Pages

Tuesday, 10 November 2015

KEHEBATAN AYAT KURSI

Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah s.a.w. untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya. "Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah s.a.w.," gertak Abu Hurairah.
Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."

Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru. Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah s.a.w. Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?" Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahawa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya. "Bohong dia," kata Nabi Muhammad s.a.w.: "Pada hala nanti malam ia akan datang lagi." Kerana Rasulullah s.a.w. berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan. Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap. "Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah s.a.w.," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."

Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah s.a.w., dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah s.a.w.  menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."
Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w. dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah s.a.w.? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."

Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya. "Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah s.a.w.. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."

"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi." Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang. Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah s.a.w. untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi. "Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasulullah s.a.w. sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya. "Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah. "Kalimat apakah itu?" tanya Nabi Muhammad s.a.w.. Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."

Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi Muhammad s.a.w. berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi Muhammad s.a.w.  bertanya pula : "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?" "Entahlah." Jawab Abu Hurairah. "Itulah syaitan." jawab Nabi Muhammad s.a.w.

(Tanbihul Ghafilin)

GANJARAN MEMBERI SALAM

Daripada al Habib Ali Zaenal..

Dalam satu riwayat diceritakan seseorang datang kepada Rasulullah ﷺ dan memberi salam, “Assalamu’alaika Ya Rasulullah”, baginda menjawab salam dan mengatakan, “10”.

Kemudian datang orang lain memberi salam, “Assalamu’alaika wa rahmatullah, Ya Rasulullah”, baginda menjawab salam dan mengatakan, “20”.

Kemudian datang orang lain memberi salam, “Assalamu’alaika wa rahmatullah wa barakatuh, Ya Rasulullah”, baginda menjawab salam dan mengatakan, “30”.

Maknanya - ucapan ‘Salam’ saja ganjarannya = 10. Ucapan ‘Salam dan rahmat’, ganjarannya 20, manakala ucapan ‘Salam dan rahmat dan barakah’ pula ganjarannya 30.

Maka, bila mengucapkan salam, hendaklah diucapkan dengan sempurna, supaya kita dapat ganjaran lebih, dan orang yang menjawab juga dapat ganjaran yang lebih.

Disunting daripada Al-Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.

Hakikat Dunia.

"Hakikat dunia ini, telah pun Allah سبحانه وتعالى katakan didalam Al-Quran. Bahawa ianya berbentuk tempat ujian, tempat peperiksaan "Examination Hall." Yang mana Allah سبحانه وتعالى ingin lihat, adakah seseorang itu berjaya untuk melepasi daripada ujian yang Allah سبحانه وتعالى berikan."

"Adakah ia lebih mengutamakan Allah سبحانه وتعالى, mencintai Allah berbanding Dunia ataupun ianya mengutamakan Dunia berbanding Allah سبحانه وتعالى. Maka Allah سبحانه وتعالى menerangkan hakikat dunia dan kehidupan dunia ini adalah bersifat sementara. Dan seharusnya manusia itu memahami hakikat ini."

"Apabila tiba hari kebangkitan, hari dimana manusia akan berada didalam ketakutan. Hari dimana Allah سبحانه وتعالى akan menanyakan segala amal perbuatan yang kita lakukan diatas dunia ini. Didalam sebuah hadith, sekali-kali tidak akan berganjak kedua-dua telapak kaki seorang hamba manusia pada Hari Kiamat sehingga dia ditanya tentang empat perkara."

"Empat perkara tersebut ialah tentang umurnya ke mana dihabiskannya, tentang mudanya ke mana dipergunakannnya, tentang hartanya dari mana diperolehnya dan ke mana dibelanjakannya, tentang ilmunya apakah yang diamalkannya."

"Jika dengan ilmu, dia inginkan pujian dan kedudukan di mata manusia, maka dia hanya mendapat dunia bukan akhirat sekalipun dia menuntut ilmu akhirat. Dia adalah serugi-ruginya manusia pada hari tersebut. Maka hendaklah kita memperbaiki niat kita, didalam menuntut ilmu."

"Seorang tabiin bertanya kepada sahabat tentang Sayidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. Lalu beliau menjawab Sayidina Abu Bakar seperti mayat berjalan di atas muka bumi ini. Hatinya sentiasa lunak dan menangis kerana takut kepada akhirat dan api neraka."

