Pages

Friday, 10 May 2013

AZAZIL , IBLIS..... SIAPAKAH SEBENARNYA..



Assalamualaikum..
Azazil bukanlah malaikat, ia adalah iblis yang asalnya dari golongan jin yang kuat beribadat.
 Al-Kahf [50] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin…
Iblis pada mulanya bernama Azazil dan tinggal di bumi. Azazil adalah jin yang taat kepada Allah. Dia menyembah Allah selama 1000 tahun, lalu Allah swt mengangkatnya ke langit pertama. Di langit pertama, Azazil beribadah menyembah Allah swt selama 1000 tahun. Ibadahnya kepada Allah banyak. Ada riwayat yang menyatakan Azazil beribadah kepada Allah selama 80,000 tahun dan tiada tempat di dunia ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya ke hadrat Allah.
 Dalam satu riwayat menceritakan, akan malaikat Israfil melihat yang tersurat di Loh Mahfuz ada tercatat satu suratan berkenaan :
“Adanya satu hamba Allah yang beribadah selama 80,000 tahun tetapi hanya kerana satu kesalahan, maka ibadah hamba itu tidak diterima Allah dan hamba itu terlaknat sehingga hari Kiamat”
Maka menangislah Israfil kerana bimbang makhluk yang tersurat di Loh Mahfuz itu adalah dirinya. Maka diceritakanlah Israfil kepada segala malaikat pengalamannya melihat apa yang tersurat di Loh Mahfuz. Maka menangislah sekelian malaikat kerana takut dan bimbang nasib mereka. Lalu kesemua malaikat datang menemui Azazil yang menjadi imam kepada para malaikat, agar Azazil akan mendoakan keselamatan dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat. Azazil pun mendoakan keselamatan di dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat dengan doa :
“Ya Allah, Janganlah ENGKAU murka terhadap mereka (para malaikat)”
Malangnya, Azazil lupa untuk mendoakan keselamatan untuk dirinya. Selepas mendoakan kesemua para malaikat, Azazil terus menuju ke syurga. Di atas pintu syurga, Azazil terlihat suratan yang menyatakan :
“Ada satu hamba dari kalangan hamba-hamba Allah yang muqarrabin yang telah diperintahkan Allah untuk membuat satu tugasan, tapi hamba tersebut mengengkari perintah Allah. Lalu dia tergolong dalam golongan yang sesat dan terlaknat”
Lalu Allah Menciptakan Adam a.s., dan memerintahkan malaikat untuk sujud menghormat kepada Adam a.s. Azazil, sebagai imam para malaikat, sepatutnya lebih dahulu bersujud memimpin para malaikat. Tetapi, dia menolak, kerana dia merasa bahawa dirinya lebih baik dari pada Adam. Sementara para malaikat lain terus sujud tanpa dipimpin oleh Azazil.
 Bukan sahaja dia enggan sujud, malah sombong dan menjawab kepada Allah :-
 Israa [61] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)?
 Keengganan sujud ini berpunca dari hasad dengki Azazil, yang irihati apabila Allah hendak melantik nabi Adam sebagai khalifah di bumi kerana ia dijadikan dari api sedangkan manusia dijadikan dari tanah yang busuk dan melekat. Ia derhaka kepada Allah, takabbur dan lupa daratan.
 Maka terhalaulah Azazil dari syurga. Namanya diubah kepada Iblis. Apabila Iblis diturunkan ke bumi, dia berjanji akan menyesatkan manusia serta keturunannya.
 Israa [62] Dia berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya)
 Israa [63] Allah berfirman (kepada iblis): Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup.

HANYA SOLAT DUA RAKAAT.... KESAH JIBRIL .



Assalamualaikum...

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
 Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
 "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."
 Lalu Allah berfirman yang bermaksud.. "Tidak" Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
 Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud..
 "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya 'Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
 Kemudian Jibrail as berkata:
 "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
 Lalu Allah berfirman yang bermaksud..
 "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."
 Kemudian JIbrail as meminta izin keada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
 "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"
 Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud..
 "Wahai JIbrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan."

SATU KISAH DARIKU.


Assalamualaikum....

