Pages

Wednesday, 24 April 2013

HAKIKAT KEHAMBAAN...




.............Untuk membakar hangus segala mazmumah itulah maka perlu memiliki rasa kehambaan yang sangat kuat dan mendalam. Di antaranya rasa takut, malu, cemas, bimbang, hina diri, lemah, dhaif, serba kekurangan, tiada upaya, gementar, gerun, rasa berdosa, rasa bersalah, rasa cuai dan lalai, banyak cacat cela dan sebagainya.

 Kesan dari rasa kehambaan inilah hati (roh) akan terhindar dari rasa ketuanan seperti sombong, riyak, sum'ah, pemarah, hasad, tamak, bakhil, ego, dendam dan lain-lain. Oleh itu tajam dan suburnya rasa kehambaan itu perlu dimiliki setiap masa dan di mana jua.
 Serentak dengan itu mesti pula memiliki rasa berTuhan yang benar-benar dihayati dan sebati, terbenam di hati nurani. Rasa itu perlu melekat dan mencengkam di hati. Rasa-rasa itu seperti merasai Allah SWT Maha Agung, Maha Besar, Maha Hebat, Maha Mengetahui, Maha Mendengar, Maha Melihat dan sebagainya. Manifestasi dari rasa berTuhan ini maka subur segala sifat terpuji atau mahmudah seperti sabar, redha, tawakkal, ikhlas, pemurah, kasih sayang, muraqabah, jiwanya sentiasa hidup dan bersemangat, pengorbanannya luar biasa, kegigihannya luar biasa, kebaikan dan kebajikannya banyak. Hati terlalu sensitif dengan Tuhan.
 Rasa berTuhan ini menjadi benteng kukuh daripada dosa, maksiat dan mungkar. Dosa dibencinya, terbuat dosa resah jiwanya dan segera memohon ampun. Biar bagaimana keadaan mereka, tidak lalai atau hanyut oleh harta benda, pangkat, nama dan lain-lain. Mereka tiada sebarang kepentingan diri. Seluruh hidupnya dan apa yang dimiliki hanya untuk Allah SWT............................
 sekadar ingatan diri


HAKIKAT PERJUANGAN..

........Sepanjang zaman, siapa pun dan di mana sahaja di bumi Allah SWT ini kekuatan asas bagi pejuang Islam tidak pernah dan tidak akan berubah. Membaiki diri, keimanan, ketaqwaan, perpaduan dan kepimpinan adalah paling utama, terpokok dan terpenting untuk memperolehi kemenangan dan mencapai keagungan umat. Maka perkara-perkara tersebut wajib dimiliki tanpa berdolak dalik............ 

Wednesday, 10 April 2013

MARAH ?? JANGAN NANTI KENA JUAL..


untuk reda kemarahan, InsyaAllah…
Daripada Sulaiman bin Surad RA katanya, “Pada suatu hari aku duduk bersama-sama Nabi SAW sedang dua orang lelaki sedang bermaki-makian di antara satu sama lain. Salah seorang daripadanya telah merah mukanya dan tegang pula urat lehernya. Lalu Rasulullah SAW bersabda”, “Sesungguhnya aku tahu satu perkataan sekiranya dibaca tentu hilang rasa marahnya jika dia kata (baca), “Auzubillahi minas syaitanir rajim (aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam) hilanglah marahnya.” Maka mereka pun berkata kepada (orang yang merah mukanya) bahawasanya Nabi SAW bersabda : Berlindunglah dengan Allah daripada syaitan yang direjam.Huraian Hadith:

1.Perasaan marah yang disemarakkan oleh syaitan boleh menyebabkan kemudaratan pada agama dan dunia, kerana itu untuk menghapuskan sebabnya (was-was syaitan) ialah dengan memohon perlindungan kepada Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud : “Dan jika kamu ditimpa satu godaan syaitan maka berlindunglah kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (al-A`raf: 200)

2.Meleraikan persengketaan yang berlaku antara dua pihak adalah dituntut oleh Islam.

3.Seseorang yang dalam keadaan marah hendaklah membaca taawuz (aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam) untuk mendapatkan kesabaran.

