Pages

Tuesday, 8 May 2012

SIFAT 20

REFRESH KAN ILMU KITA..

SIFAT WAJIB : WUJUD
MAKNA : Ada
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu ada. Mustahil Allah itu tiada.

SIFAT WAJIB :QIDAM
MAKNA : Sedia
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu sedia ada. Mustahil didahului oleh Adam (tiada)

SIFAT WAJIB : BAQA
MAKNA : Kekal
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu bersifat kekal. Mustahil ia dikatakan fana (binasa)

SIFAT WAJIB : MUKHALAFATUHU LILHAWADIS
MAKNA : Tidak sama dengan yang baharu
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu tidak mempunyai sifat-sifat yang baharu yakni dijadikan dan dihancurkan. Mustahil bersamaan dengan yang baharu.

SIFAT WAJIB : QIYAMUHUU BINAFSIH
MAKNA : Berdiri dengan dirinya sendiri
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu bersendiri. Mustahil tidak berdiri dengan dirinya sendiri atau berdiri pada lainnya.

SIFAT WAJIB : WAHADAANIYAT
MAKNA : Esa
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Maha Esa Dzat-Nya, Esa sifat-Nya dan esa juga perangai-Nya. Mustahil ia mempunyai Dzat, sifat dan perangai yang berbilang-bilang.

SIFAT WAJIB : QUDRAT
MAKNA : Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Alah Taala itu Maha Berkuasa. Mustahil Allah itu lemah atau tidak berkuasa.

SIFAT WAJIB : IRADAT
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Menentukan segala-galanya. Mustahil Allah Taala itu terpaksa dan dipaksa.

SIFAT WAJIB : ILMU
MAKNA : Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya. Mustahil Allah tidak mengetahui.

SIFAT WAJIB : HAYAT
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa ada. Mustahil Allah Taala itu tiada atau mati.

SIFAT WAJIB : SAMA
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu tidak tuli (pekak). Mustahil Allah tuli atau tidak mendengar.

SIFAT WAJIB : BASAR
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa melihat. Mustahil Allah Taala itu buta.

SIFAT WAJIB : KALAM
MAKNA : Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil Allah Taala itu tidak bercakap atau bisu.

SIFAT WAJIB : QOODIRUN
MAKNA : Maha Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat berkuasa sifatnya. Mustahil bagi Allah memiliki sifat lemah atau tidak berkuasa.

SIFAT WAJIB : MURIIDUN
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkuasa menentukan apa yang dikehendakinya. Mustahil sifatnya terpaksa atau dipaksa.

SIFAT WAJIB : AALIMUN
MAKNA : Maha Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mengetahui. Mustahil Allah Taala itu jahil atau tidak mengetahui.

SIFAT WAJIB : HAYUUN
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu Maha Hidup dan menghidupkan alam ini. Mustahil pula Allah itu mati.

SIFAT WAJIB : SAMI'UN
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mendengar. Mustahil jika Allah Taala tidak mendengar atau tuli.

SIFAT WAJIB : BASIIRUN
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu melihat semua kejadian di muka bumi. Mustahil jika sifat Allah itu tidak melihat atau buta.

SIFAT WAJIB : MUTAKALLIMUN
MAKNA : Maha Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil jika Allah Taala bisu atau tidak boleh berkata-kata.


Pak Su Khairol Pengertian hukum
Hukum adalah menetapkan suatu bagi suatu atau menafikan daripadanya, seperti kita menetapka putih pada kain atau kita menafikan putih pada arang.
Bahagian hukum Pada umumnya hukum terbahagi tiga:

Pak Su Khairol ‎1.Hukum syarak ialah undang-undang yang diturunkan oleh Allah kepada manusia melalui para rasul seperti wajib sembahyang lima waktu, haram melakukan zina dan lainnya.

Pak Su Khairol ‎2.Hukum akal ialah ketetapan yang didapati melalui akal seperti satu separuh daripada dua dan lainnya.

Pak Su Khairol ‎3.Hukum adat ialah ketetapan yang didapati melalui percubaan dan kebiasan seperti api boleh membakar dan lainnya.
Hukum akal terbahagi tiga :

3.1.Wajib itu barang yang tidak boleh diterima pada akal tiadanya.
3.2.Mustahil itu barang yang tidak boleh diterima pada akal adanya.
3.3.Harus itu barang yang boleh diterima pada akal adanya dan tiadanya...

Pak Su Khairol nanti sambung yee.....insyaallah

Sham Ida <<< tugguuuuuuuuuuuuuu

Pak Su Khairol nak kuar jap........bye..assalamualaikum semua...

Sham Ida w.salam jalan elok2 ye..jgn terlingkup macam malam semalam ditimpa tangga lagi tuuu

Pak Su Khairol kita sambung dengan pergertian hukum AKAL secara lebih jelas ....

Tiap-tiap seorang yang hendak mengenal ALLAH Taala dan mengetahui sifat-sifatNya maka wajiblah lebih dahulu ia mengetahui akan hukum akal dan bahagiannya, kerana ia jadi neraca bagi hendak menghukumkan sifat-sifat Tuhan yang diperintahkan mengenal itu. Sekalipun permulaan wajib atas tiap-tiap mukallaf mengenal Tuhan tetapi permulaan wajib untuk mengenal sifat-sifat Tuhan itu ialah mengetahui hukum-hukum akal.

Pak Su Khairol MUKALLAF :
Mukallaf ialah orang yang baligh lagi berakal yang telah sampai dakwah Islam kepadanya. Seseorang lelaki itu dikira baligh jika berlaku ke atasnya salah satu daripada dua perkara :

i. Keluar mani.
ii. Cukup umur lima belas tahun mengikut hitungan bulan Islam.

Bagi perempuan pula jika terjadi ke atasnya salah satu daripada tiga perkara iaitu :

i. Keluar mani.
ii. Keluar darah haid
iii. Cukup umur lima belas tahun mengikut bulan Islam.

Pak Su Khairol Hukum Akal :
Hukum akal itu ialah menetapkan suatu perkara kepada suatu perkara yang lain atau menafikan suatu perkara daripada perkara yang lain dengan tidak berkehendak kepada dicuba pada menetapkan sesuatu perkara itu (bersalahan hukum ‘adi yakni adat) dan tidak tergantung kepada sesuatu perbuatan yang diperbuat oleh mukallaf (yang bersalahan hukum syarii).