Ada satu cerita.....seorang bdk telah belajar mengaji dgn seorang ust...bdk ni terasa bosan kerana hanya belajar membaca....tapi tidak tahu maknanya isi al quran itu...sudah lama belajar tp masih lg diarahkan membaca dan terus membaca.....akhirnya terbit rasa bosan dlm diri bdk ni.....
 Satu hari ust itu menyuruh anak muridnya mengisi air dlm tempayan dgn menggunakan raga lama....setiap kali dia mengangkat air dr sungai dan tiba kerumah gurunya air dlm raga itu kering.....diulangnya lagi dan lagi dan lagi........akhirnya ia putus asa dihadapan gurunya.........

 "Sudah banyak kali saya ulang alik angkat air ni ust dr sungai....tp kering sebelum sampai rumah......kerja ni sia sia saje saya lakukan........"
 Guru itu berkata..." cuba lihat raga ditangan kamu ...dulu raga itu kotor dan berabuk tapi kini bersih....perbuatan kamu tidak sia sia......begitulah juga membaca al quran walaupun kita tdk faham maksudnya....lama kelamaan ianya dpt membersihkan jiwa kita tanpa kita sedari......"


Wednesday, 24 April 2013

HAKIKAT KEHAMBAAN...




.............Untuk membakar hangus segala mazmumah itulah maka perlu memiliki rasa kehambaan yang sangat kuat dan mendalam. Di antaranya rasa takut, malu, cemas, bimbang, hina diri, lemah, dhaif, serba kekurangan, tiada upaya, gementar, gerun, rasa berdosa, rasa bersalah, rasa cuai dan lalai, banyak cacat cela dan sebagainya.

 Kesan dari rasa kehambaan inilah hati (roh) akan terhindar dari rasa ketuanan seperti sombong, riyak, sum'ah, pemarah, hasad, tamak, bakhil, ego, dendam dan lain-lain. Oleh itu tajam dan suburnya rasa kehambaan itu perlu dimiliki setiap masa dan di mana jua.
 Serentak dengan itu mesti pula memiliki rasa berTuhan yang benar-benar dihayati dan sebati, terbenam di hati nurani. Rasa itu perlu melekat dan mencengkam di hati. Rasa-rasa itu seperti merasai Allah SWT Maha Agung, Maha Besar, Maha Hebat, Maha Mengetahui, Maha Mendengar, Maha Melihat dan sebagainya. Manifestasi dari rasa berTuhan ini maka subur segala sifat terpuji atau mahmudah seperti sabar, redha, tawakkal, ikhlas, pemurah, kasih sayang, muraqabah, jiwanya sentiasa hidup dan bersemangat, pengorbanannya luar biasa, kegigihannya luar biasa, kebaikan dan kebajikannya banyak. Hati terlalu sensitif dengan Tuhan.
 Rasa berTuhan ini menjadi benteng kukuh daripada dosa, maksiat dan mungkar. Dosa dibencinya, terbuat dosa resah jiwanya dan segera memohon ampun. Biar bagaimana keadaan mereka, tidak lalai atau hanyut oleh harta benda, pangkat, nama dan lain-lain. Mereka tiada sebarang kepentingan diri. Seluruh hidupnya dan apa yang dimiliki hanya untuk Allah SWT............................
 sekadar ingatan diri


HAKIKAT PERJUANGAN..

........Sepanjang zaman, siapa pun dan di mana sahaja di bumi Allah SWT ini kekuatan asas bagi pejuang Islam tidak pernah dan tidak akan berubah. Membaiki diri, keimanan, ketaqwaan, perpaduan dan kepimpinan adalah paling utama, terpokok dan terpenting untuk memperolehi kemenangan dan mencapai keagungan umat. Maka perkara-perkara tersebut wajib dimiliki tanpa berdolak dalik............ 

Wednesday, 10 April 2013

MARAH ?? JANGAN NANTI KENA JUAL..


untuk reda kemarahan, InsyaAllah…
Daripada Sulaiman bin Surad RA katanya, “Pada suatu hari aku duduk bersama-sama Nabi SAW sedang dua orang lelaki sedang bermaki-makian di antara satu sama lain. Salah seorang daripadanya telah merah mukanya dan tegang pula urat lehernya. Lalu Rasulullah SAW bersabda”, “Sesungguhnya aku tahu satu perkataan sekiranya dibaca tentu hilang rasa marahnya jika dia kata (baca), “Auzubillahi minas syaitanir rajim (aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam) hilanglah marahnya.” Maka mereka pun berkata kepada (orang yang merah mukanya) bahawasanya Nabi SAW bersabda : Berlindunglah dengan Allah daripada syaitan yang direjam.Huraian Hadith:

1.Perasaan marah yang disemarakkan oleh syaitan boleh menyebabkan kemudaratan pada agama dan dunia, kerana itu untuk menghapuskan sebabnya (was-was syaitan) ialah dengan memohon perlindungan kepada Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud : “Dan jika kamu ditimpa satu godaan syaitan maka berlindunglah kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (al-A`raf: 200)

2.Meleraikan persengketaan yang berlaku antara dua pihak adalah dituntut oleh Islam.

