Pages

Sunday, 6 September 2015

Assalamualaikum warahmatullah ...

..Allah menguji dengan sesuatu yg sangat kita sayang, diberi Cubaan dengan kehilangan. Saat ditarik Nikmat yg ada, Dia mengaturkan sesuatu yg lebih berharga. Kalau bukan di dunia, di akhirat pastinya. Paling penting usaha untuk Redha & berSangka Baik padaNya😇
..Everythg happens for a reason, find the Reason. Dig in deeply with a clear conscience, insyaAllah the Answer gets clearer....

Dan..
Tiada kesusahan yang menimpa melainkan dengan izin Allah & sesiapa yang beriman kepada Allah, akan dipimpin Hatinya & Allah Maha Mengetahui akan setiap sesuatu
(At-Taghaabuun 64:11)
..With the huge fall of the Malaysian Ringgit, try not to lose our Calmness by worrying on our uncertain future excessively, but to realign our ultimate objective of Living..

Salam 1 Jannah...

Tinta Paksu

Apakah TAUBAT kita telah diterima oleh Allah.. kalau ye, bagaimanakah kita nak mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak?
Maka jawabnya, ini adalah urusan Allah, kita tidak berupaya menentukannya,tetapi ustaz ada bagitau kurang lebih, kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu:

1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila ia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.

2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih dari mendekati mereka-mereka yang fasik.

3. Bila ia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.

4. Bila ia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikitpun ia tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.

5. Sungguhpun sedikit rezaki yang ia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.

6. Bila ia melihat pada dirinya yg sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.

Nabi Muhammad SAW berkata kepada para sahabatnya, “Tahukah kalian siapakah orang yang benar-benar bertaubat?” Para sahabat menjawab, “Allah Ta’ala dan Rasul-Nya lebih mengetahui” Maka bersabdalah Nabi Muhammad SAW:

- “Barang siapa bertaubat sedang ia tidak mempelajari ilmu, maka ia bukanlah orang yang bertaubat
- Barang siapa bertaubat sedang ia tidak bertambah tekun ibadahnya, maka ia bukanlah orang yang bertaubat
- Barang siapa bertaubat sedang ia tidak berusaha membuat musuh-musuhnya ridha, maka ia bukanlah orang yang bertaubat
- Barang siapa bertaubat sedang ia tidak mengubah pakaian dan perhiasannya, maka ia bukanlah orang yang bertaubat
- Barang siapa bertaubat sedang ia tidak mengganti sahabat-sahabatnya, maka ia bukanlah orang yang bertaubat
- Barang siapa bertaubat sedang ia tidak mengubah akhlaknya, maka ia bukanlah orang yang bertaubat
- Barang siapa bertaubat sedang ia tidak melipatkan kasur dan tikarnya, maka ia bukanlah orang yang bertaubat
- Barang siapa bertaubat sedang ia tidak menyedekahkan kelebihan dari apa yang di tangannya, maka ia bukanlah orang yang bertaubat

Apabila tanda-tanda ini telah tampak nyata pada diri seorang hamba, maka ia telah benar-benar bertaubat!”
( Hadist Nabi Muhammad SAW dari Abdullah bin Mas`ud ra. )

kesimpulannya, tanda2 taubat diterima Allah :
1) semakin seronok beribadat, semakin benci maksiat
2) diri menjadi semakin baik
3) jiwa semakin tenang
4) semakin tekun membaiki diri

Wallahualam

Kataku

Assalamualaikum warahmatullah dan Salam 1 Jannah ..

" Mintalah pada Allah yang menciptakan Cinta, bukan pada makhluk yang tiada kuasa💕
...Life gets more beautiful when we are loved by others. Seek His love, inshaAllah we would then be surrounded by Love.."

Bumi Yang DiDoakan oleh Nabi Ibrahim a.s

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani .

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman:" (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali".
(Al-Baqarah 2:126)

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;
(Al-Baqarah 2:127)

"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;
(Al-Baqarah 2:128)

"Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
(Al-Baqarah 2:129)

Solat

Kuliah Subuh,
Jauhi diri daripada melakukan perkara-perkara yang mungkar dan hanya solat yang sempurna sahaja akan menjadi benteng kepada seseorang untuk menjauhi perkara yang tidak ada kebaikannya untuk agama.
Allah Ta’ala berfirman,
إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ
“Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan
mungkar.” -QS. Al ‘Ankabut: 45.
مَنْ صَلَّى صَلاَةً لَمْ تَنْهَهُ عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمنْكَرِ، لَمْ يَزْدَدْ بِهَا مِنَ اللهِ إِلاَّ بُعْدًا
“Barangsiapa yang melaksanakan solat, lantas solat tersebut tidak mencegah dari perbuatan keji dan mungkar, maka ia hanya akan semakin menjauh dari Allah.” - Ath Thobari dengan sanad yang sohih dari jalur Sa’id bin Abi ‘Urubah dari Qotadah dari Al Hasan

(Ustaz Mohd Hanif)

".....We may have made the wrong choices in life or loved the wrong person previously, shed tears for the wrong reasons. But one thing for sure, mistakes help us in finding the very best for Us ......
.......Setiap episod kehidupan membawa bersama Hikmah tersembunyi, hanya hati ikhlas yang memahami.............."