Pak Su Khairol Pengertian Akal:
Adalah akal itu satu sifat yang dijadikan Tuhan pada manusia sehingga dengan dia terbeza manusia daripada
haiwan. Maka dengan dialah boleh menerima alam nazariah pengetahuan yang berkehendak fikir) dan
boleh mentadbirkan segala-gala pekerjaan dengan fikiran yang halus-halus dan yang sulit-sulit dan daripadanya tempat terbit dan terpancar berbagai-bagai manfaat dan kebahagiaan bagi manusia. Tetapi kiranya akal itu bersendirian maka tidak akan dapat akal sejahtera, akal waras dan akal sihat melainkan berpandu kepada undang-undang syarak, demikian juga undang-undang syarak tidak boleh berjalan mengikut yang dikehendaki melainkan berhajat kepada akal. Walhasil antara kedua-duanya itu berlaziman dan berhajat antara satu dengan yang lain (akal berhajat kepada syarak dan syarak berhajat kepada akal).

Setiap mukallaf itu wajib mengenal ALLAH SWT. Ia merupakan perkara yang terawal sekali di dalam agama. Sebab itu dikatakan, Awaluddin makrifatulluh iaitu “Awalawal agama itu mengenal ALLAH”.

Pak Su Khairol ABI Sifu سيفوtolong semak yee....

Pak Su Khairol Cara mengenal ALLAH SWT bukanlah dengan melihat dan sebagainya kerana ALLAH SWT itu Maha Suci daripada menyerupai segala yang baharu segala makhluk. ALLAH SWT tidak berbentuk, tidak berupa, tidak terjadi daripada jirim, tidak mengambil tempat atau ruang, serta tidak berpihak seperti tidak di atas, tidak di bawah dan tidak di mana-mana. Kerana itu, ALLAH SWT tidak dapat dilihat dengan mata kepala, tidak dapat dipegang dan tidak dapat dirasa. Jadi, kita tidak boleh mengenal ALLAH dengan cara itu.

Pak Su Khairol Cara untuk mengenal ALLAH SWT ialah dengan mengetahui sifat-sifat-Nya. Dan apabila telah kita ketahui sifat-sifat ALLAH itu, dapatlah kita mengenal zat ALLAH SWT hingga dapat kita membezakan zat Khaliq (Tuhan) dengan zat makhluk. Dan cara hendak mengenal ALLAH melalui sifat-sifat-Nya itu ialah dengan menggunakan akal. Sebab itu, seorang mukallaf yang wajib mengenal ALLAH itu ialah seorang yang sudah berakal kerana akal fikiran penting untuk mengenal Tuhan dengan mengetahui sifat-sifat-Nya. Dengan akal itu nantilah kita akan dapat membezakan di antara sifat Tuhan dengan sifat makhluk. Dan oleh itu, seseorang itu tidak akan dapat mengetahui ALLAH dengan sebenar-sebenarnya kalau dia tidak mengetahui hukum akal. Jadi, wajiblah kita mengetahui hukum akal ini kerana ia ibarat neraca bagi membezakan antara zat ALLAH SWT dengan zat makhluk. Oleh itu, di sini kita akan membahas dan memperkatakan tentang akal, pengertian akal, serta hukum akal. Ia merupakan perkara yang amat penting dalam ilmu tauhid. Selain hukum akal, dalam ilmu tauhid juga terdapat dua jenis hukum lagi iaitu hukum adat dan hukum syarak. Kedudukan tiga jenis hukum ini berbeza-beza antara satu dengan yang lain.

Pak Su Khairol Mengapa kita katakan wajib untuk mengetahui hukum akal itu

Pak Su Khairol Dalam syariat atau perundangan Islam, terdapat kaedah feqah atau qawa’idul fiqh yang menetapkan bahawa kalau perjalanan menuju ke satu-satu matlamat itu wajib, maka menempuh jalan-jalan yang membawa ke matlamat itu dikira wajib juga. Untuk memahaminya, kita perhatikan satu contoh. Bagi mendirikan sembahyang, kita wajib berwudhuk dengan air. Katakanlah kita berada di satu kampung yang tidak terdapat sumber air semulajadi seperti air perigi, air mata air, sungai, laut, dan sebagainya. Dan satu-satunya jalan yang mudah untuk mendapatkan air ialah dengan menggali perigi. Maka menggali perigi itu hukumnya wajib. Inilah yang dimaksudkan dengan kaedah feqah tadi: satu-satu matlamat itu wajib, menempuh jalan-jalan untuk menuju ke matlamat itu juga wajib.

Pak Su Khairol begitulah dengan kaedah mengenal ALLAH SWT. Hukum mengenal ALLAH itu wajib, malah ia diletakkan pada tempat yang pertama dan utama dalam ajaran Islam. Seseorang itu tidak akan dapat mengenal ALLAH dengan setepat-tepatnya kalau dia tidak mengetahui hukum akal. Dengan mengetahui hukum akal, ia menjadi sebab untuk kita mengenal ALLAH SWT. Oleh itu, mengetahui hukum akal itu wajib.

Apakah takrif hukum akal Hukum akal ialah menetapkan sesuatu perkara kepada suatu perkara yang lain, atau menafikan suatu perkara daripada perkara yang lain. Dan dalam menetapkan sesuatu hukum itu, ia tidak berkehendakkan kepada dicuba. Misalnya, dua campur dua, empat. Dalam hal ini, akal menetapkan dua campur dua itu sama dengan empat. Begitu jugalah dalam hal-hal lain yang seumpama ini. Akallah yang menetapkan satu-satu hukum itu, bukan adat dan bukan juga syarak. Apabila hukum itu ditetapkan oleh syarak, ia ber-sumberkan Al Quran dan hadis. Tetapi dalam hal-hal seperti tadi, akal saja yang menetapkannya.

Satu contoh yang lain ialah, seorang anak itu tidak boleh menjadi lebih tua daripada ayahnya dalam masa yang sama. Atau dengan kata-kata lain, seorang anak itu tidak boleh lebih dahulu daripada ayahnya. Hukum seperti ini hanya ditetapkan oleh akal. Akal kita mengatakan bahawa seorang ayah itu pasti lebih tua daripada anaknya.

