluar daripada fiqh empat mazhab]
12.Sering mewar-warkan agar hukum ahkam fiqh dipermudahkan dengan menggunakan hadis “Yassiru wa la tunaffiru” sehingga menjadi lebih parah daripada tatabbu’ al-rukhas
13.Sering mengatakan bahawa fiqh empat mazhab telah ketinggalan zaman

NAJIS
1. Sebahagian daripada mereka sering mempertikaikan dalil bagi kedudukan babi sebagai najis mughallazah
2. Menyatakan bahawa bulu babi itu tidak najis kerana tidak ada darah yang mengalir.

Wudhu’ & Tayammum
1. Tidak menerima konsep air musta’mal
2. Bersentuhan lelaki dan perempuan tidak membatalkan wudhu’
3. Membasuh kedua belah telinga dengan air basuhan rambut dan tidak dengan air yang baru.
4. Kaifiyyat Tayammum yang mereka pilih ialah: Tepuk sekali dan sapu muka serta kedua pergelangan tangan sahaja (tanpa perlu sampai ke siku).

Azan
1. Azan juma’at sekali; azan kedua ditolak

Solat
1. Mempromosi “Sifat Solat Nabi SAW’, dengan alasan kononnya solat berdasarkan fiqh mazhab adalah bukan sifat solat Nabi SAW yang sebenar
2. Menganggap lafaz usolli sebagai bid’ah yang keji
3. Berdiri secara terkangkang  ataupun seperti huruf Y terbalik yang menyalahi konsep berdiri secara iktidal (lurus dan sederhana)
4. Tidak membaca ‘Basmalah’ secara jahar
5. Menggangkat tangan sewaktu takbir pada paras bahu
6. Meletakkan tangan di atas dada sewaktu qiyam
7. Menganggap perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam solat sebagai perkara bid’ah (sebahagian Wahhabiyyah Malaysia yang jahil)
8. Menganggap qunut Subuh sebagai bid’ah
9. Menggangap penambahan “wa bihamdihi” pada tasbih ruku’ dan sujud adalah bid’ah
10. Menganggap menyapu muka selepas solat sebagai bid’ah - Fatwa Soleh Uthaymin
11. Solat tarawih hanya 8 rakaat; yang lebih teruk lagi, mengatakan solat tarawih itu sebenarnya adalah solat malam (solatul-lail) seperti yang dibuat pada malam-malam biasa.
12. Zikir jahar di antara rakaat-rakaat solat tarawih dianggap bid’ah
13. Tidak ada qadha’ bagi solat yang sengaja ditinggalkan
14. Menganggap amalan bersalaman selepas solat adalah bid’ah - Fatwa Soleh Uthaymin
15. Menggangap lafaz sayyiduna (taswid) dalam solat sebagai bid’ah
16. Menggerak-gerakkan jari sewaktu tahiyyat awal dan akhir
17. Boleh jama’ dan qasar walaupun kurang dari dua marhalah
18. Memakai jubah dengan singkat yang melampau
19. Menolak sembahyang sunat qabliyyah sebelum Jumaat
20. Menolak konsep sembahyang menghormati waktu [li hurmah al-waqt]
21. Menolak konsep fidyah sembahyang walaupun umum mengetahui ia adalah pendapat mazhab Hanafi dan pendapat dhaif di dalam mazhab Shafie.