"Sayidina Abu Bakar r.a pernah berkata; "Alangkah baiknya aku menjadi burung yang berterbangan, bila waktu ajalnya tiba, maka tiada perhitungannya di akhirat." Apabila manusia melihat kejadian dihari apabila binatang menjadi debu diakhirat juga manusia ingin menjadi debu."

"Tidak ada penghisaban. Tidak ada buku amalan. Mereka berkata; "Alangkah baiknya, jika aku ditukarkan menjadi tunggul kayu, ditebang orang, dijadikan kayu api dibakar kemudian menjadi hanggus menjadi debu. Tidak ada penghisaban, tidak ada tuntut-menuntut."

"Dihari kiamat nanti, apabila bermulanya penghisaban manusia. Masing-masing akan diberikan buku amalan. Ada tiga golongan yang menerima buku amalan diakhirat kelak. Yang pertama, Penerima buku amalan di tangan kanan. Penerima buku amalan ditangan kanan akan confirm masuk syurga."

"Mereka akan berkata dengan gembira; "Alhamdulillah. Lihat buku amalan aku. Lihat. Aku telah lulus ujian Allah سبحانه وتعالى. Aku lulus dengan flying colors. Lihat. Segala kesusahan diatas dunia, aku redha. Lihat." Mereka yang lain pon resah menunggu giliran mereka dihisab. Disana tidak ada sifat riyak kerana sifat tersebut hanya ada diatas dunia."

"Sebab itu kita kena berdoa; "Ya Allah, kau kurniakanlah buku amalan aku disebelah kananku dihari akhirat kelak." Semasa basuh tangan kanan didalam berwuduk."

"Yang kedua, adalah mereka yang menerima buku amalan disebelah tangan kiri. Golongan ini akan ke neraka. Mereka akan berkata; "Celaka lah aku. Celaka lah aku. Pada hari ni. Alangkah baiknya aku menjadi binatang. Ditukar menjadi debu. Menjadi kayu api. Celaka lah aku, celakalah aku pada hari ini."

"Manakala yang ketiga adalah golongan yang menerima buku amalan daripada belakang tembus ke dada. Golongan ini akan kekal abadi didalam api neraka. Selama-lamanya. Sebab itu kita kena selalu mensucikan hati kita."

"Ulama Tasawwuf mengatakan didalam agama kita adalah sesuatu yang tercela memandang mana mana makhluk Allah سبحانه وتعالى dengan pandangan yang rendah walaupon dengan sesekor anjing kurap. Suatu hari ketika Saidina Uwais Al-Qarni, sedang mencari makanan di bahagian buangan sampah. Datang seekor anjing yang ingin mencari makanan disitu juga."

"Ketika anjing menyalak di sebelahnya, terus beliau berkata pada anjing itu; "Wahai anjing, janganlah kau menyakitiku sedangkan aku tidak menyakiti kamu. Aku makan apa yang ada disekitarku dan kau makan apa yang ada disekitar kau."

"Sekiranya aku lepas meniti titian sirat lalu aku memasuki syurga, maka di situ aku lebih baik daripada kau, dan sekiranya aku jatuh di titian sirat itu dan dihumban ke nereka, maka di situ kau lebih baik daripada aku."

"Suatu pelajaran daripada anjing. Kadang kala Allah سبحانه وتعالى menghantar anjing untuk mentarbiyah manusia. Moga-moga Allah سبحانه وتعالى mengurniakan kita sifat rendah diri terhadap makhluk Allah سبحانه وتعالى. Moga-moga Allah سبحانه وتعالى mengurniakan kita buku amalan ditangan kanan diakhirat nanti. Moga-moga Allah سبحانه وتعالى mengurniakan kepada kita masuk syurga tanpa hisab. Amin."

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.

Monday, 9 November 2015

Tauladan yang Baik.

“Sungguh terdapat pada peribadi Rasulullah ﷺ teladan yang baik. Kita kalau menggantikan teladan yang sudah diisytiharkan oleh Allah سبحانه وتعالى bahawa beliau adalah teladan terbaik, dan menggantikan dengan selain beliau. Makanya, tiada yang lebih baik daripada baginda rasul."

"Kata baginda Rasulullah ﷺ; “Saya, kalau nak makan, saya makan cara hamba sahaya, dan saya kalau nak duduk, duduk cara hamba sahaya.” Demikian, cara Rasulullah ﷺ menampakkan
tawadhuknya dalam cara makan."