Contoh lain, setiap jirim ataupun benda mempunyai sifat-sifat yang mendatang, termasuk sifat-sifat yang berlawanan antara satu dengan yang lain. Umpamanya sifat gerak dan sifat diam. Setiap benda atau jirim boleh bergerak atau digerakkan, dan boleh diam atau didiamkan.

Tangan kita misalnya, adalah satu jirim atau benda, dan ia boleh bergerak dan boleh diam. Sifat gerak dan diam itu dua sifat yang berlawanan. Menurut hukum yang telah ditetapkan oleh akal, dua sifat yang berlawanan ini tidak boleh terjadi serentak dalam satu ketika. Ertinya, tangan kita ini tidak boleh bergerak dan diam dalam satu masa yang sama.

Kita boleh gerakkan tangan kita dan kita boleh diamkan ia. Boleh jadi selepas kita gerakkan, kita diamkan ia, atau selepas ia diam kita gerakkan. Untuk kita gerakkan dan kita diamkan tangan kita serentak, tentu tidak boleh. Begitu juga diri kita ini, tak boleh kita lakukan gerak dan diam serentak. Contoh sifat berlawanan yang lain ialah malam dan siang. Mana boleh malam dan siang itu berlaku dalam masa yang sama. Ia belum pernah terjadi. ‘Dan begitulah seterusnya dengan sifat-sifat berlawanan yang lain. Tidak akan berlaku sifat-sifat berlawanan itu serentak dalam satu jirim. Yang boleh berlaku ialah secara bergilir-gilir. Di antara gerak dan diam misalnya, boleh jadi gerak berlaku dahuiu kemudian baru diam, atau boleh jadi diam berlaku dahulu kemudian baru gerak. Begitu juga antara siang dengan malam boleh jadi siang berlaku dahulu, kemudian baru malam, atau malam dahulu kemudian baru siang. Semua ini, akal yang menetapkannya, bukan adat dan bukan syarak. Ini yang dikatakan HUKUM AKAL. ....

Pak Su Khairol Untuk lebih jelas, Pak Su Khairol turunkan satu contoh lagi. Akal telah menetapkan bahawa dua atau tiga dan sebagainya lebih banyak daripada satu. Dan satu itu kurang daripada dua atau tiga, dan sebagainya. Akal telah menetapkan demikiari dan sekali-kali akal tidak boleh menerima yang satu itu lebih daripada dua atau tiga dan sebagainya.

Kemudian, hukum akal ini tidak perlu dicuba-cuba. Umpamanya, hukum akal yang menetapkan bahawa ayah itu lebih tua daripada anak, tidak perlu dicubacuba seperti kita banding-bandingkan antara anak dan ayah. Tak perlu dibuat demikian kerana secara spontan akal menerima bahawa anak itu lebih muda daripada ayah, atau ayah itu lebih tua daripada anak. Jadi, hukum akal yang menetapkan bahawa ayah itu lebih tua daripada anak tak perlu dicuba-cuba................

Pak Su Khairol ‎Pak Su Khairol pergi pula kepada HUKUM ADAT yee

HUKUM ADAT :
Yang berkehendak kepada dicuba-cuba ialah hukum adat. Setelah dicuba-cuba ratusan kali, ribuan kali dan sebagainya, begitu juga yang terjadi. Dan setelah diperhati-hatikan begitu yang terjadi. Seperti misalnya, api itu membakar. Dari dahulu hinggalah sekarang, api itu kita dapati tetap membakar. Sudah begitu adatnya. Tidak pernah kita lihat yang api tidak membakar. Dan yang menetapkan api itu membakar bukan akal tetapi adat. Bukan juga syarak.

Kita tidak jumpa di dalam Quran dan hadis, nas yang mengatakan bahawa api w.ajib membakar. Syarak tidak mengatakan demikian. Apa yang kita dapati di dalam syariat, tiap suatu yang ada ini tidak boleh memberi bekas melainkan ALLAH SWT. Sebab itu, dari segi syariat, api tidak boleh memberi kesan bakar kalau tidak dengan izin ALLAH SWT. Jadi, dari segi syariat, bukan api itu yang menyebabkan terbakar. Ia hanya menjadi sebab sahaja. Iaitu, sebab terbakar itu kerana api. Sudah demikian ALLAH hendak jadikan sesuatu itu; mesti ada sebabsebabnya.

Tetapi, pada adat, api itu pasti membakar. Sudah puluhan malah ribuan tahun dapat disaksikan bahawa api itu pasti membakar. Yang menetapkan ini ialah adat, bukan akal dan bukan juga syariat. Kalaulah akal yang menetapkan api itu pasti membakar, tentu ia dapat disalahkan kerana di dalam sejarah, kita telah saksikan bahawa Nabi Ibrahim yang dilontarkan ke dalam api yang panas membara yang disediakan oleh Namrud dan rakyatnya, tidak pun hangus. Malah, yang dirasakan oleh Nabi Ibrahim adalah sejuk dan dingin sahaja. Jadi, tidak tepatlah kalau akal mengatakan yang setiap api itu membakar. Lebih-lebih lagi pada zaman ini, kita dapat saksikan ada orang boleh berjalan di atas api, seperti dilakukan oleh orang-orang beragama hindu dan buddha. Ertinya, kita dapat saksikan bahawa api itu tidak membakar dalam dua keadaan. Pertama, dalam riwayat Nabi Ibrahim a.s., api tidak membakarnya dengan kekuasaan ALLAH SWT sebagai limpahan rahmat-Nya ke atas baginda. Kedua, orang-orang beragama hindu dan buddha dapat berjalan di atas api yang tidak membakar, secara istidraj atau secara penipuan daripada syaitan.