Doa, Zikir dan Bacaan al-Quran
1. Menggangap doa beramai-ramai selepas solat sebagai bid’ah
2. Menganggap zikir dan wirid beramai-ramai selepas sembahyang atau pada bila-bila masa sebagai bid’ah
3. Mengatakan bahawa membaca “Sodaqallahul-‘azim” selepas bacaan al-Quran adalah bid’ah - Fatwa Ibn Baz
4. Menyatakan bahawa doa, zikir dan selawat yang tidak ada dalam al-Quran dan Hadis sebagai bid’ah. Sebagai contoh mereka menolak Dala’il al-Khayrat, Selawat al-Syifa’, al-Munjiyah, al-Fatih, Nur al-Anwar, al-Taj, dll, bahkan dikatakan semua itu bertentengan dengan Aqidah Islam
5. Menganggap amalan bacaan Yasin pada malam Jumaat sebagai bid’ah yang haram - dengan alasan "Jangan diiktikadkan wajib"
6. Mengatakan bahawa sedekah atau pahala tidak sampai kepada orang yang telah wafat
7. Mengganggap penggunaan tasbih adalah bid’ah
8. Mengganggap zikir dengan bilangan tertentu seperti 1000 (seribu), 10,000 (sepuluh ribu), dll sebagai bid’ah, tetapi kalau tidak berzikir atau lalai (al-ghaflah) tak mengapa pulak??!!!
9. Menolak amalan ruqiyyah shar’iyyah dalam perubatan Islam seperti wafa’, azimat, dll
10. Menolak zikir isim mufrad: Allah Allah
11. Melihat bacaan Yasin pada malam nisfu Sya’ban sebagai bid’ah yang haram
12. Sering menafikan dan mempertikaikan keistimewaan bulan Rajab dan Sya’ban
13. Sering mengkritik kelebihan malam Nisfu Sya’ban
14. Mengangkat tangan sewaktu berdoa’ adalah bid’ah
15. Mempertikaikan kedudukan solat sunat tasbih
16. Berusaha mengharamkan wirid-wirid yang terkandung di dalam "Majmu' Sharif."
17. Menyatakan bahawa mencium al-Quran adalah bid'ah terkeji  - Fatwa Soleh Uthaymin

Pengurusan Jenazah dan Qubur
1. Menganggap amalan menziarahi maqam Rasulullah SAW, para anbiya’, awliya’, ulama’ dan solihin sebagai bid’ah dan solat tidak boleh dijama’ atau qasar dalam ziarah seperti ini
2. Mengharamkan wanita menziarahi kubur
3. Menganggap talqin sebagai bid’ah
4. Mengganggap amalan tahlil dan bacaan Yasin bagi kenduri arwah sebagai bid’ah yang haram
5. Tidak membaca doa’ selepas solat jenazah
6. Sebahagian ulama’ mereka menyeru agar Maqam Rasulullah SAW dikeluarkan dari masjid nabawi atas alasan menjauhkan umat Islam dari syirik
7. Menganggap kubur yang bersebelahan dengan masjid adalah bid’ah yang haram
8. Doa dan bacaan al-Quran di perkuburan dianggap sebagai bid’ah

Munakahat
1. Talak tiga (3) dalam satu majlis adalah talak satu (1)

Majlis Sambutan Beramai-ramai
1. Menolak sambutan Mawlid Nabi; bahkan menolak cuti sempena hari Mawlid Nabi; bahkan yang lebih teruk lagi menyamakan sambutan Mawlid Nabi dengan perayaan Kristian bagi nabi Isa a.s.
2. Menolak amalan marhaban
3. Menolak amalan barzanji.
4. Berdiri ketika bacaan mawlid adalah bid’ah
5. Menolak sambutan Ma’al Hijrah, Isra’ Mi’raj, dll.
Haji dan Umrah
1. Cuba mengalihkan "Maqam Ibrahim a.s." namun usaha tersebut telah dipatahkan oleh al-Marhum Sheikh Mutawalli Sha'rawi apabila beliau pergi bertemu dengan Raja Faisal ketika itu.
2. Menghilangkan tanda telaga zam-zam untuk dielak oleh orang yang bertawaf ketika bertawaf [Dengar khabar, sekarang tanda tersebut hendak dibuat semula]
3. Mengubah tempat sa'ie di antara Sofa dan Marwah yang mendapat tentangan ulama' Islam dari seluruh dunia [Terbaru - dan Khilafiyyah di antara para ulama' kontemporari].
4. Nama "Hajar Ismail" bagi bahagian sisi Ka'bah adalah bid'ah dan tidak harus - Fatwa Soleh Uthaymin

PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
1. Ramai para professional menjadi ‘ustaz-ustaz’ mereka (di Malaysia)
2. Ulama’ yang sering menjadi rujukan mereka adalah:
a. Ibnu Taymiyyah
b. Ibnu al-Qayyim
c. Muhammad Abdul Wahhab [Perbezaan yang ketara di antara pendekatan Ibnu Taymiyyah dan Muhammad Ibn Abdul Wahhab ialah: (i) Ibnu Taymiyyah tidak memaksa orang lain mengikut pendapatnya dengan pedang dan kuasa, ini adalah berbeza dengan pendekatan Muhammad Ibn Abdul Wahhab; (ii) Ibnu Taymiyyah juga tidak bersepakat dengan bukan Muslim untuk menjatuhkan saudara Islamnya]
d. "Sheikh" Abdul Aziz Ibn Bazz
e. Nasiruddin al-Albani
f. "Sheikh" Soleh Ibn Uthaimin
g. "Sheikh" Soleh Fawzan al-Fawzan [Secara peribadi, penulis mendengar dengan telinga dan melihat dengan mata sendiri di Madinah, Dr. Soleh Fawzan al-Fawzan, Rektor, Universiti Islam Madinah pada waktu tersebut menyatakan bahawa ulama' Al-Asha'irah dan al-Maturidiyyah bukanlah daripada "golongan yang terselamat dari api neraka" (al-firqah al-najiyah)."]
3. Sering mewar-warkan untuk kembali kepada al-Quran dan Hadis (tanpa menyebut para ulama’, sedangkan al-Quran dan Hadis sampai kepada umat Islam melalui para ulama’ dan para ulama’ jua yang memelihara al-Quran dan Hadis untuk umat ini)
4. Sering mengkritik Imam al-Ghazali dan kitab “Ihya’ Ulumiddin”
5. Masih lagi menggunakan kitab al-Tawhid oleh Imam Ibnu Khuzaimah walaupun Imam al-Bayhaqi telah menyatakan bahawa Imam Ibnu Khuzaimah telah pun menarik semula dan bertaubat daripada penulisannya itu. Ini dinyatakan oleh Imam al-Bayhaqi di dalam Kitab al-Asma' dan al-Sifat.
PENGKHIANATAN MEREKA KEPADA UMAT ISLAM
1. Bersepakat dengan Inggeris dalam menjatuhkan kerajaan Islam Turki Usmaniyyah
2. Melakukan perubahan kepada kitab-kitab turath yang tidak sehaluan dengan mereka
3. Ramai ulama’ dan umat Islam dibunuh sewaktu kebangkitan mereka
4. Memusnahkan sebahagian besar kesan-kesan sejarah Islam seperti tempat lahir Rasulullah saw, jannat al-Baqi’ dan al-Ma’la [makam para isteri Rasulullah SAW di Baqi’, Madinah dan Ma’la, Mekah], tempat lahir Sayyiduna Abu Bakr dll, dengan hujah perkara tersebut boleh membawa kepada syirik.
5. Di Malaysia, sebahagian mereka dahulu dikenali sebagai Kaum Muda atau Mudah [kerana hukum fiqh mereka yang mudah, ia merupakan bentuk ketaatan bercampur dengan kehendak hawa nafsu].
6. Antara nama/seruan yang pernah digunakan/dilaungkan oleh mereka di Malaysia dahulu ini ialah Ittiba’ Sunnah. Pihak Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-14 yang bersidang pada 22-23 Oktober 1985 telah pun mengeluarkan fatwa menyatakan kesesatan ajaran Ittiba’ al-Sunnah ini.

TASAWWUF DAN TAREQAT
1. Sering mengkritik aliran Sufi dan kitab-kitab sufi yang mu’tabar
2. Sufiyyah dianggap sebagai terkesan dengan ajaran Budha dan Nasrani
3. Tidak dapat membezakan antara amalan sufi yang benar dan amalan bathiniyyah yang sesat

Perhatian:

Sebahagian daripada ciri-ciri di atas adalah perkara khilafiyyah. Namun sebahagiannya adalah bercanggah dengan ijma’ dan pendapat mu’tamad empat mazhab. Sebahagian yang lain adalah perkara yang sangat kritikal dalam masalah usul (pokok) dan patut dipandang dengan serius.Ini adalah sebahagian daripada ciri-ciri umum golongan Wahhabiyyah yang secara sedar atau tidak diamalkan dalam masyarakat kita. Sebahagian daripada ciri-ciri ini adalah disepakati di antara mereka dan sebahagiannya tidak disepakati oleh mereka. Ini adalah kerana di dalam golongan Wahhabiyyah ada berbagai-bagai pendapat dan mazhab dalam berbagai peringkat. Apatah lagi apabila setiap tokoh Wahhabiyyah cuba berijtihad dan mengenengahkan pendapat masing-masing sehingga sebahagiannya terpesong terlalu jauh dari aliran Ahlus-Sunnah wal-Jama’ah.