4.Orang yang alim(berilmu) hendaklah sentiasa menyampaikan (menyebarkan) ilmunya tidak kira masa dan tempat asalkan ilmu itu dapat dimanfaatkan (dinikmati).

Sesungguhnya kemarahan itu daripada syaitan dan dijadikan syaitan daripada api, dan api bolehdipadamkan dengan air, maka apabila seorang daripadakamu marah berwudhuklah.

(Hadith riwayat Abu Dawud, Ahmad danTabraniyy)

Kalau tak reda juga pergi bilik air, ambil wudu'. Kalau tak reda juga, jumpa pakar psikologi atau dapatkan berunding pakar mengawal kemarahan (anger management). Kita pun sudah melihat akibat daripada tidak mampu menahan nafsu amarah, anak kena dera, bergaduh dengan sahabat baik dan macam-macam lagi natijah yang buruk. Lelaki yang kuat bukan yang mampu menumbangkan lawan dengan kuderat tangannya, tapi lelaki yang kuat adalah yang mampu melawan nafsu amarahnya. Nasihat untuk kami juga...

SELEMBAR PANTUN SANG KHALIFAH



Assalamualaikum pembuka seloka
Seloka pantun paksu hari ini
Semakin sampai hari2 senja
Semakin risau dengan dosa2 diri........

Pokok sena rimbun lebat daunnya
Buat berteduh sepasang kekasih
Hati gundah zikir ubatnya
Lafaz lidah maksud dihati bertasbih........

Bercapal putih ke Kota Tinggi
Berkemeja merah sampai juga ke sana
Ziarahilah pusara tanda rendah hati
Agar diri sentiasa insaf akan dosa pahala......

Kunang kunang terbang bercahaya
Sang pungguk asyik rindu rinduan
Hidup didunia perlukan harta
Hidup di dunia juga jangan lupa Tuhan..........

Ke kebun membawa tajak
Menanam keladi di tanah rata
Teringat segala perbuatan yg terlajak
Sedih pilu harap di ampun segala dosa.........

Bunga melor harum dan cantik
Sisip cantik ditelinga dara jelita
Usia kita bukanlah lg sedikit
Kikis lah dosa gantikan dgn pahala.......

Orang dulu naik bahtera tunai haji
Sampai masa setelah cukupnya wang
Pandainya kita hantar anak ngaji
Tp Quran dirumah dibiarkan bersawang..........

Naik kuda, kuda jantan
Sambil meminpin kuda pasangan
Anak tak solat knp dibiarkan
Eh eh eh mak ayah pula yg bg alasan.........­.

Berenang renang di anak sungai
Hujan rentik tak dihiraukan
Ngaji selalu sampai pandai
Dah pandai maknanya difahamkan.......

Jauh helang terbang hari hari
Sekejap tinggi sekejap rendah
Mata tajam asyik memandang
Mencari habuan perut yg lapar
Dalam berpantun indah sekali
Dalam berpantun selitkan dakwah
Dalam hati selitkan rasa sayang
Agar jiwa bahagia hati tidak tersasar.......­...............

Karamnya bahtera ditengah lautan
Helang terbang mendapat habuan
Berkasih memang indah semua keadaan
Pastikan diri tidak alpa ketentuan......

Kerbau sakit perut buncit
Lembu mati kerana racun
Kepala pening hati sakit
Sana sini riba yg bersih dah jd racun..........­..

Tanam padi rapat rapat
Ditanam pula oleh Mak Bedah
Mencari rezeki biarlah yg berkat
Disimpan pula jangan difikirkan faedah........

Dalam daging ada duri
Dalam sekam ada api
Mari mari kita mengundi
Pemimpin munafiq jangan dipilihi.......keh keh keh keh.

Saturday, 16 February 2013

SELEMBAR TARBIAH BUAT DIRI..

Assalamualaikum semua ,


Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi kita Muhammad SAW,juga bagi keluarganya serta para sahabatnya.