"Daripada cara duduk apatah lagi dalam berinteraksi dengan kaum muslimin. Bahkan dalam berdakwah pun, baginda Rasulullah ﷺ tidak pernah menisbahkan kepada dirinya akan kejayaan dakwah beliau walaupun baginda adalah paling berjaya dalam dakwahnya ke jalan Allah سبحانه وتعال."

"Baginda tidak pernah menzahirkan dirinya untuk menjadikan dirinya ‘glamour’. Baginda Rasulullah ﷺ dididik Allah سبحانه وتعالى untuk tawadhuk walaupun namanya sudah termasyur sebelum diciptakan Allah سبحانه وتعالى."

"Bukankah beliau sendiri yang mengungkapkan tanpa menunjukkan kesombongan pada dirinya; “Saya penghulu kepada semua anak Adam tapi saya tidak sombong.” “Saya sudah menjadi Nabi sementara Adam masih antara tanah dan air.” Demikian, Rasulullah ﷺ itu namanya sudah masyhur."

"Dan namanya menjadi amanah kepada setiap Nabi yang diutus Allah سبحانه وتعالى akan tetapi beliau mengatakan; “Saya ini hamba sahaya.” Dengan ‘hamba sahaya’ itu diangkat darjat seseorang oleh Allah سبحانه وتعالى. Pembesar-pembesar Quraisy datang dan menawarkan baginda dengan pelbagai tawaran untuk berhenti berdakwah."

"Semua tawaran daripada harta, takhta dan wanita ditolak oleh Nabi ﷺ dengan bersabda; “Demi Allah wahai pakcik, kalau mereka mampu meletak matahari di tangan kananku "yang mereka takkan mampu pun", bulan di tangan kiriku "yang mereka pun tak pernah sampai pun" untuk aku berhenti daripada berdakwah, aku akan terus berdakwah sehingga Allah سبحانه وتعالى tunjukkan atau isytiharkan hasil dakwah aku atau aku mati di dalam berdakwah.”

"Baginda tidak mengatakan; “Sehingga aku berjaya berdakwah…” atau “sehingga aku banyak pengikut…” atau “sehingga aku disanjung oleh orang ramai.” Beliau tawadhuk walaupun baginda adalah mulia dan dipuji."

"Rasulullah ﷺ dalam sifat tawadhuknya, tak pernah baginda merendahkan sifat orang lain, beliau menjaga perasaan hati orang yang dipandang hina oleh orang lain yakni golongan hamba sahaya. ‘Adi bin Ibnu Hathim memeluk kepada Islam kerana melihat tawadhuknya Nabi Muhammad ﷺ."

"Bilamana seseorang mempunyai sifat tawadhuk seperti Rasulullah ﷺ, berapa ramai orang yang akan mendapatkan hidayah, petunjuk daripada Allah سبحانه وتعالى. Akan tetapi, nilai-nilai murni Rasulullah ﷺ ghaib daripada kaum muslimin."

"Akhlak mulia yang dibawa beliau hanyalah cerita yang didengar kaum muslimin. Akan tetapi, ajaran yang dibawa beliau tidak ada praktikalnya kepada ramai kaum muslimin. Kita berdoa dalam majlis ini semoga kita termasuk orang-orang yang dibanggakan beliau dengan menghiasi jatidiri kita penuh dengan akhlak dan sifat murni Nabi Muhammad ﷺ."

"Adi bin Ibnu Hathim ketika datang kepada Rasulullah ﷺ berkata; “Saya akan lihat kepada orang ini adakah dia mengingini kepada kuasa, ataupun takhta atau harta ataupun ada maksud-maksud lain daripada ajaran yang dibawa olehnya?”

"Baginda Nabi ﷺ berada di masjid ketika itu, lalu baginda Rasulullah ﷺ melihat Hadi dan bertanya; “‘Adi bin Ibnu Hathim?” ‘Adi bin Ibnu Hathim menjawab; “Ya.” Lalu, Rasulullah ﷺ pun menyambutnya walaupun dia belum memeluk Islam."

"Rasulullah ﷺ mendatanginya dan  memegang tangannya untuk dibawa ke rumah Rasulullah ﷺ.  ‘Adi pun terperanjat dengan sikap dan layanan Rasulullah ﷺ, walaupun kepada orang bukan Islam."