Sumber : Ust Mohd Hanif.

Wednesday, 21 October 2015

Begitulah kadangkala kita manusia

Jika engkau merasa sedih hati, lantaran manusia melihatmu tak elok dipandang mata; Maka janganlah engkau berkecil hati, karena Allah tak pernah menilai seorang hamba dari bentuk rupanya.

Jika engkau merasa gundah, lantaran manusia menilaimu seorang miskin tak punya apa-apa; Maka tetaplah engkau tersenyum bahagia, karena Allah tak pernah melihat seorang hamba dari kadar harta yang ia punya.

Nabi kita yang mulia menuturkan: “Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa-rupa dan harta-harta kalian, akan tetapi Allah melihat kepada hati-hati kalian dan amal-amal kalian” [HR. Muslim]

Maka teruslah tuk perbaiki hati, dan membagusi amal shalih. Kuatkan hatimu dalam meniti jalan ketaqwaan, dan jangan pernah hiraukan celaan manusia yang membuatmu berhenti melangkah, atau bahkan membuatmu kehilangan arah, terpuruk dalam pekatnya malam yang gelap gulita..

✏ Ibnu Musthofa

Kasehnya Ibu

Di Jepun, dulu pernah ada tradisi membuang orang yang sudah tua ke hutan . Dan ada juga organ mereka diambil untuk kegunaan perubatan . . . Mereka yang dibuang adalah orang tua yang sudah tidak berdaya , agar tidak membebankan kehidupan anak - anaknya . . .

Pada suatu hari , ada seorang pemuda yang berniat membuang ibunya ke hutan . Kerana si Ibu telah lumpuh dan agak nyanyuk .. Si pemuda ini bergegas menyusuri hutan sambil menggendong ibunya . Si Ibu yang kelihatan tak berdaya , berusaha mencapai setiap ranting pohon yang mampu diraihnya lalu mematahkannya dan menaburkannya di sepanjang jalan yang mereka lalui . Sesampai di dalam hutan yang tebal , si anak menurunkan Ibu tersebut dan mengucapkan kata perpisahan sambil berusaha menahan sedih kerana ternyata dia tidak menyangka terpaksa melakukan perbuatan ini terhadap Ibunya . Si ibu yang tak terdaya tadi masih tenang . . . . . Dalam senyumnya , dia berkata , ''Anakku , Ibu sangat menyayangimu . Sejak kau kecil sampai dewasa , Ibu selalu merawatmu dengan segenap cintaku . Bahkan sampai hari ini , rasa sayangku tidak berkurang sedikitpun . Tadi Ibu sudah menandai sepanjang jalan yang kita lalui dengan ranting-ranting kayu . Ibu takut kau tersesat . Ikutilah tanda itu agar kau selamat sampai di rumah '' . Setelah mendengar kata-kata tersebut , si anak menangis dengan sangat sebak dan sayu . Kemudian terus memeluk ibunya dan kembali menggendongnya untuk membawa si Ibu pulang ke rumah . Pemuda tersebut akhirnya merawat Ibu yang sangat mengasihinya sampai Ibunya meninggal . Sahabatku semua . . renung2kanlah . .

'' Orangtua '' bukan barangan lusuh yang boleh dibuang atau diabaikan setelah terlihat tidak berdaya . Kerana pada saat kita berjaya atau saat kita dalam susah , hanya ''orangtua'' yang mengerti kita dan batinnya akan menderita jika kita susah .

''orangtua'' mereka tidak pernah meninggalkan kita ,macammanapun keadaan kita .. Walaupun kita pernah melawan atau meninggi suara kepada orangtua namun Ibu dan ayah kita akan tetap mengasihi kita ....
Kasihi dan sayangi la orangtua kita selagi mereka masih hidup..

Sumber artikal :

https://m.facebook.com/haron.jusoh?refid=13&ref=bookmarks&_ft_=top_level_post_id.990522144341315%3Atl_objid.990522144341315%3Athid.100001506150689