Dengan ini menunjukkan bukan api yang memberi bekas tetapi adat telah menghukum atau menetapkan yang setiap api itu membakar. Sebab, sudah ribuan tahun diperhatikan demikian, serta sudah menjadi kebiasaan dan pengalaman manusia, setiap api itu membakar. Dalam hal ini, adat yang menghukumnya. Jadi, kembali kita kepada penetapan hukum daripada akal tadi, ia tidak perlu dicuba-cuba. Akal menetapkan sesuatu itu berlaku bukan hasil daripada pengalaman atau kajian manusia, tetapi secara spontan. Kemudian, apa yang dapat kita fahamkan lagi daripada hukum akal ini ialah, tidak ada hubungan di antara hukum yang telah ditetapkan oleh akal dengan perbuatan seseorang mukallaf. Yang menetapkan sesuatu perkara itu ada hubungan dengan perbuatan mukallaf ialah syarak. Misalnya, apabila seorang mukallaf hendak makan, kita dapat perhatikan bagaimana syariat menetapkannya. Dalam hal berpakaian juga, syarak menetapkan hukum-hukumnya. Begitu juga dalam perbuatan bergaul, syarak ada menetapkan hukum-hukumnya. Jadi, kalau sesuatu hukum itu ada hubungannya dengan perbuatan mukallaf, ia bukan ditetapkan oleh akal atau adat, tetapi oleh syarak. Sebab, syariat atau undang-undang daripada ALLAH yang disampaikan kepada Rasulullah SAW itu, merangkumi segala perbuatan yang berlaku kepada mukallaf. Ia mengatur seluruh perbuatan mukallaf, daripada perbuatan yang kecil hinggalah kepada perbuatan yang sebesar-besarnya. Hatta perbuatan gerak hati seseorang itu pun diatur oleh syariat. ......

Sham Ida ada lagi ke Pak Su Khairol

Pak Su Khairol Kenapa Pak Su Khairol tak dokumen kan artikal panjang ni ?????? mesti bersebab kan......

kalau paksu doc kan ...lama kelamaan ia akan kebawah dan kebawah....sekarang paksu letakkan pic sifat 20........

untuk memudahkan pencarian maka kita hanya klik di gambar/picture PQ.....dan kita kilck sahaja pic tu....dia akan kuar artikal ni...itu lebih mudah bg paksu ..............insayaallah paksu akan postkan keistimewaan akal kita nanti di ruang yg lain..........harap Abi Sifu سيفو,Peronda Jaket Biru Pjb,Ibn A'iman dan yang lainnya disemak yeee......jika berlaku kekurangan atau kesilapan dapat diperbetulkan......................sekian.

Sham Ida Bagus senang buat rujukan ...

Sifu سيفو Rujukan drp teks Pak Su Khairo..setuju bena ambo...heheh
"Dalam syariat atau perundangan Islam, terdapat kaedah feqah atau qawa’idul fiqh yang menetapkan bahawa kalau perjalanan menuju ke satu-satu matlamat itu wajib"
Mengikut kaedah hukum Fiqh :
La yatimmul wajib, illabihi fahuwa wajibunb.
( Tidak semperna sesuatu perkara yg wajib, melaikan dgn nya maka hukum nya wajib )
Pak Su Khairol sungguh molekkk dan cantekkk tu abi Sifu سيفو...

Sifu سيفو ‎**RALAT ...wajibun....tiada huruf "b" ..mf.

Sifu سيفو Dalam mengisbat sifat-sifat Allah, perkara-perkara berikut perlu diambil kira:
1- Isbat semua sifat-sifat yang tersebut dalam Al-Quran dan As-Sunnah bagi Allah swt secara hakiki dengan tidak melakukan sebarang perubahan atau menafikannya.
2- Iktikad yang tetap bahawa Allah Taala bersifat dengan sifat-sifat yang sempurna dan suci daripada semua sifat-sifat kekurangan atau cacat cela.
3- Tidak membuat persamaan sifat-sifat Allah dengan sifat-sifat semua makhluk, kerana Allah I tiada sesuatupun yang sebanding dengan sifat-sifatNya atau perbuatanNya.
Firman Allah Taala:
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْبَصِيرُ
“Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat”. (Surah Asy-Syura, ayat 11).

Sifu سيفو Kepentingan Tauhid.
Kepentingan tauhid dapat diperjelaskan melalui perkara-perkara berikut:..
1- Tauhid adalah merupakan asas pertama agama ini, matlamatnya, akhirnya, zahirnya dan batinnya dan ianya merupakan dakwah (seruan) semua rasul (ke atas mereka semua kesejahteraan).
2- Kerana tauhid ini Allah menciptakan makhluk, mengutuskan rasul-rasul dan menurunkan kitab-kitab serta kerananya berselisih pendapat dikalangan makhluk dan berpecah kepada golongan mukmin dan kafir dan golongan yang bertuah dan celaka.
3- Tauhid ialah perkara pertama yang wajib ke atas seorang mukallaf (akil baligh), juga yang pertama membawa seorang hamba memasuki pintu Islam dan yang terakhir bersamanya ketika keluar dari alam kehidupan dunia.

Sifu سيفو Tahkik (perlaksanaan) Tauhid..
Melaksanakan tauhid: ialah membersih dan memurnikannya daripada sebarang bentuk syirik, bidaah (rekaan, tambahan terhadap ajaran agama) dan maksiat. Ianya terbahagi kepada dua bahagian: wajib dan sunat.

Wajib terdiri daripada tiga perkara:
1- Membersihkannya daripada perbuatan syirik yang menafikan asas tauhid.
2- Membersihkannya daripada perbuatan bidaah yang menafikan kesempurnaan perkara yang wajib atau menafikan asas tauhid jika ianya terdiri daripada bidaah yang membawa kepada kekufuran.
3- Membersihkannya daripada semua bentuk maksiat yang mengurangkan pahala atau memberi kesan kepadanya.

Sifu سيفو Sunat: ialah perkara-perkara yang disuruh melakukannya secara istihbab (tidak wajib), antara contohnya ialah seperti berikut:

a- Tahkik (merealisasikan) kesempurnaan martabat ihsan (menyembah Allah seolah-olah melihatNya).
b- Tahkik kesempurnaan martabat yakin.
c- Tahkik kesempurnaan sifat sabar, iaitu dengan tidak membuat sebarang pengaduan kepada makhluk selain daripada Allah.
d- Tahkik kesempurnaan rasa terkaya, memadai dengan hanya memohon kepada Allah Taala, tidak meminta sebarang permohonan daripada makhluk.
e- Tahkik kesempurnaan martabat tawakkal, iaitu dengan meninggalkan beberapa perkara yang harus seperti meminta supaya dijampi atau berubat, hanya bertawakkal kepada Allah Taala.
f- Tahkik kesempurnaan martabat mahabbah (kasih dan cinta) kepada Allah dengan melakukan amalan-amalan sunat.