"Dalam perjalanannya, Rasulullah ﷺ didatangi seorang perempuan tua meminta kepada Rasulullah ﷺ supaya membantu menyelesaikan urusannya. Baginda tidak pernah menghampakan sesiapa, tiada orang yang datang ke rumahnya melainkan akan mendapatkan bahagian daripada Nabi Muhammad ﷺ."

"Tiada orang yang susah kecuali dihiburkan baginda, tiada orang bermasalah kecuali akan diselesaikan masalahnya oleh Rasulullah ﷺ. Sesungguhnya orang yang menyampaikan hajat orang lain, AAllah سبحانه وتعالى akan menyampaikan hajatnya nanti di akhirat.”    

“Siapa yang mengangkat kesusahan yang ada pada orang lain di dunia, Allah akan mengangkat kesusahannya di akhirat. Siapa yang memberi kemudahan kepada orang yang susah di dunia, maka akan dimudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”

“Orang yang memenuhi hajat saudaranya, Allah سبحانه وتعالى  memenuhi hajatnya. Barangsiapa yang memuliakan orang lain, akan mendapat balasan yang sama juga. Inilah ajaran Rasulullah ﷺ yang mengikat antara orang-orang beriman untuk memerhatikan antara satu dengan yang lainnya."

"Manakala yang susah diangkat kesusahannya, yang mendapi masalah akan dibantu menyelesaikan masalahnya, yang ada hajat ditunaikan hajatnya. Inilah ajaran yang dibawa Rasulullah walaupun realitinya hari ini ramai orang lebih suka bikin susah kepada orang lain sedangkan kita disuruh mengangkat kesusahan orang lain."

"Kita mempersulitkan orang lain sementara kita disuruh untuk memudahkan kepada orang lain. Kita disuruh mencari orang yang ada hajat supaya ditunaikan hajatnya, tapi kita lari daripada hajat orang lain. Kita lari daripada ajaran yang dibawakan Rasulullah ﷺ."

"Kita tidak berpegang kepada ajaran yang dibawa Rasulullah ﷺ.
Semoga ajarannya menjadi sebab untuk kita kembali kepada garis yang sudah ditetapkan Nabi Muhammad ﷺ. Demikian sifat beliau yang sentiasa membantu kepada orang lain."

"Perempuan tua yang berhajat kepada Rasulullah ﷺ; "Baginda melepaskan tangan ‘Adi dan pergi kepada perempuan tua itu. Baginda berdiri lama untuk mendengarkan apa hajat wanita tua untuk dipenuhi. Bahkan, sekiranya ada orang yang memerlukan bantuan Rasulullah ﷺ tetapi tidak dapat dibantu secara langsung, baginda akan mencari orang lain untuk membantunya."

"Baginda akan menjadi as’syafiq, atau orang tengah untuk membantu atau sekurang-kurangnya membuka mulut untuk membantu. Dalam masalah orang yang berhutang, Nabi ﷺ meminta pemiutang untuk meringankan beban orang yang berhutang. Kata pemiutang itu; “Ya Rasulullah ﷺ, adakah kamu memerintahkan saya untuk melupuskan atau memaafkan hutang orang itu?”

"Jawab baginda, “Saya ini as-syafiq, dan saya menasihatkan kamu agar mengurangkan hutang, atau memanjangkan tempoh bayaran balik atau memaafkan hutangnya.”, yakni orang yang membantu meringankan kesusahan orang lain."

"Baginda Rasulullah ﷺ ialah pemberi syafaat di dunia dan di akhirat. Inilah yang dijanjikan Allah untuk memberikan maqam syafaah kepada Rasulullah ﷺ dan sesiapa yang dikehendaki oleh baginda Rasulullah ﷺ.

"Dan diantara mereka yang akan mendapat syafaat di akhirat ialah mereka yang ketika di dunia suka menjadi syafaat pertolongan kepada orang yang susah dan juga orang yang kerap membaca doa selepas azan. Kata Rasulullah ﷺ; “Barangsiapa yang membaca doa itu, wajib mendapat syafaat aku nanti di akhirat."

"Baginda sentiasa berusaha membantu orang-orang yang susah, dan hendaklah kita mengambil sebahagian daripada sifat itu untuk meringankan beban orang lain."

