Pages

Tuesday, 9 July 2013

Cat Stevens kini Yusuf Islam.

CAT STEVENS


Anda kenal Cat Stevens ? Yusuf Islam ?.. 
orang yang sama...
tahukah anda bagaimana Cat Stevens memeluk agama Islam..? begini kisahnya...

Pada 1979, Cat Stevens yang kini dikenali sebagai Yusuf Islam berdepan dengan maut apabila kakinya mengalami kekejangan sewaktu mandi di pantai. Terhanyut semakin jauh dari pantai, Cat Stevens penyanyi rock yang dianggap sebagai bapa rock n roll berbisik di dalam hati, jika Tuhan menyelamatkannya, dia akan bekerja untuk Tuhan. Sejurus selepas itu, ombak besar datang dengan tiba-tiba dan menghanyutkannya ke tepi pantai. Beliau cedera dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Semasa berada di hospital, adiknya yang baru balik dari Palestin telah menghadiahkan sebuah buku terjemahan al-Quran. 



Beliau membacanya dan mendapat hidayah untuk memeluk Islam. Cat Stevens kemudiannya memeluk Islam pada 12 Disember 1979 dan memilih nama Yusuf Islam. Beliau kemudian meninggalkan dunia hiburan dengan alasan industri hiburan tidak terlepas daripada menjadikan seseorang itu ego dan riak. Pada tahun 2007, beliau telah menerima AS$1.5 juta royalti daripada kerjayanya sebagai penyanyi sebelum memeluk Islam. 



Beliau menggunakan wang itu untuk kerja amal dan kebajikan kepada umat Islam di London, antaranya membuka sekolah agama dan menubuhkan sebuah persatuan sekolah Islam di United Kingdom. Beliau kembali ke dunia muzik untuk konsert amal bagi mengutip derma dengan niat untuk membuat kebajikan kepada umat Islam seluruh dunia.


.

Yusuf Islam – Janji penyanyi rock kepada Tuhan

Friday, 5 July 2013

PANTUN..

Nak pantun sat..

Tengah malam pergi ke pekan
Teringin pula roti planta
Dalam hati sudah diniatkan
Nak tunaikan haji sebelum tua..

Esok isnin lusa selasa
Tulat rabu lepas tu khamis pula
Tak perlu ditangguh buat pahala
Yg penting hati kerana Allah jua....

Ikan masin ikan sepat
Lauk gulai ulam pegaga
Sikit2 ilmu lama2 padat
Banyak kebajikan Allah redha...

Dalam dalam telaga buta
Tempatnya jin selalu berteduh
Kalau sedih hati dan jiwa
Zikirullah sebagai penyembuh...

Anak bunian dara jelita
Ingin dilamar bujang tersasar
Amalkan solawat setiap masa
nanti merasa air telaga kautsar.........

BERMULANYA KEHIDUPAN..

Assalamualaikum.....

Hidup di dunia bukan sekadar suatu kembara yang akan berakhir tatkala nafas terakhir terhela. Jua bukan bermakna kehidupan seseorang manusia itu akan ternoktah tatkala nyawa terpisah dari jasad. Sebaliknya, tatkala jasad ditinggalkan roh, hidup baru bagi seseorang manusia itu bermula............

Dr. Muhammad Mursi Dan Mesir.

Biodata Dr. Muhammad Mursi -
Presiden Republik Mesir

Peribadi

Nama penuh beliau ialah Muhammad Muhammad Mursi Isa
al-‘Ayyat. Dr. Mursi lahir pada 20 Ogos 1951 di Wilayah As-
Syarqiyah, di sebuah perkampungan Al-Udwah. Beliau
hidup dalam sebuah keluarga sederhana dan beragama,
bapanya seorang petani dan ibunya seorang suri rumah.
Berkahwin pada tahun 1978, mempunyai lima anak dan tiga
cucu ini juga merupakan seorang bapa yang amat menitik-
beratkan pendidikan agama kepada anak-anak. Beliau, isteri
dan kelima-lima cahaya matanya (Ahmad, Syaima’, Usamah,
Umar dan Abdullah) menghafaz al-Quran.

Akademik dan Kerjaya

Memulakan alam persekolahan di sekolah yang terletak di
wilayah tersebut. Melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah
Sarjana Muda di Universiti Cairo, Kaherah pada tahun 1970
dalam bidang kejuruteraan. Beliau menamatkan pengajian
pada tahun 1975 dengan mendapat kelulusan cemerlang
(imtiyaz). Selepas itu, beliau memperoleh Ijazah Sarjana
dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di Universiti Cairo
juga pada tahun 1978. Tahun yang sama beliau berangkat ke
Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya dalam
bidang kejuruteraan kapal angkasa lepas dan memperoleh
Ijazah Kedoktoran pada tahun 1982 di Universiti Southern
California.