Sifu سيفو ‎Pak Su Khairol..izinkan Abi menambah sedik pegentahuan berhubung dgn pecahan sifat2 Allah diatas..

Sifu سيفو sifat2 tersebut ialah:
I – Sifat Nafsiyyah
II – Sifat Salbiyah
III – Sifat Ma’ani
IV – Sifat Ma’nawiyah

Pak Su Khairol teruskan abi....paksu suka dan tunggu2 nih...sebelum paksu masukkan ke blog khalifah samudera...silokae abi....

Sifu سيفو ‎~~~SIFAT NAFSIYYAH (SIFAT KEPERIBADIAN)
Maksudnya sesuatu yang tidak bisa diterima oleh akal jika Allah tidak disifatkan dengan sifat ini. Atau bisa juga dikatakan sifat untuk menentukan adanya Allah, di mana Allah menjadi tidak mungkin ada tanpa adanya sifat tersebut. adapun yang tergolong sifat ini hanya satu yaitu sifat wujud.
1-Sifat Wajib: Wujud
Artinya: Ada
Sifat Mustahil: ’Adam
Aritnya : Tidak Ada
Allah Taala itu ada. Mustahil Allah itu tiada.

Sifu سيفو Jazakallahu khairan jaza' Pak Su Khairol.

Pak Su Khairol ok abi....teruskae...cantekkkk

Sifu سيفو hahahaa..hebat2 Pak Su Khairol kito nih...

Pak Su Khairol ilmu tauhid ni ponting kan abi ?.....sangat ponting.....

Sifu سيفو ‎~~~ SIFAT SALBIYAH
Maksudnya sifat yang menolak apa yang tidak layak bagi Allah. Atau dikatakan juga sifat yang digunakan untuk meniadakan sesuatu yang tidak layak bagi Allah.
Sifat Salbiyah ini ada lima sifat yakni, Qidam, Baqo’, Mukhalafatu lil hawaditsi, Qiyamuhu binafsihi, Wahdaniyyah.

***Qidam
Artinya: Sedia/terdahulu/tidak ada permulaanya
Sifat Mustahil: Huduts
Artinya: Baru
Allah Taala itu sedia/terdahulu, tidak ada permulaanya. Mustahil Allah itu didahului oleh ‘Adam (ada permulaanya).

***Baqa’
Artinya: Kekal
Sifat Mustahil: Fana’
Artinya: Binasa
Allah itu bersifat kekal. Mustahil Ia dikatakan fana (binasa)

***Mukhalafah Lilhawaditsi
Artinya: Tidak sama dengan yang baru
Sifat Mustahil: Mumatsalah Lilhawaditsi
Artinya: Sama dengan yang baru
Allah itu tidak mempunyai sifat-sifat yang baru yakni dijadikan dan dihancurkan. Mustahil bersamaan dengan yang baru.

*** Qiyamuhu Binafsihi
Artinya: Berdiri dengan dirinya sendiri
Sifat Mustahil: Ihtiyaj Ila Mahal Wa Mukhashshash
Allah Taala itu berdiri sendiri. Mustahil tidak berdiri dengan dirinya sendiri atau berdiri pada lainnya dan berdirinya tidak memerlukan tempat tertentu

***Wahdaniyah
Artinya: Esa
Sifat Mustahil: Ta’addud
Allah itu Maha Esa Dzat-Nya, Esa sifat-Nya dan esa juga perangai-Nya. Mustahil ia mempunyai Dzat, sifat dan perangai yang berbilang-bilang.

Pak Su Khairol ye abi Sifu سيفو...Pak Su Khairol faham....

Sifu سيفو ‎~~~SIFAT MA’ANI
Maksudnya sifat yang diwajibkan bagi zat Allah suatu hukum atau sifat yang pasti ada pada Dzat Allah.
Sifat ini terdiri dari tujuh sifat, 7- Qudrat,Iradah,Ilmu, Hayat, Sama’, Basor dan Kalam.

***Qudrah
Artinya: Kuasa
Sifat Mustahil: ’Ajez
Artinya: Lemah
Alah Taala itu Maha Berkuasa, apapun bisa dilakukannya. Mustahil Allah itu lemah atau tidak berkuasa.

***Iradah
Artinya: Menentukan
Sifat Mustahil: Karahah
Artinya: Terpaksa
Allah itu Menentukan segala-galanya, semua terjadi dengan ketentuan Allah, Mustahil Allah Taala itu terpaksa dan dipaksa menentukan segala galanya

***Ilmu
Artinya: Mengetahui
Sifat Mustahil: Jahil
Artinya: Bodoh
Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya. Mustahil Allah tidak mengetahu atau bodoh.

***Hayat
Artinya: Hidup
Sifat Mustahil: Maut
Artinya: Mati
Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa ada. Mustahil Allah Taala itu bisa mati, dianiyaya atau dibunuh.

**Sama’
Artinya: Mendengar
Sifat Mustahil: Shamam
Artinya: Tuli
Allah Taala itu mendengar. Mustahil Allah tuli atau tidak mendengar.

***Basor
Artinya: Melihat
Sifat Mustahil: ’Ama
Artinya: Buta
Allah Taala itu sentiasa melihat. Mustahil Allah Taala itu buta.

***Kalam
Artinya: Berkata-kata
Sifat Mustahil: Bakam
Artinya: Bisu
Allah Taala itu berkata-kata atau berbicara. Mustahil Allah Taala itu tidak berbicara atau bisu.

Pak Su Khairol terima kasih abi.....resfresssssssshhhhh .....

Sifu سيفو ‎~~~SIFAT MA’NAWIYAH
Maksudnya sifat Allah yang dilazimkan atau tidak bisa dipisahkan dengan Sifat Ma’ani.
Sifat Ma’nawiyah adalah sifat yang mulazimah atau menjadi akibat dari sifat ma’ani.
Sifat ini terdiri dari 7 sifat:
yakni ..
Kaunuhu Qadiran.
Kaunuhu Muridan.
Kaunuhu Aliman.
Kaunuhu Hayyan.
Kaunuhu Sami’an.
Kaunuhu Basiron.
Kaunuhu Mutakalliman.