"Jika kita tak mampu meringankan beban orang lain, jangan menjadi sebab kesusahan untuk orang lain. Kurang-kurang demikian agar kita tak menjadi musibah atau menyakiti kepada orang lain, kerana bukan itu yang diajar Nabi Muhammad ﷺ."

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.

HADIRLAH KE MAJLIS ILMU

]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
إخوة استاذ حذري البنداني
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
, الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ والسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَن
وَالَاهُ
JOM KITA MENGHADIRI MAJLIS ILMU DEKATKAN DIRI KEPADA PARA ULAMA UNTUK KITA MENDAPATKAN ILMU YANG BERMANFAAT SUPAYA KITA DAPAT BERIBADAH KEPADA ALLAH TA'ALA BERAMAL DIDASARI DENGAN ILMU DALAM KEADAAN YANG BENAR YANG SAH YANG AKAN DITERIMA OLEH ALLAH TA'ALA SEGALA AMAL IBADAH KITA.

Tidurnya orang alim orang yang berilmu itu lagi bagus daripada orang yang jahil tetapi banyak ibadah. Kenapa? Kerana kekadang orang jahil solatnya belum tentu betul lagi mungkin ada perkara yang dilakukannya tidak tepat dan sebagainya sehingga mengurangkan ganjaran pahala yang dia perolehi ataupun mungkin juga dia tidak memperolehi apa-apa ganjaran pahala kerana ibadahnya tidak sah tidak diterima oleh Allah سبحانه وتعالى.

Dikisahkan ada seorang yang beribadah kepada Allah سبحانه وتعالى selama 40 tahun. Dia pergi ke suatu gua untuk beribadah kepada Allah. Dia solat 1 hari 1 tahun 10 tahun sampai 40 tahun ibadah solatnya. Ibadah solat banyak sekali sehingga tidak boleh dihitung lagi. Kemudian salah satu Ulama yang bernama Abdullah Ibnu Mubarak. Beliau mendatangi kepada tempat tersebut untuk berjumpa dengan si abid ini untuk meminta doa.

Kerana meminta doa daripada saudara muslim yang lain itu dikabulkan oleh Allah سبحانه وتعالى lebih cepat kerana ikhlasnya pasti. Kalau doa untuk diri sendiri kekadang terbawa oleh hawa nafsu tapi kalau orang lain yang doakan itu sudah pasti ikhlasnya. Kemudian didoakan oleh Si Abid ini.

Setelah didoakan apa yang terjadi? Ketika Abdullah Ibnu Mubarak mahu keluar maka beliau nampak Si Abid ini memakai suatu kalung dilehernya. Lalu ditanya oleh beliau " Wahai Fulan apa itu?" Dijawab oleh Si Abid itu " Ini kalung." Ketika Abdullah Ibnu Mubarak perhatikan lagi ternyata di situ ada tikus yang sudah mati diikatkan bersama kalung tersebut.

Ditanya lagi sama beliau "Wahai Fulan apa itu?" "Ini tikus" jawab Si Abid tersebut. Abdullah Ibnu Mubarak mengatakan lagi " Kenapa engkau bawa tikus ini bersama denganmu?" Dijawab oleh Si Abid itu " Pertama kali aku datang ke sini 40 tahun yang lalu aku ingin beribadah di gua ini maka aku bersihkan gua ini tempat ini untuk aku tidur di sini, makan di sini, ibadah di sini.

Akan tetapi ketika aku sedang bersihkan rapi-rapikan tempat ini maka aku tengok ada tikus yang datang jadi aku bunuhnya kerana aku takut aku akan diganggu oleh tikus. Setelah aku membunuh tikus tersebut aku terfikir " Ya Allah!!Tikus ini termasuk makhluknya Allah. Aku telah zalim kepadanya sedangkan aku pergi tinggalkan bandar datang ke gua ini yang jauh daripada manusia agar aku boleh bertaubat kepada Allah beribadah kepada Allah tapi di sini aku membunuh makhluk Allah pula."Jadi sejak itu aku bernazar aku tidak akan solat kecuali aku bawa tikus ini bersama denganku."

Mendengar apa yang dikatakan oleh Si Abid itu. Abdullah Ibnu Mubarak mengatakan " Adakah pertama kali engkau beribadah kepada Allah engkau bawa najis ini?" Maka dia mengatakan " Ya aku bawa bersamaku kerana aku telah bernazar maka aku takut aku akan melakukan dosa kalau aku tidak melaksanakannya."