Salam 1 Jannah..

WUJUD DIRIMU DALIL YANG NYATA WUJUDNYA ALLAH

Di zaman Nabi saw lagi, ada segelintir manusia munafik yang datang menemui Nabi saw untuk bertanyakan beberapa soalan agama. Tujuan kedatangan mereka sebenarnya bukan untuk beriman kepada Nabi saw, tetapi sekadar untuk tahu apakah Nabi saw boleh menjawab persoalan mereka, dan sekadar untuk menguji dengan ego keakuan.

Misalnya, ada yang meminta-minta dalil dan fakta demi menyakinkan mereka bahawa Nabi saw pernah pergi dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa lalu naik ke Langit dan pulang ke rumahnya hanya tak sampai pun dalam satu malam sahaja. Sedangkan penyataan darihal Masjidil Al Aqsa itu sahih namun hati mereka tetap terhijab dari melihat cahaya hakiki... kebenaran terhijab disebalik keakuan diri mereka.

Manusia sering meminta dalil akalnya namun ketika dihurai dengan hakikat... hati mereka masih tertutup rapat... kerana pintu kaabah sirri(hati) tetap tertutup, dan tidak sering dibuka.
Demikianlah juga, memang ada segelintir manusia yang tidak akan mengimani Yang Haq selagi tidak ada dalil dan faktanya yang dapat memuaskan akal mereka. Seolah-olah akal mereka itulah Tuhan mereka yang haq. Maka di manakah sebenarnya letak kekuatan dan kesahihan iman itu ketika akal hanya diletakkan diketinggian bukit Thursina tidak diketinggian alam melepasi Sidratul Muntaha?

Bagaimana memenuhi hasrat akal bagi mengimani Tuhan yg Zat-Nya Ghaib Mutlak, Malaikat yang halus tiada berjirim dan berjisim, Nabi-nabi yang tak pernah dilihat dek mata kecuali pengkhabaran berita yang sudah menjadi sejarah, hari akhirat serta syurga dan neraka yang ilusi dan khayal disisi akal, kitab Lauhul Mahfuz yang mencatat Qada dan Qadar yang tidak pernah terlihat dengan indera... kecuali dikhabar oleh Rasul-Nya dan diyakini dengan hati tanpa dalil yg nyata dimata akal.

"Aku dengar...aku taat..." penyataan keimanan yang tidak memerlukan dalil apapun. Percaya kepada perkara-perkara Ghaib menjadi syarat beriman kepada alam hakikat disebalik alam syariat yg kelihatan nyata...namun ada sesuatu disebalik sesuatu.

Sesungguhnya bukan dalil dan kenyataan mengenai Yang Haq itu tidak ada, tetapi ada manusia yang masih gagal untuk memandang dalil dan kenyataan itu secara terang dan tersirat. Dalil yang cukup terang ialah bagaimana Allah menzahirkan tubuh dan nyawa mereka sendiri! Adakah sifat-sifat yang nyata pada dirimu itu tidak cukup untuk memberi bukti akan hak-hak Allah Yang Haq? Adakah kamu yang mentadbir dirimu... atau selain kamu?

Apakah kamu yang tahu ketika tahumu atau dipertahukan? Apakah kamu yang hidup ketika hidupmu atau diperhidupkan? Apakah kamu punya kehendak ketika merasa berkehendak atau diperkehendakkan? Apakah kamu melihat atau diperlihatkan? Apakah kata-kata itu lahir dari kalammu atau kamu diperkatakan melalui anak lidahmu? Apakah kamu berupaya dengan kuasa dari sifatmu atau diperkuasakan? Apakah penzahiran ribuan dari sifat-sifatmu atau disifati oleh yang Maha Sempurna sifat-sifat-Nya... maka nikmat Tuhan yang mana yang hendak engkau dustakan!
Perhatikanlah dengan hati yang dalam... agar kamu tidak menjadi Tuhan yang diperintah untuk dinafikan...

(Ustaz Iqbal Zain.)