Lama benar rasanya aku tidak berblog.. Alhamdulillah syukur kepada-Mu Ya Allah kerana diberikan keizinan untuk aku menulis sebarang dua pesanan buat diri aku sendiri dan juga teman2 seiman se Islam..
Kepada teman2ku yang mencintai dan mengharap, yang mencari ilmu dengan bersungguh-sungguh, dan kepada setiap saudara seiman yang saling mencintai kerana Allah, Tuhan semesta alam, di mana saja keberadaannya, di penjuru Timur Bumi dan di Baratnya, di dataran dan lautan, yang datar mahupun yang berbukit-bukit dan di semua daerah sekitarnya.

Allah Yang Maha Besar selalu mengingatkan kita di dalam kitab-Nya Al-Quran Al-Karim supaya berzikirillah seperti berikut:

“Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari.”  Surah 76: Al Insan, Ayat 25 & 26

“Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.”    Surah 7: Al A’raf,  Ayat 205

“Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” Surah 3: Al Imran Ayat 191

“Sesungguhnya Aku lah Allah, tidak ada Tuhan selainKu, maka sembahlah Aku dan dirikanlah salat untuk mengingat Aku.”   Surah 20 Ta Ha Ayat 14

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah.” Surah 33: Al Ahzab Ayat 21

Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malikat naik ke langit.

Allah s.w.t bertanya para malaikat meskipun Allah mengetahui pergerakan mereka:

“Dari mana kamu datang?”

Malaikat menjawab:

“Kami datang dari tempat hamba-hambaMu di dunia.  Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dari-Mu.”

Allah s.w.t berfirman:

“Apakah yang mereka pohonkan.?”

Para Malaikat menjawab:

“Mereka memohon Syurga dari-Mu.”

Allah berfirman:

“Apakah mereka pernah melihat Syurga-Ku?”

Para Malaikat menjawab:

“Belum, wahai Tuhan.”

Allah berfirman:

“Bagaimanakah agarnya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat Syurga-Ku?”

Malaikat berkata lagi:

“Mereka juga memohon daripada-Mu perlindungan.”

Allah berfirman:

“Mereka pohon perlindungan-Ku dari apa?”

Malaikat menjawab:

“Dari Neraka-Mu, wahai tuhan.”

Allah berfirman:

“Apakah mereka pernah melihat Neraka-Ku?”

Malaikat menjawab:

“Belum.”

Allah berfirman:

“Bagaimanakah agarnya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat Neraka-Ku.”

Malaikat terus berkata:

“Mereka juga memohon keampunan-Mu.”

Allah berfirman:

“Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka pohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan.”

Malaikat berkata lagi:

“Wahai tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hamba-Mu. Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia terasa ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di majlis itu.”

Allah berfirman:

“Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan.”

Sebelum aku menutup kata kata maka nasihat dan tarbiah untuk diri sendiri ..moga mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah S.W.T.

Saya berpesan pula kepada diri, keluarkan setiap harapan ataupun kecemasan yang kita rasakan dalam hati kita terhadap siapa pun di antara makhluk Allah. Sebab, adanya perasaan seperti itu akan menjadi penghalang bagi kita untuk menegakkan kebenaran dan jangan sekali-kali membiarkan rasa takut akan kemiskinan menyelinap ke dalam hati kita kerana yang demikian itu merupakan seburuk-buruk pendamping diri  sendiri.

 Janganlah pula memikirkan secara berlebihan segala yang berkaitan dengan perolehan rezeki. Terlalu memikirkan hal seperti itu tidak ada dasarnya selain adanya keraguan berkaitan dengan takdir Allah Swt. Apa saja keuntungan ataupun kerugian yang telah ditakdirkan untuk kita pasti akan terlaksana ; dengan atau tanpa usaha  sendiri, sesuai dengan apa yang telah digoreskan oleh pena Allah dalam Al-Lauh Al-Mahfuzh. Oleh sebab itu, apa gunanya bersikap berlebihan dalam memikirkan sesuatu yang telah selesai urusannya, dan tentang hal itu hati kita telah ditenangkan oleh Allah Swt dengan penjelasan dalam kitab-Nya bahawa ia telah memberikan jaminan bagi kita (tentang rezeki yang disediakna bagi setiap makhlukn-Nya) seraya bersumpah dengan diri-Nya sendiri. Oleh sebab itu, pusatkanlah perhatian kita untuk melaksanakan hak Allah Swt. yang telah diwajibkan pelaksanaannya atas diri . Kerana, sesungguhnya kebanyakan manusia zaman sekarang menghadapi fitnah (ujian berat atau bencana), berupa memikirkan secara berlebihan tentang rezeki. Hal itu merupakan hukuman atas mereka akibat melalaikan pelaksanaan perintah-perintah Allah seraya mengerjakan laran-larangan-Nya.