***Kaunuhu Qodiran
Artinya: Keberadaan Allah Maha Kuasa
Sifat Mustahil: Kaunuhu ’Ajizan
Artinya: Keberadaan Allah lemah (tidak berkuasa)
Allah Taala keberadaanya amat berkuasa sifatnya. Mustahil bagi Allah memiliki sifat lemah atau tidak berkuasa.

***Kaunuhu Muridan
Artinya: Menentukan
Sifat Mustahil: Kaunuhu Mukrahan
Artinya: Terpaksa
Allah Taala itu berkuasa menentukan apa yang dikehendakinya. Mustahil sifatnya terpaksa atau dipaksa

***Kaunuhu ‘Aliman
Artinya: Maha Mengetahui
Sifat Mustahil:Kaunuhu Jahilan
Artinya: Bodoh
Allah Taala itu maha mengetahui. Mustahil Allah Taala itu jahil/bodoh atau tidak mengetahui.

***Kaunuhu Hayyan
Artinya: Hidup
Sifat Mustahil: Kaunuhu Mayyitan
Allah Taala itu Maha Hidup dan menghidupkan alam ini. Mustahil Allah itu bisa mati atau dibunuh.

***Kaunuhu Sami’an
Artinya: Mendengar
Sifat Mustahil: Kaunuhu Ashamma
Artinya: Tuli
Allah Taala itu maha mendengar. Mustahil jika Allah Taala tidak mendengar atau tuli.

***Kaunuhu Basiron
Artinya: Melihat
Sifat Mustahil: Kaunuhu A’ma
Artinya: Buta
Allah Taala itu melihat semua kejadian di muka bumi. Mustahil jika sifat Allah itu tidak melihat atau buta.

***Kaunuhu Mutakalliman
Artinya: Maha Berkata-kata
Sifat Mustahil: Kaunuhu Abkama
Artinya: Bisu
Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil jika Allah Ta’ala bisu atau tidak bisa berkata-kata.

Sifu سيفو Kesimpulan nya drp 4 pembahagian terhimpun nya 20 sifat yang wajib bagi Allah..
Allahu'aklam.....

Pak Su Khairol tq tq tq abi.............i like ...

Sifu سيفو Setiap org yg mengaku muslim @ berimana kpd Allah & RAsulNya, wajib mengenal Allah dengan betul. Nanti timbul pula soalan, "Sedangkan Allah tidak boleh dilihat, bagaimana pula hendak mengenal Allah dengan betul ?" Walaupun zat Allah tidak boleh dilihat, kita mampu mengenal Allah dengan kadar mengenali sifat-sifat NYA. Juga kita mengenal Allah dengan kadar mengenali nama-nama NYA.

Kerana awal2 agama adalah mengenal Allah.
" Awwaluddin ma'rifatullah "
Yaitu dengan mengenal " Sifat dan mengetahui Zat " Allah.
Sama ada secara dalil Nahli atau Aqli..

Apa itu zat ? Apa itu sifat ?
Senang saja. Apabila kita kata : Kerbau itu besar maka "KERBAU" itu ialah sesuatu yang ada, yang wujud. Sesuatu yang seperti itu dinamakan ZAT. Maknanya Kerbau itu adalah ZAT.

"Besar" pula menyatakan rupa atau keadaan sesuatu zat (KERBAU). Maka "besar" itu dinamakan SIFAT.
Ertinya, SIFAT adalah menyatakan rupa atau keadaan sesuatu ZAT. Dan sifat bersandar kepada zat. Maksud bersandar di sini ialah sifat memerlukan zat. Kalau tak ada zat, sifat tak wujud. Sifat ini hanya ada difikiran dan tidak boleh disentuh..
Contoh 1:
(Zat yang boleh dilihat, disentuh, dirasa) : Biji saga merah. Biji saga adalah zat. Merah adalah sifat. Kalau tak ada biji saga, tak adalah tempat untuk sifat bersandar. Maka tak adalah merah. Adanya merah kerana adanya biji saga. Merah hanya tafsiran di akal, kita tidak boleh memegang merah.

Sifu سيفو Contoh 2 :
(Zat yang tidak boleh dilihat, disentuh, dirasa) : Fikiran jumud. Fikiran adalah zat. Jumud adalah sifat. Kalau tak ada fikiran, tak ada tempat untuk sifat jumud bersandar. Adanya jumud sebab adanya fikiran.

Sifu سيفو Begitulah antara caranya untuk mengenal Allah SWT dengan betul, melalui mengenal sifat-sifat NYA. Kerana kewujudan Allah SWT mempunyai segala sifat-sifat kesempurnaan Yang Maha Terpuji dan Maha Agung..

Bagaimana kita boleh mengetahui dan mengenal sifat-sifat Allah SWT ?
Kita boleh mengetahuinya dari Al Quran dan Hadis Rasulullah SAW, serta bantuan akal.
Ulamak ilmu Tauhid Ahlus Sunnah Wal Jamaah telah sepakat bahawa setiap muslim wajib mempercayai secara ringkas (ijmali) bahawa Allah SWT memiliki segala sifat-sifat kesempurnaan yang layak bagi NYA...
sekadar untuk perkongsian bersama, yg baik drp Allah swt kelemahan drp diri yg dhaif ini sendiri..

Pak Su Khairol terima kasih sangat abi.........sikit di sharekan tapi banyak yang dapat.....itulah keberkatan ilmu........

Saturday, 5 May 2012

SYAITAN DASIM.

  • ASSALAMUALAIKUM....

    ADA SEORANG USTAZ BERITAHU, RUMAHTANGGA YANG TIDAK BERADA DALAM KEBERKATAN, SYAITAN DASIM SENTIASA MENGHASUT SUAMI ISTERI INI UNTUK BERTENGKAR DAN BERGADUH, SUAMI TIDAK MENGHORMATI ISTERI DAN ISTERI TIDAK MENGHORMATI SUAMI. ADA SESIAPA YANG TAHU LEBIH LANJUT TENTANG SYAITAN BERNAMA DASIM INI?