Abdullah Ibnu Mubarak mengatakan " Ketahuilah wahai fulan. Sesungguhnya selama 40 tahun engkau beribadah mengabdikan diri kepada Allah tidak ada yang sah sama sekali bahkan engkau mendapatkan dosa kerana engkau telah meninggalkan kewajiban solat
5 waktu."

Kenapa? Kerana tidak mempunyai ilmu untuk beribadah. Kita lihat amal ibadahnya banyak atau tidak? Banyak sekali tetapi disebabkan tidak mempunyai ilmu maka orang itu melakukan ibadah yang sia-sia tidak diterima oleh Allah bahkan mendapat dosa kerana meninggalkan kewajiban.
Oleh kerana itu kalau kita belum ada ilmu jangan jauh-jauh dari Ulama. Kalau belum ada ilmu jangan pernah kita malas untuk menghadiri majlis ilmu untuk kita dekat sama Ulama untuk kita mendapatkan ilmu untuk membetulkan kesilapan kita dalam kita beribadah untuk kita membersihkan hati kita sehingga kita mendapatkan husnul khatimah.

SELAMAT BERAMAL.. SILA KONGSI DENGAN YANG LAIN... SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI KALANGAN HAMBA-HAMBA ALLAH YANG MENJADI ASBAB RAHMAT ALLAH KEPADA YANG LAIN MELALUI DOA, AMAL DAN AKHLAK. ..

Ya Allah kami memohon rahmat dan perhatian-Mu, anugerahkanlah iman yang teguh, hati yang suci, akhlak yang luhur dan kehidupan yang sakinah. Kuatkanlah kami dengan iman dan yaqin, taqwa dan taat ,agar
kami tergolong dari kalangan hamba-hamba-Mu yang diredhai dunia dan akhirat… anugerahkan kami keberkatan ilmu. Rahmatilah kedua orang tua kami.... amen.

وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلَّمَ, والْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , والعفو منكم

Ustaz Mohd Hazri al-Bindany
Pembimbing Majlis Ta'lim
Darul Muhajirin
+60194363231

Sunday, 8 November 2015

ALLAH YANG MENENTUKAN, BILA SAATNYA KAU WUSUL (SAMPAI) KEPADANYA

“Jika engkau yakin bahawa kau hanya akan sampai kepada Allah setelah lenyapnya semua keburukanmu dan sirnanya semua hasratmu, maka engkau selamanya tidak akan sampai kepada-Nya. Tetapi, jika Dia menghendakimu sampai kepada-Nya, Dia akan menutupi sifatmu dengan sifat-sifat-Nya dan watakmu dengan watak-Nya, Dia membuatmu sampai kepada-Nya dengan kebaikan yang diberikan-Nya kepadamu, bukan dengan kebaikan yang kau persembahkan kepada-Nya.”

—Syekh Ibnu Atha’illah dalam kitab Al-Hikam.

Syekh Abdullah Asy-Syarqawi menjelaskan bahawa engkau tak akan sampai kepada-Nya sekalipun kau melakukan riyadhah (usaha batin) dan mujahadah berusaha menghilangkan aib dan semua keinginan yang tak layak bagimu, seperti keinginan untuk meraih kekuatan, kehormatan, kekayaan,dan kekuasaan. Itu adalah sifat-sifat inti dan watak yang sudah melekat pada seorang hamba dan tak dapat terlepas darinya.

Wushul (sampai) kepada Allah adalah anugerah-Nya yang diberikan kepadamu, bukan kerana usahamu sendiri.

Hal ini pernah diisyaratkan Allah dalam sebuah hadis Qudsi: “Hamba-hamba-Ku terus mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan ibadah-ibadah sunnah sampai Aku mencintainya. Dan, jika Aku mencintainya, Aku akan menjadi pendengarannya yang digunakannya untuk mendengar, menjadi penglihatannya yang digunakan untuk melihat, menjadi tangannya yang digunakan untuk memukul, dan menjadi kakinya yang digunakan untuk berjalan.”

Syekh Asy-Syadzili mengatakan: “Seorang wali tidak pernah sampai (wushul) kepada Allah selama dia memiliki syahwat, keinginan, dan pilihan.