Senantiasa bersikap lemah-lembut dalam setiap urusan, mengutamakan keikhlasan dalam setiap amal dan kegiatan, meninggalkan kesibukan-kesibukan yang menghalangi antara kita dan Allah Swt. terutama yang berkenaan dengan harta dan keluarga. Berkonsentrasilah hanya dalam sesuatu yang bermanfaat bagi kehidupan kita dalam kehidupan mendatang. Kembalilah kepada Allah dan bertawakallah kepada-Nya dalam setiap keadaan; seraya meneladani Rasullulah Saw. Dalam akhlak, ucapan dan perbuatan.

 Usahakanlah sungguh-sungguh untuk membeningkan hati dan menyinarinya dengan tiga hal: Pertama, dengan membaca Al-Quran dengan tartil dan tadabbur (yakni menekuni tatacara pembacaannya dan merenungi maknanya). Kedua, dengan ber-zikrullah dengan penuh adab dan kehadiran hati. Ketiga, dengan melakukan qiyamullail (shalat malam) dengan hati luluh dan anggota tubuh yang khusyu’.

  Ada tiga hal yang perlu kita lakukan demi memudahkan terlaksananya tiga amalan di atas.. Pertama, meringankan perut dengan hanya makan sedikit saja. Kedua, memisahkan diri dari kelompok manusia yang lalai akan tuhannya. Ketiga, membebaskan diri dari kesibukan dunia yang fana..


Wallahu Alam..

Tuesday, 1 January 2013

Zaman ini...



Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi kita Muhammad SAW, ahli keluarga, sahabat, tabi'en dan sekelian pengikut mereka sehingga ke hari kiamat. Ya Allah! Permudahkanlah dan janganlah disusahkan segala urusan kami. Amin Ya Karim!

Sedarkah kita
bahawa kita sudah berada
dalam zaman azab dan fitnah dunia? Fitnah
di merata tempat sehinggakan ke dalam
rumah kita, bahkan surau-surau dan
masjid-masjid kita. Buka sahaja telefon, nah
penuh dengan maksiat yang melata. Belum
lagi di kaca televisyen, komputer, ipad dan
sebagainya. Semunya bersambung pada
jaringan sosial manusia yang lebih banyak
membawa kerosakkan daripada kebaikan
pada kebanyakkan pengguna. Dosa dan
noda ibarat debu-debu dalam udara
berterbangan dan bertebaran sehinggakan
hampir tiada seorang pun yang tidak
terkena percikannya. Bahkan hampir
kesemua kita terperangkap di dalamnya.

Saturday, 29 December 2012

TAZKIRAH DIRI


  • Paksu rindu untuk membaca tazkirah dari abi Sifu سيفو


    • Ayang Nur Abi selalu jgk ke sini tpi dia dok intai jer dari luaq..hehehe

    • Ayang Nur ustaz mad..mai la sini..bnyk ilmu yg kami semua perlu belajaq..

    • Sifu سيفو السلا م عليكم ورحمة الله وبركاة

      وقا ل النبي صل الله عليه وسلم:

      مَن يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقَّهْهُ فِى الدِّ ينَ وَيُلْهِمُهُ رُشْدَهُ

      Ertinya: Barang siapa yg dikhendaki olh Allah SWT kebaikan maka dia dijadikan pintar dalam agama dan diilham oleh Nya kepandaian dlm perkara itu" H.R: Bukhari dan Muslim

      Alhmdulillah semoga dirahmati Allah SWT hendaknya keatas semua berkebetulan subuh tadi Abi ada kuliah disalah sebuah masjid dipersekitaran tempat tinggal Abi..dan Abi memetik hadith diatas yg berhubung dengan kepentingan BERILMU...