3.Seseorang yang dalam keadaan marah hendaklah membaca taawuz (aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam) untuk mendapatkan kesabaran.

4.Orang yang alim(berilmu) hendaklah sentiasa menyampaikan (menyebarkan) ilmunya tidak kira masa dan tempat asalkan ilmu itu dapat dimanfaatkan (dinikmati).

Sesungguhnya kemarahan itu daripada syaitan dan dijadikan syaitan daripada api, dan api bolehdipadamkan dengan air, maka apabila seorang daripadakamu marah berwudhuklah.

(Hadith riwayat Abu Dawud, Ahmad danTabraniyy)

Kalau tak reda juga pergi bilik air, ambil wudu'. Kalau tak reda juga, jumpa pakar psikologi atau dapatkan berunding pakar mengawal kemarahan (anger management). Kita pun sudah melihat akibat daripada tidak mampu menahan nafsu amarah, anak kena dera, bergaduh dengan sahabat baik dan macam-macam lagi natijah yang buruk. Lelaki yang kuat bukan yang mampu menumbangkan lawan dengan kuderat tangannya, tapi lelaki yang kuat adalah yang mampu melawan nafsu amarahnya. Nasihat untuk kami juga...

SELEMBAR PANTUN SANG KHALIFAH



Assalamualaikum pembuka seloka
Seloka pantun paksu hari ini
Semakin sampai hari2 senja
Semakin risau dengan dosa2 diri........

Pokok sena rimbun lebat daunnya
Buat berteduh sepasang kekasih
Hati gundah zikir ubatnya
Lafaz lidah maksud dihati bertasbih........

Bercapal putih ke Kota Tinggi
Berkemeja merah sampai juga ke sana
Ziarahilah pusara tanda rendah hati
Agar diri sentiasa insaf akan dosa pahala......

Kunang kunang terbang bercahaya
Sang pungguk asyik rindu rinduan
Hidup didunia perlukan harta
Hidup di dunia juga jangan lupa Tuhan..........

Ke kebun membawa tajak
Menanam keladi di tanah rata
Teringat segala perbuatan yg terlajak
Sedih pilu harap di ampun segala dosa.........

Bunga melor harum dan cantik
Sisip cantik ditelinga dara jelita
Usia kita bukanlah lg sedikit
Kikis lah dosa gantikan dgn pahala.......

Orang dulu naik bahtera tunai haji
Sampai masa setelah cukupnya wang
Pandainya kita hantar anak ngaji
Tp Quran dirumah dibiarkan bersawang..........

Naik kuda, kuda jantan
Sambil meminpin kuda pasangan
Anak tak solat knp dibiarkan
Eh eh eh mak ayah pula yg bg alasan.........­.

Berenang renang di anak sungai
Hujan rentik tak dihiraukan
Ngaji selalu sampai pandai
Dah pandai maknanya difahamkan.......

Jauh helang terbang hari hari
Sekejap tinggi sekejap rendah
Mata tajam asyik memandang
Mencari habuan perut yg lapar
Dalam berpantun indah sekali
Dalam berpantun selitkan dakwah
Dalam hati selitkan rasa sayang
Agar jiwa bahagia hati tidak tersasar.......­...............

Karamnya bahtera ditengah lautan
Helang terbang mendapat habuan
Berkasih memang indah semua keadaan
Pastikan diri tidak alpa ketentuan......

Kerbau sakit perut buncit
Lembu mati kerana racun
Kepala pening hati sakit
Sana sini riba yg bersih dah jd racun..........­..

Tanam padi rapat rapat
Ditanam pula oleh Mak Bedah
Mencari rezeki biarlah yg berkat
Disimpan pula jangan difikirkan faedah........

Dalam daging ada duri
Dalam sekam ada api
Mari mari kita mengundi
Pemimpin munafiq jangan dipilihi.......keh keh keh keh.