Walaupun Allah sudah memberi jalan baginya, dia tetap tidak akan sampai kepada-Nya. Namun, jika Allah menginginkan untuk mendekatkan hamba itu kepada-Nya, Dialah yang akan mengaturnya, yaitu dengan menampakkan sifat-sifat-Nya yang tinggi dan suci sehingga akan menghilangkan sifat-sifat hamba-Nya yang buruk.

Saat itu, hamba tersebut tidak lagi memiliki keinginan dan pilihan, kecuali yang dipilihkan dan diinginkan Al-Haqq.”

--Syekh Ibnu Atha’illah dalam kitab Al-Hikam, dengan syarah oleh Abdullah Asy-Syarqawi

Sumber : Ustaz Iqbal Zain

Thursday, 5 November 2015

Zon Laknat.

"Jika seluruh makhluk di dalam dunia ini beribadah dan taat kepada Allah hatta termasuk syaitan sekalipun. Maka sikit pun kemuliaan Allah سبحانه وتعالى tidak meningkat kerana kedudukan Allah itu Maha Tinggi. Begitu juga jika seluruh makhluk di dalam dunia ini ingkar dan derhaka kepada Allah سبحانه وتعالى, maka sikit pun tidak mengurangi kemuliaan dan kedudukan Allah."

"Allah سبحانه وتعالى langsung tidak berhajat pada makhluk akan tetapi makhluk lah yang berhajat kepada Allah سبحانه وتعالى. Kerana didalam dunia ini adalah zon laknat. Dunia ini terlaknat dan segala isi kandungan. Dan kita berada didalam zon laknat tersebut, kecuali mereka yang berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى, yang melakukan ketaatan kepada Allah سبحانه وتعالى, seorang alim atau penuntut ilmu agama Allah سبحانه وتعالى."

"Dan bagi kita sebagai hamba Allah hendaklah sentiasa berzikir mengingati Allah سبحانه وتعالى pada setiap ketika dan dengan apa keadaan sekalipun. Berzikir samaada dengan lisan, atau dengan hati. Maka, Yang terbaik adalah zikir lisan dengan dihadirkan bersama hati."

"Fungsi zikir adalah untuk menghidupkan hati. Dan zikir menghubungkan hati kita dengan Allah سبحانه وتعالى. Dan hakikat zikir adalah merasai kebersamaan Allah سبحانه وتعالى didalam solat, dan juga diluar solat. Antara tali penghubung Hati manusia dengan Allah سبحانه وتعالى adalah Zikrullah."

"Dunia ini dilaknat oleh Allah سبحانه وتعالى. Maka yang membentuk pandangan alam kita, worldview selama mana kita hidup diatas dunia. Dan ini yan mencorakan tasawwur dan cara pandang kita keatas dunia ini ,kita berada dimana sekarang. Nabi ﷺ mengatakan kamu berada didalam zon laknat, dan segala yg berada di dalam isinya adalah dilaknat oleh Allah ﷻ."

"Dalam sebuah hadith Nabi ﷺ mengatakan; "Semenjak Allah ﷻ menciptakan dunia ini Allah ﷻ tidak pernah endahkan dunia, tidak pernah pandang kepada dunia dgn pandangan rahmat. Kecuali pekara-pekara didunia ini yg diisi dengan kesolehan, amal usaha untuk dibawa bekalan nya menuju ke akhirat itu akan dipandang oleh Allah ﷻ."

"Dunia dan segala kemewahan, kilauan, silauan, kemegahan, kekayaan, keseronokan lansung tidak dipandang bahkan dilaknat oleh Allah ﷻ. Kecuali kepada orang-orang yang berzikir kepada Allah ﷻ. Orang orang yang mengingati Allah ﷻ, orang orang yang mencintai Allah ﷻ orang yang belajar menuntut ilmu agama Allah ﷻ ilmu yang sebenar-benar ilmu adalah ilmu akhirat."

"Menuntut ilmu agama itu adalah wajib bagi setiap org islam lelaki dan perempuan. Allah ﷻ hanya memandang kepada hati-hati manusia sehingga seluruh anggota badan manusia tidak dipandang melainkan adalah hati manusia.
Daripada cinta kepada dunia akan membawa kepada kejahatan yg lain seperti riak,ujub, takabbur, kesombongan dirinya dan cinta kepada sanjungan dan pujian."