    • Sifu سيفو umum kita mengetahui bahawa cabang ilmu itu luas dan terbahagi kpd 2 ketogori ilmu yg dituntut dlm islam.
      1. ilmu fardu Ain.
      yaitu ilmu yg wajib dituntut olh setiap muslim.
      Sabda NAbi saw: Tolabul 'ilmi faridhotum 'ala kullimuslim walli muslimat
      " menuntut ilmu itu wajib Ain diatas lelaki & perempuan muslim.
      2. ilmu fardhu kifayah..telah tersedia akan makna nya ( umum mengetahui nya )...

    • Ayang Nur Terima kasih Abi Sifu سيفو..

    • Sifu سيفو Ilmu juga merupakan "KUNCI" bagi kita mealkukan ibadah..mana mungkin kita mengethui sesuatu ilmu kita dpt melakukan ibadah tersebut..jika dilakukan tanpa ilmu ia tdk akn sempurna, bahkan mungkin jauh terpesong drp kebenaran sesuatu ibadah..
      Apatah lagi jika sesaorg itu melakukan ibadah secara " TAKLIK" yaitu secara ikut-ikutan sahaja..ini amat merbahaya..

    • Sifu سيفو Allah SWT menanugerahkan kpd manusia diantara "HARTA" yg paling berharga yg dimiliki, bkn nya harta bendam RM, emas permata, tetapi pancaindera yg cukup sempurna, dan juga yg membedakan antara manusia dgn haiwan yaitu aqal.
      Firman Allah SWt: Laqod kholaqnal innasana fii ahsanitaqwin
      " aku jadikan kamu manusia sebaik-baik bentuk kejadian "
      dlm ayat ini ulama' mufassirin mengatakan sebaik bentuk kejadian itu ialah aqal.
      Kerana, manusia yg dianugerahkan dgn mata,trlinga, hati nyg sempurna masih ada lgi lagi yg 'asi ( engkar ).
      Tetapi ada manusia yg cacat penglihatan serta pendengaran tetapi mereka2 itu tetap berada didlm ketaan kpd Allah SWT..
      Allah SWT berfirman mafhumNya:
      : Dan Aku jadikan isi neraka jahanam itu kebanyakan nya terdiri drp jin dn manusia yg mana mereka itu mempunyai hati tetapi tdk mahu mengambil pengajaran drp nya dan mereka yg mempunyai mata tp tk mahu melihat kebesaran Allah SWT dan mereka yg mempunyai telinga tp tk mahu mendengar sesutu kebenaran drp Allah SWT, mereka itu seumpama binatang ternak ( berkaki empat ) bahkn lebih sesat drp binatang tersebut dan mereka itu lh yg termasuk didlm golongan org2 yg rugi.

      disitu lah terletaknya kepentingan ilmu bagi membedakan antara kebenaran dan kesesatan, yg haq dan yg bathil..

    • Pak Su Khairol bagaimana pula abi tentang orang2 yg begini?

      "aku sudah banyak beramal soleh, justeru
      memadailah semua amalanku selama ini,
      lagipun aku ikhlas, jadi sikit pun tak apa"
      dan sebagainya? Sedang dalam diri penuh
      dengan sifat-sifat yang tercela baik semasa
      beramal ibadah apatah lagi di luarnya?
      Sedang dosa-dosa kecil dibuat berulang-
      ulang sehingga menjadi dosa-dosa yang
      besar? Sedang dosa-dosa besar juga
      dilakukan dalam sedar dan tidak sedar?
      Sedang diri jauh daripada taubat dan
      kembali kepada Allah SWT?

    • Sifu سيفو Umum mengetahui bahawa Nabi saw adalah maksum..
      kenapa Nabi saw bersusah payah melakukan amalan sehinggakan sampai bengkak2 kaki baginda?

      dlm islam kita dituntut konaah ( berpada dgn yg ada )..
      soalan nya adakah didldm ibadah kita pun hal demikian juga?
      soal ikhlas itu pokok kpd ibadah, kalau banayak pun kalau tk ikhlas tk diterima jugak.
      Tapi dlm ibadah kita dituntut memperbanyakkan ibadah,contoh pd hari ni ( jumaat ) dituntut antaranya berselawat keatas nabi saw dengan sebanyak2nya..
      Allah juaga menyuruh kita berlumba untuk melakukan ibadah ( kebaikan )" fastabiqul khoirat.
      Jadi kata mcm 2 memeng teramat tk sesuai terkeluar drp mulut org yg suka melakukan ibadah.

