Pages

Monday, 7 July 2014

Hanya kerana Nya..

Assalamualaikum...
Pasangan, Keluarga, Sahabat, Teman Sekerja & Masyarakat.Dalam kita bertemu & berpisah, paksikanlah Niat kerana-Nya...

There will always be a Reason why we meet people. Either we need them to change our lives, or we are the ones that will change theirs.....

Salam Ramadhan.

Takabbur...

Assalamualaikum...

Siapa kita nak tunjuk hebat depan Allah. Sekali Allah jentik kita, kiok kita. Kita kalau takabbur, kita buat bumi sendiri... kamu takabbur lah di bumi kamu tu.kita kalau nak takabbur, kita makan nasi yg kita buat sendiri. Ha, kalau kita boleh buat macam tu, kamu nak sombong pun
takpe.kita kalau nak takabbur, pastu nanti malaikat maut nak cabut nyawa, kita minta tempoh sikit masa lagi, nah, nak takabbur banyak mana pun boleh.

Takpun masa takabbur, jangan tunjuk pada Allah. Sorok sikit supaya Allah tak tahu bahawa kita takabbur. Tidak pun, masa malaikat Zabaniah nak tarik kita masuk neraka,
kita terajang dia, pastu kita lari ke syurga. kalau kita boleh buat macam tu, nak sombong ke nak buat benda jahat ke, nak buat apa-apa ke, buatlah.. Tapi boleh ke? Tu persoalannya. Takabbur ni lah yang mnyebabkn iblis yang takut kpd Allah diusir keluar dr syurga. Amal banyak mana pun kalau takabbur, neraka
jugak. Jadi presiden tapi takabbur, taknak buat kerja-kerja bawah, orang nak tegur pun tak layan, masuk neraka juga.

Jadi barang takabbur ni,warisan syaitan, Iblis. Kalau kita takabbur, kita ni adik-beradik Iblis. Dah kalau membazir pun dipanggil sedara Iblis, maka takabbur lagi-lagila. Kenapa kita nak takabbur sangat. Bukan kita boleh menembusi bumi dan langit pun. Kalau kita boleh tembus
bumi dan langit, logic juga kalau kita nak
takabbur........

Wallahualam.

Sepetang Usia Ku...


Sepetang usiaku..
Gelita derita hari semalam
Rupanya pelita cerita hari esok
Aku adalah petang
Aku hampiri senja
Agar aku mampu
Bersandingkan tongkat dan tasbih......

Sepetang.....
Petang hadir tanpa kata
menyusup perlahan-lahan
celahan pintu waktu
Sebuah senja
Yang tak mungkin sama....

Mukmin Itu....

Mu’min itu
jika dia melihat,
maka dia mengambil pelajaran,
jika dia diam
maka dia berfikir,
jika dia bicara
maka dia mengingat,
jika dia diberi sesuatu
maka dia bersyukur dan
jika dia dicuba maka dia bersabar..

Betapa bahagianya dia!…
Yaitu orang yang mengingat kuburnya,
kemudian ingat kepada RabbNya,
orang yang selalu mengoreksi diri,
Mensucikan hatinya,
berbakti kepada kedua orang tuanya,
Orang yang suka menangis
menitiskan air matanya
(karena takut kepada Allah)
dan dilanjutkan dengan sujud
(orang yang memelihara shalatnya),
ia bersegera menuju masjid,
Peneman malam
rajin shalat malam,
Pemaafkan saudara-saudaranya
dan mendo’akan
untuk mereka kebaikan
serta menyalahkan dirinya,
ia tidak lupa dengan wiridnya
(sesuai dengan tuntunan Rasulullah),
maka betapa bahagianya dia…
Hendaklah kita semua
menjadi orang sebegitu......

Sunat..

Assalamualaikum..

Teringat satu kisah yang berkaitan
dengan imam Syafei yg mnyatakan bahawa beliau memulakan solat dengan tiga perkara, 2 fardhu dan 1 sunat.Apa 2 fardhu trsebut dan apa pula 1 sunat? Dua fardhu adlh niat dan takbiratul ihram manakla sunat pula adalah angkat tangan. Benda sunat ni beza dgn benda mubah, atau harus. Sunat kalau dibuat dapat pahala tetapi jika ditinggal kita akn rugi.

Silap kalau kita kata tidak mengapa meninggalkan pkr sunat, kerana perkara sunat pkr baik, maka jika ditinggalkan maka rugi. Begitu juga makruh, dibuat kita rugi. Harus pula, jika dibuat tidak mengapa, tidak buat
pun tidak mengapa.................

Saturday, 5 July 2014

Keampunan & Rahmat Allah.

Assalaamualaikum Wbt & Good Day,

Santapan Hati

👉Masuknya kita ke Syurga bukan kerana kuantiti pahala, tetapi kerana keAmpunan & Rohmah Allah. Tapi bagaimana peroleh RahmatNya kalau tanpa bekalan pahala?

He sees Efforts. We may struggle to rise for Prayers, recite the Quran & perform other forms of Ibadah, just keep on 'forcing' ourselves to do so consistently as sooner or later, they will all b eased & be a part of our Lifestyle😊😊😊

8 Ramadhan 1435.

Sakaratul Maut.

Sakaratul Maut...setiap daripada kita akan hadapinya ketika ajal tiba. Kata ulama' ,
KEMATIAN itu akan...

MERENDAHKAN ORANG2 YG JAHAT
MENUNDUKKAN ORANG2 YG BERMAKSIAT
MENAKUTKAN ORANG2 YG SOMBONG
MEMISKINKAN ORANG2 YG KAYA
MENGECILKAN ORANG2 YG BESAR

Ada sebuah cerita dari Aisya Humairaa' r.a.:
..ketika sedang sakarat, Rasulullah s.a.w. celupkan tangan ke dalam bekas berisi air minum dan rendamkan tangan di situ lalu mengusap tangannya yg basah itu kemuka baginda dan berkata:
"TIADA TUHAN SELAIN ALLAH.
SESUNGGUHNYA SETIAP KEMATIAN ITU ADA SAKARATNYA."
(Hadith riwayat al-Bukhari)

Saat ajal sememangnya satu misteri yang tidak akn terbongkar oleh sesiapapun jua. Ajal tidak akan mengucap salam kepada kita. Ia datang tanpa diduga.sama ada saat kufur atau
beriman..saat muda remaja atau tua..saat
gembira atau sedih..semuanya sudah tercatat sebagai takdir kematian kita. Cuma peluang yang kita ada hanyalah saat ini...

'Dunia ini hanya 3 SAAT. 1 SAAT telah LEWAT, 1 SAAT engkau SEDANG ALAMI dan 1 SAAT lagi engkau TIDAK TAHU apakah engkau boleh sampai atau tidak. Oleh itu, sebenarnya yang engkau miliki hanya 1 SAAT SAHAJA!
Kerana MAUT ITU DATANG DR SAAT KE SAAT'
(Abu Dzar al-Ghifari r.a.)