"Setiap sesuatu itu mempunyai punca dan ada yg berasal dari nafsu,berasal dari syaitan dan makhluk Allah ﷻ tetapi apabila seseorang menganalisa dengan mendalam lagi baru dia akan menjumpai bahawa punca dari segala itu bersumber dan bermuara dari satu asbab iaitu cinta kepada dunia. Moga moga kita dikurniakan akhirat itu dihati kita. Dunia ini ditangan dan bukanlah dihati."

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari. "Jika seluruh makhluk di dalam dunia ini beribadah dan taat kepada Allah hatta termasuk syaitan sekalipun. Maka sikit pun kemuliaan Allah سبحانه وتعالى tidak meningkat kerana kedudukan Allah itu Maha Tinggi. Begitu juga jika seluruh makhluk di dalam dunia ini ingkar dan derhaka kepada Allah سبحانه وتعالى, maka sikit pun tidak mengurangi kemuliaan dan kedudukan Allah."

"Allah سبحانه وتعالى langsung tidak berhajat pada makhluk akan tetapi makhluk lah yang berhajat kepada Allah سبحانه وتعالى. Kerana didalam dunia ini adalah zon laknat. Dunia ini terlaknat dan segala isi kandungan. Dan kita berada didalam zon laknat tersebut, kecuali mereka yang berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى, yang melakukan ketaatan kepada Allah سبحانه وتعالى, seorang alim atau penuntut ilmu agama Allah سبحانه وتعالى."

"Dan bagi kita sebagai hamba Allah hendaklah sentiasa berzikir mengingati Allah سبحانه وتعالى pada setiap ketika dan dengan apa keadaan sekalipun. Berzikir samaada dengan lisan, atau dengan hati. Maka, Yang terbaik adalah zikir lisan dengan dihadirkan bersama hati."

"Fungsi zikir adalah untuk menghidupkan hati. Dan zikir menghubungkan hati kita dengan Allah سبحانه وتعالى. Dan hakikat zikir adalah merasai kebersamaan Allah سبحانه وتعالى didalam solat, dan juga diluar solat. Antara tali penghubung Hati manusia dengan Allah سبحانه وتعالى adalah Zikrullah."

"Dunia ini dilaknat oleh Allah سبحانه وتعالى. Maka yang membentuk pandangan alam kita, worldview selama mana kita hidup diatas dunia. Dan ini yan mencorakan tasawwur dan cara pandang kita keatas dunia ini ,kita berada dimana sekarang. Nabi ﷺ mengatakan kamu berada didalam zon laknat, dan segala yg berada di dalam isinya adalah dilaknat oleh Allah ﷻ."

"Dalam sebuah hadith Nabi ﷺ mengatakan; "Semenjak Allah ﷻ menciptakan dunia ini Allah ﷻ tidak pernah endahkan dunia, tidak pernah pandang kepada dunia dgn pandangan rahmat. Kecuali pekara-pekara didunia ini yg diisi dengan kesolehan, amal usaha untuk dibawa bekalan nya menuju ke akhirat itu akan dipandang oleh Allah ﷻ."

"Dunia dan segala kemewahan, kilauan, silauan, kemegahan, kekayaan, keseronokan lansung tidak dipandang bahkan dilaknat oleh Allah ﷻ. Kecuali kepada orang-orang yang berzikir kepada Allah ﷻ. Orang orang yang mengingati Allah ﷻ, orang orang yang mencintai Allah ﷻ orang yang belajar menuntut ilmu agama Allah ﷻ ilmu yang sebenar-benar ilmu adalah ilmu akhirat."

"Menuntut ilmu agama itu adalah wajib bagi setiap org islam lelaki dan perempuan. Allah ﷻ hanya memandang kepada hati-hati manusia sehingga seluruh anggota badan manusia tidak dipandang melainkan adalah hati manusia.
Daripada cinta kepada dunia akan membawa kepada kejahatan yg lain seperti riak,ujub, takabbur, kesombongan dirinya dan cinta kepada sanjungan dan pujian."

"Setiap sesuatu itu mempunyai punca dan ada yg berasal dari nafsu,berasal dari syaitan dan makhluk Allah ﷻ tetapi apabila seseorang menganalisa dengan mendalam lagi baru dia akan menjumpai bahawa punca dari segala itu bersumber dan bermuara dari satu asbab iaitu cinta kepada dunia. Moga moga kita dikurniakan akhirat itu dihati kita. Dunia ini ditangan dan bukanlah dihati."

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.