    SYUKRAN...

    Mohon bantuan Pak Su Khairol........


    • Mimi Marina Jaafar Ni bukan syaitan Dasim ja...
      Syaitan Dasyatttt...

      27 minit yang lalu ·

    • Mahalim Turman Syaitan Dasim : Tugasnya memporak-perandakan rumah tangga. Si Dasim ni duduk di atas pintu rumah. Jadi, kalau masuk rumah main terjah saja tak beri salam, pasti dia ikut masuk.
      > Jangan biarkan Tetamu tidak diundang ini masuk ke dalam rumah kita...berilah Salam dapat pahala aman Rumah tangga

      18 minit yang lalu · · 2

    • Pak Su Khairol
      alamakkkk...bab syaitan ni Pak Su Khairol kureng sikit..apapun ianya bergantung yang menghuni rumah tangga tersebut.....inginkan dikongsi bersama DASIM atau malaikat rahmat..


      hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.


      “Ertinya : Apa...bila seorang memasuki rumahnya kemudian dzikir kepada Allah ketika akan masuk dan ketika akan makan, maka syaitan berkata : “Aku tidak akan bermalam di tempat kalian dan tidak akan makan malam”~HR. Muslim no. 2018.Lihat seterusnya..

      17 minit yang lalu · · 2

    • Pak Su Khairol
      Mengucapkan Doa Masuk Rumah.
      Berdasarkan hadits Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam :


      “Allahumma innii as-aluka khairan al-mawlaji wa khaira al-makhraji bismillah wa lajna wa bismillahi kharajnaa wa ‘alaa rabbinaa tawakkalnaa”


      ... “Ertinya : Ya, Allah sesungguhnya aku memohon kepada Mu kebaikan ketika masuk dan kebaikan ketika keluar. Dengan menyebut nama Allah kami masuk dan kami keluar. Dan hanya kepada Rabb kami, kami bertawakal”

      Kemudian dia memberi salam kepada keluarganya (di rumah)”~ HR Abu Dawud.
      Lihat seterusnya..

      15 minit yang lalu · · 2

    • Pak Su Khairol Sehingga kita merasa hanya bertawakal kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala ketika masuk dan keluar rumah. Dengan demikian, terjadilah hubungan yang terus menerus antara hamba dengan Allah. maka syaitan atau jin tak mungkin menganggu kita...
      13 minit yang lalu · · 2

    • Pak Su Khairol “Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, la haula wa la quwwata illa billah.”
      Ertinya : “Dengan menyebut nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan (pertolongan) Allah”

      Dikatakan ketika itu : Engkau telah dicukupi, dipelihara, diberi petunjuk dan kemudian syaitanpun menjauhimu~HR. Abu Dawud no. 5095, At-Tirmidzi no. 3426.

      11 minit yang lalu · · 1

    • Pak Su Khairol
      Anak keturunan syaitan itu ada sembilan, iaitu Zalitun, Watsin, Laqus, A'wan, Haffaf, Murrah, Masuth, Dasim, dan Walhan.


      Syaitan Zalitun bertugas menggoda penghuni pasar dalam transaksi jual-beli dengan menyuruh untuk melakukan kedustaan, ...penipuan, memuji-muji barang dagangan, mencurangi timbangan/takaran, dan bersumpah palsu.

      Syaitan Watsin bertugas menggoda manusia yang tertimpa musibah agar tidak bersabar sehingga yang bersangkutan berteriak histeria, menampar-nampar pipi, dan sebagainya.

      Syaitan A'wan bertugas menggoda para penguasa untuk bertindak zalim.

      Syaitan Haffaf bertugas membujuk dan menggoda orang untuk meneguk minuman keras.

      Syaitan Murrah bertugas menggoda orang agar asyik bermain seruling atau alat muzik mengiringi nyanyiannya.

      Syaitan Laqus bertugas menggoda orang untuk menyembah api.

      Syaitan Masuth bertugas menyebarkan berita-berita dusta melalui lisan manusia sehingga tidak dapat diketemukan berita yang sebenarnya.

      Syaitan Dassim berada di dalam rumah. Jika seseorang tidak mengucapkan salam sewaktu memasuki rumahnya dan tidak pernah menyebut nama Allah di dalamnya, maka syaitan tersebut akan menimbulkan perselisihan sehingga akan terjadi thalaq, khulu', dan pemukulan. Singkatnya, syaitan ini selalu ingin menciptakan ketidakharmonian dalam rumah tangga.

      Syaitan Walhan bertugas menggoda dan mengacaukan manusia dalam berwudhu', solat, dan dalam ibadah-ibadah yang lain.
      Lihat seterusnya..

      8 minit yang lalu · · 1

    • Pak Su Khairol Syaitan Dasim adalah syaitan yang bertugas menggoda manusia sewaktu makan. Dia akan ikut makan jika seseorang tidak menyebut nama Allah. Juga akan ikut masuk rumah jika sewaktu memasuki rumahnya, seseorang tidak menyebut nama Allah. syaitan ini juga akan menyelinap dalam lipatan atau saku pakaiannya jika sewaktu memakainya seseorang tidak menyebut nama Allah.........
      6 minit yang lalu ·

    • Mimi Marina Jaafar Syukriah.....
      Terima kasih Ckgu Mahalim Turman dan Pak Su....harap2 tidur lepas ni tak diganggu Syaitan Dasim....
      Selamat malam semua.....Assalamualaikum wmbt.

      4 minit yang lalu melalui mudah alih · · 1

    • Pak Su Khairol ‎Mimi Marina Jaafar cuba kita nantikan pencerahan dari sahabat2 kita yang lain.......paksu rasa ini yang termampu dari paksu..

          • Ramjie Rasyid siapa dan apa pekerjaan syaitan tu adalah rahsia Allah yang disembunyikan daripada pengetahuan kita.. Bagaimana ustaz tu mengetahui rahsia2 Allah tu ye.
            5 jam yang lalu ·

          • Abdooleziz Abdoolrachman Jangan jadikan rumah2 mu seperti kuburan...rutinkan membaca quran, zikir dan solat sunat...bereh...

          • Khalifah Samudera ‎Ramjie Rasyid....

