Dalam hadith yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan 
dibuka penutup neraka Jahanam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahanam 
itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung di sebelah kanan jin 
dan manusia. Dan sebuah kumpulan asap lagi mengepung mereka di sebelah 
kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka di sebelah 
hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala
 dan dibelakang mereka. Dan mereka (jin dan manusia) apabila terpandang 
akan asap tersebut maka bergementarlah dan mereka berlutut dan 
memanggil-manggil: "Ya Tuhan kami selamatkanlah." 
Dikisahkan 
dalam sebuah hadith bahawa sesungguhnya neraka jahanam itu adalah hitam 
gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ianya menyala. Dan ianya memiliki
 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada 
setiap gunung itu pula terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap 
lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada 
setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api. Di setiap lembah
 itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula 
terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 
70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa
 setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 
70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 kolah
 bisa. 
Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka 
Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia 
menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu 
terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng 
dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang 
terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah 
dari api.
Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah 
bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan 
neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali 
itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga 
neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah SWT dalam surah At-Tahrim
 ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar
 lagi keras." Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah 
jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai 
kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada 
padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan 
sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka 
Jahannam.
Mujahid berkata: "Sesungguhnya apimu ini berlindung 
kepada Allah SWT dari neraka jahannam." Rasulullah SAW bersabda: 
"Sesungguhnya seringan-ringan siksa ahli neraka iaitu seorang yang 
berkasutkan dari api neraka, dan dapat mendidihkan otaknya, seolah-olah 
ditelinganya ada api, dan giginya berapi dan dibibirnya ada wap api, dan
 keluar ususnya dari bawah kakinya, bahkan ia merasa bahawa dialah yang 
terberat siksanya dari semua ahli neraka, padahal ia sangat ringan 
siksanya dari semua ahli neraka."
Wallahu'alam.
 

No comments:
Post a Comment