Beliau dilantik untuk menjadi pensyarah di Universiti
Southern California, kemudian menjadi pembantu Profesor
di Universiti California-North Ridge. Setelah kembali dari
Amerika Syarikat, beliau ditawarkan sebagai Profesor dan
Ketua di Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material pada tahun
1985 hingga tahun 2000 di Universiti Zaqaziq. Beliau juga
pernah berkhidmat sebagai pensyarah di beberapa
universiti, antaranya : Universiti Los Angeles, USA.,
Universiti Kaherah dan Universiti al-Fatih di Tripoli. Beliau
juga pernah menjawat jawatan Dekan Fakulti Kejuruteraan.
Sebagai pensyarah, beliau banyak terlibat dalam membuat
kajian dan penyelidikan, mencecah hampir 27 kajian
termasuklah kajian mengenai angkasa lepas. Atas kehebatan,
keintelektualan dan kepintaran beliau, maka Amerika telah
menawarkan kerakyatan kepada beliau dan isteri beliau
sebagai rakyat Amerika. Namun, beliau menolak lantaran
kasih dan sayang beliau terhadap tanah air tercinta.
Dr. Muhammad Mursi sangat terkenal dalam bidang
akademik melalui pelbagai kajian dalam bidang industri
yang menyentuh pengeluaran hasil bumi Mesir, malah
mempunyai puluhan kajian dalam menyelesaikan kajian
permukaan logam yang dianggap sebagai bidang utama
kepakarannya, sehingga kajiannya diiktiraf oleh NASA pada
tahun sekitar lapan puluhan yang lalu.

Dakwah dan Politik

Dr. Mursi tidak hanya berkhidmat sebagai ahli akademik,
malahan turut terjun ke gelanggang dakwah dan konsisten
membela dan memperjuangkan keadilan dan kebebasan,
menentang segala bentuk kezaliman dan kekejaman. Beliau
yang aktif sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura)
Ikhwanul Muslimin ini, ikut bertarung dan terpilih sebagai
ahli parlimen tempoh 2000-2005.

Pada pilihanraya parlimen 2005, Dr. Mursi meraih suara
terbanyak, mengalahkan musuh politiknya daripada
Nasional Demokratic Party (NDP) parti Mubarak, namun
keluar keputusan yang tidak berpihak, hingga dilakukan
pemilihan semula yang memenangkan parti Mubarak.
Permasalahan lain yang menjadi perhatian utamanya
adalah berkaitan Palestin dan Al-Quds, sebagai
permasalahan Umat Manusia yang mempunyai hati nurani,
dan tidak hanya permasalahan Bangsa Palestin sahaja, tapi
menjadi permasalahan bersama umat Islam. Dr. Mursi
terpilih sebagai ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme
di Wilayah Syarqiyah. Selain itu, Dr. Mursi juga terlibat
sebagai pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek
Zionisme.

Penjara dan Penangkapan

Dr. Mursi antara pendakwah yang bergiat cergas dalam
Jemaah Ikhwanul Muslim, perjuangan, pengorbanan, diri,
jiwa dan harta telah diwaqafkan dalam jalan dakwah. Sedar
dengan akibat yang akan hadapinya, melawan kezaliman
rejim dan sistem kezaliman, penjara, pengusiran, dan
sebagainya, adalah istilah yang tidak pernah lepas dari
benak para pejuang.
Sikapnya yang terus menentang tindakan dan perilaku rejim
zalim, menyebabkan beliau berkali-kali ditangkap. Selepas
terjadinya pemalsuan parlimen pada pemilihan tahun 2005,
Dr. Mursi menjadi tulang belakang dalam melakukan
demonstrasi dan menyokong kehakiman yang bebas.
Akibatnya, pada tarikh 18 Mei 2006 beliau ditangkap
bersama 500 orang anggota Ikhwanul Muslimin di depan
bangunan Mahkamah Cairo dan bangunan mahkamah Al-
Jala di ibu negara Cairo, dan menghuni jeriji besi selama 7
bulan.