            Allah SWT telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis supaya dia berjumpa dengan Rasulullah saw untuk memberitahu segala rahsianya; samada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.

            17 minit yang lalu ·

          • Khalifah Samudera ‎2. http://fabulousanish.blogspot.com/2011/12/soal-jawab-rasulullah-iblis.html

            fabulousanish.blogspot.com
            Dari Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas:Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di... kediaman seorang sahabat Anshar, tiba-tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah: "Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku."Lihat seterusnya..

            14 minit yang lalu · ·

          • Khalifah Samudera http://khalifah-samudera.blogspot.com/search/label/KISAH%20IBLIS%20MENGHADAP%20NABI%20SAW

            khalifah-samudera.blogspot.com
            ‎" Berpegang kepada hati yang amanah, perbuatan yang siddiq, lisan yang tabligh ...dan akal yang fatanah. Hakikat tidak akan muncul sewajarnya jika syariat dan tareqat belum betul lagi kedudukannya. Huruf-huruf tidak akan tertulis dengan betul jika pena tidak betul keadaannya....."Lihat seterusnya..

            11 minit yang lalu · ·

          • Khalifah Samudera SOAL JAWAB IBLIS DENGAN ALLAH S.W.T

            Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanyaan iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.

            5 minit yang lalu ·

          • Khalifah Samudera ‎1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: " Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air (tandas)."

            2. Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid, surau), dimanakah tempat bagiku berkumpul?." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan (pusat membeli-belah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."

            4 minit yang lalu ·

          • Khalifah Samudera ‎3. Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak, lagu, puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).

            4. Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta (bohong atau yng berkaitan dengannya)".

            5. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."

            3 minit yang lalu ·

          • Khalifah Samudera ‎6. Tanya iblis lagi: "Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebih kurang sama dengannya."

            7. Kata iblis:"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al-Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisan bagiku?." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu, tatu, tahi lalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya).

            2 minit yang lalu ·

          • Khalifah Samudera ‎8. kata iblis: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu perangkap-perangkap. Apakah perangkap bagiku?." Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita."

            9. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?. "Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebut nama Allah."

            10. Kata iblis: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku? "Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan dengan nama Allah."

Friday, 4 May 2012

Taubat Wak Langsi.

  •  “Jalan untuk bertaubat tidak mudah kerana walaupun hampir dihukum gantung atas tuduhan membunuh dan menghabiskan kira-kira 17 tahun dalam penjara, ia belum cukup mengajar saya untuk insaf.

    “Bagaimanapun peristiwa dihempap motosikal akibat terjatuh ke dalam parit selama lima jam menyebabkan saya hampir mati lemas apabila air pasang hingga paras hidung, tiga tahun lalu, membuka hati saya untuk bertaubat.
    “Syukur diberi kesempatan mengenal Islam walaupun pada penghujung usia,” kata bekas ketua kongsi gelap dikenali sebagai Wak Langsi.

    Dia yang kini berusia 62 tahun, pernah mengetuai kumpulan Naga Merah terkenal di Singapura.

    Menurutnya, ketika kejadian terbaring dalam parit itu, dia hanya mampu berdoa serta berjanji bertaubat jika nyawa dipanjangkan dan doanya dimakbulkan apabila ditemui orang ramai yang kebetulan melalui kawasan itu.

    Katanya, dia aktif dalam kegiatan kongsi gelap lebih 40 tahun sejak berusia tujuh tahun hingga dilantik ketua menjaga ahli lebih tua daripadanya ketika berusia 13 tahun. .......

    ‘Kahwini dia dugaan besar’
    Berkahwin dengan bekas ketua kongsi gelap menjadi dugaan paling besar seorang wanita apabila terpaksa menahan maki hamun, panas baran suami yang juga kaki botol dan perempuan.

    Bagaimanapun bagi isteri Wak Langsi, Ulyadulyani Cahyani, 39, dari Indonesia semua itu ditempuh penuh sabar dan berkat doa sejak bernikah pada 2008, suaminya berubah meninggalkan maksiat yang menjadi mainan hidupnya selama ini.

    Ulyadulyani berkata, dia tercengang apabila melihat peti sejuk dipenuhi tin arak ketika berpindah ke rumah suaminya selepas berkahwin, empat tahun lalu.

    “Ketika itu, saya anggap ada tanggungjawab besar untuk mengubah suami menjadi manusia berguna kerana sayangkannya. Syukurlah, berkat doa dan sabar, dia kini berubah dan bertaubat.

    “Jika dulu saya dimaki kerana membaca al-Quran dan solat, disebabkan takut saya mendiamkan diri tanpa solat walaupun sudah memakai telekung dan mengambil wuduk kerana jika anginnya tidak elok, dia akan memecahkan barang hingga menakutkan saya.

    “Kini, saya dimarahnya jika melengahkan solat dan kami kerap solat berjemaah,” katanya.

    Sebagai isteri, katanya. dia kerap memberi semangat kepada suami untuk terus di jalan benar berikutan sikap Wak Langsi yang panas baran terutama apabila disindir jemaah lain.

    Menurutnya, suaminya masih terpengaruh dengan cara hidup lama dan sanggup berhenti menunaikan solat serta hampir memukul jemaah yang menegurnya dengan niat bergurau.

    “Mabuk, kaki perempuan dan pukul orang berjaya dibuang suami, tetapi panas barannya sukar dibendung,” katanya.
    Lebih menyedihkan, katanya, pada awal perkahwinan dia hanya mampu mendengar takbir raya di televisyen kerana risau dimarah suami jika ke masjid untuk solat sunat Aidilfitri. Katanya, mereka tidak mengunjungi saudara seperti orang lain kerana semuanya takut berhadapan Wak Langsi.

    Berbekalkan buku panduan membaca al-Quran, katanya, dia kini menjadi guru untuk membantu suaminya mengenal semula huruf kerana suaminya itu tidak mempunyai asas membaca Muqaddam.

    Ulyadulyani berkata, suaminya pernah menyatakan hasrat menunaikan haji dan setiap kali azan, suaminya hiba serta menitiskan air mata apabila melihat rakan seusianya pulang daripada mengerjakan umrah atau haji.

     sumber : HARIAN METRO.