      Soal sifat2 tercela yg masih terdpt didlm diri sesaorg, waalaupn mereka melakukan ibadah..
      Antara ibadah yg boleh mencegah difat kecelaan ialah solat.
      Firmanh Allah SWT : Innasola tatanha 'anil fahsya iwal mungkar
      "Sesungguhnya solat itu mencegah perkaya keji dan mungkar"
      Jika kita mendirikn solat tp masih terdpt perkara2 sprtimana yg Pak Su Khairol nyatakan itu...Kene chek solat kita, mungkin ada yg terkurang..Allahu'aklam.

    • Sifu سيفو mana Ayang Nur..Nih?????........mai lah dok depan Abi nih..heheh

    • Sifu سيفو Allah SWT juga mengatakan perbedaan serta darajah antara org2 yg berilmu dgn org2 yg tdk berilmu:
      Firman Allah SWT mafhumNya:
      " Katakanlah kpd nya " Adakah sama org2 yg mengethui dengan org2 yg tidak mengetahui"....Az-Zumar-19

      Lagi Mafhum NYa: Supaya Allah meninggikan darjat org2 yg beriman dikalangan kamu dan org2 yg diberi ilmu pengetahuan agama ( dri kalangan kamu ) beberapa darjat...Mujadalah-11.

    • Ayang Nur hehehe..sorry Abi..Dok bergayut tepon ngan hubby..smpai x sedar Abi panggei..jgn marah naaa..nnti cpt tua...kihkihkih

    • Ayang Nur Terima kasih di atas perkongsian ilmu di pagi jumaat yg pnuh barakah ini..semoga kita akan lebih berilmu slpas ini..insyallah

    • Sifu سيفو didunia ni pun kalau kita nak pi ke bukit gambir kita kena tau jln.. makna nya kena tau ( berilmu )..
      Diakhirat pun kalau nak selamat kena berilmu jugak...Tp kena cari ilmu kat cini...kat sana dh tk dak ustaz nak mengajaq dah...hahahaaa

    • Pak Su Khairol betul tu abi....

      Memadaikah kita beramal ibadah sekadar
      melepaskan batuk di tangga? Sedang kalau
      kita berkehendakkan harta atau kekayaan,
      kita merancang dan mengusahakan
      perniagaan kita menggunakan segala
      sumber dan daya dengan penuh
      kesungguhan kerana kita mahu mencapai
      harta atau kekayaan tersebut.

      Sedang kalau kita berkehendakkan pangkat
      dan kedudukan, kita bermati-matian
      bekerja, awal pagi ke lewat malam, sampai
      sanggup berjaga malam, menghabiskan
      kerja-kerja dan tugasan, menggunakan
      sekelian kemampuan akal dan tubuh badan,
      serta waktu yang sangat berharga, kerana
      kita mahu mencapai pangkat atau
      kedudukan tersebut.

      Sedihnya, sedar tak sedar, ada di antara
      kita yang mengaku Muslim yang beriman,
      tetapi amal ibadahnya dibuat seolah diri
      setaraf dengan Nabi Muhammad SAW, atau
      lebih hebat lagi daripada Baginda SAW
      sehinggakan dikurangkan ibadah atau
      ditinggalkan daripada memperbanyakkan
      amal soleh dengan begitu sahaja. Sedang
      Baginda SAW terpelihara daripada dosa dan
      noda bahkan dijamin terlepas azab dan
      siksaan kubur dan padang Mahsyar. Sedang
      Baginda SAW juga adalah terjamin sebagai
      ahli syurga yang pertama.

      'Sedang Baginda
      SAW ada bermacam-macam mu'jizat dan
      kelebihannya di dunia dan akhirat.

      terima kasih abi......paksu jelas dan angguk faham.....

    • Pak Su Khairol muahhh tuk abi.....
      kikikiki.mohon paksu undur diri...nak selesaikan Urusan sek anak2.....

      assalamualaikum.

    • Sifu سيفو wkmslm.