Dr. Mursi juga pernah ditangkap bersama-sama dengan
sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin yang lain,
pada hari Jumaat pagi, yang terkenal sebagai Jumaat
Amarah (Jumaat Al-Gadhab), 28 Januari 2011 supaya tidak
terlibat dengan demonstrasi. Tidak hanya beliau yang
dizalimi, keluarganya turut menjadi sasaran penangkapan,
anaknya Dr. Ahmad ditangkap di saat Dr. Muhammad Mursi
mencalonkan diri pada pemilihan tahun 2000.
Setelah prestasinya dalam politik selama lima tahun, Majlis
Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai anggota
Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir. Majlis Syura
Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai Presiden Parti
Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang
ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.

Perlu diungkapkan kembali bahawa Ikhwanul Muslimin
selama lebih kurang 80 tahun berjuang demi sebuah
keadilan dan kebebasan. Selama itu pula mereka ditindas
dan dizalimi. Telah banyak jiwa dan darah yang mengalir
sepanjang jalan dan langkahan dakwah mereka bermula dari
pengasasnya Assyahid Imam Hassan Al Banna, yang syahid
terbunuh secara misteri, malah saat kematian dilayan
dengan keji oleh pemerintah disusuli Sayyid Qutub,
Muhammad Al- Farigili, Abdul Qadir Audah, hingga As-
Syahid Nashir Uwais, dia antara pemuda Ikhwan yang
syahid pada Revolusi 25 Januari 2011.

Kini, beliau dilantik sebagai Presiden Republik Arab Mesir
yang ke-5 bermula 24 Jun 2012 melalui proses pilihanraya
lantaran pengalaman beliau yang luas dalam bidang
hubungan antarabangsa dan pemikirannya yang jelas juga
berwawasan.

Sumber:
http://www.mohamadazhan.com/
http://nadiirfan.blogspot.com/

Inilah alasan mengapa 'Mereka' ingin sekali menjatuhkan Muhammad Mursi, Presiden Mesir yg terpilih melalui pemilu. Karena : Muhammad Mursi ingin membebaskan Gaza, Palestina, dari Israel. Dan faktanya, Muhammad Mursi adalah seorang hafizh Qur'an.
( KLIK DI SINI. )

Tuesday, 25 June 2013

UJIAN DAN SABAR..


“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

(Al-Ankabut: Ayat 2 – 3)

facebook
Pak Su Khairol .....Benar abi.........sekarang ni paksu sedang diuji.....huhuhuhuhu.....hanya kepada Mu Ya Allah aku berserah.....


Sifu سيفو.......Pak Su Khairol..anggaplh ujian itu satu musibah yg bermenafaat untuk kita, kerana pabila Allah menguji akan sesaorg hambaNya, lalu hambaNya berkata " sesungguhnya drp Allah Ia dtg ( ujian ) dan kpd Allah ia dikembalikan"..Maka kata Allah mereka ( org yg diuji ) itu lh benar2 org yg mendapt muhtadun ( petunjuk ) drp Nya....Allahurabi....... Qullumin indirobbina.......



Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.
Az-Zumar 10


Sifu سيفو ..Istilah sabar ialh menahan..
sama ada diatas nikmat atau diatas bala.
kedua2 kesabaran tersebut semetinya disandarkan kpd keredhaan Allah..
Kerana....Jika Allah memberi nikmat..( sabar atas nikmat ) Antaranya
~harta..bagaimana mereka menggunakan harta tersebut demi kerana untuk mendpat redha Allah.Ya itu mereka memperbelajan kan nutk perkara2 yg baik dan tdk mensia2kn nikmat tersebut..Itulh antara contoh sabar diatas nikmat..

Sabar diatas bala ( ujian )
~jwaapan nya Abi dah respon pd keluahan pak su yg sedangan menrima ujian drp Allah ( sebentar tdi )...

Olih itu jika kita kenangkn kembali semua itu adalah ( sama ada nikmat / bala ) drp Allah udah semsti nya lah sabaar itu juga mendapat redha Allah.
Allahu'aklam...

 Terima kasih abi....

MAHA PENGAMPUN..


Dari Anas r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Telah berfirman Allah Ta'ala : 
Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli. 
Wahai anak Adam ! Andaikata dosa-dosa kamu setinggi langi kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu. 
Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang padaku dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemuiKu, pada hal tiada engkau menyekutui akan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula..

KESAYANGAN KU..


Assalamualaikum...

Alhamdulillah..syukur ku kepada Allah SWT...Kerana dengan keizinan Nya..maka masih lagi terpelihara dan di baca..


Inilah Al Quran KS di mana ianya dibeli ketika KS mendapat gaji pertama semasa mula2 berkerja dahulu.