IMAN,TAQWA DAN CCTV.

 
Assalamualaikum semua...dan selamat malam..
 
 Biasanya sekiranya kita dinasihati agar jangan melakukan kejahatan dan 
maksiat...kerana semua perbuatan itu akan dicatat oleh malaikat ,namun 
segala nasihat itu tidak akan berkesan lama diingatan kita..dan pastinya
 kita terlupa terus menerus melakukan kejahatan demi kejahatan .
 
 Itulah yang Khalifah Samudera
 terfikir dan  mengelamun apabila terlihat  kamera CCTV disebuah 
restoran......apa kena mengena cctv yang KS lihat dengan perkara yang KS taip diatas...iaitu iman dan takut kepada Allah...tersentak KS
 dari lamunan apabila disapa oleh seorang rakan KS yang baru 
datang...woiiii berangan ka ?!!!!... 
 oklah kembali semula apa yang KS rasa nak share sikit apa yang KS rasa dalam diri kepada semua ...jika ianya membawa kebaikan maka ikutlah ..jika ianya 
sekadar coretan biasa..maka abaikanlah...
 
 Jika kita diberi 
amaran bahawa ada kamera cctv yg sentiasa memantau setiap pergerakan 
kita dan aktiviti kita maka barulah timbul rasa takut dan sentiasa 
beringat2 serta takut untuk membuat kesalahan ,walaupun hanya membuang 
bungkusan kecil....kerana apa?....kerana ada CCTV...entah2 cctv 
rosak.....kekekeke.
 
 Dalam hal ini ,apa yang KS fikir , KS
 sendiri adalah diantara ramai2nya manusia yang masih lagi melakukan 
kejahatan dan kemaksiatan sebenarnya adalah disebabkan oleh darjat atau 
tingkatan keimanan yg masih rendah dan belum lagi mencapai kepada tahap 
keyakinan yg teguh terhadap perkara2 yang ghaib.
 
 Sebagai 
contoh, seseorang itu akan lebih takut kepada kamera CCTV yang 
memantaunya secara sementara dan terbatas daripada merasa takut kepada 
malaikat pencatat amal yang sebenarnya memantau kita pada setiap 
saat,tanpa batas waktu dan tempat..........................
 
 Kita lebih menjaga dari berbuat kejahatan atau perbuatan dosa yg 
apabila diketahui oleh orang lain akan menimbulkan sesuatu yang tidak 
menguntungkan...kita akan lebih merasa takut apabila dosa dan kejahatan 
yg kita lakukan itu diketahui oleh orang lain daripada takut diketahui 
oleh Allah.
 
 Namun sekiranya kita ( KS ) itu benar2 
memelihara diri daripada berbuat maksiat dan kejahatan biarpun dikala 
diri sendirian..maka itulah dia hasil daripada rasa keyakinan yg tinggi 
atau disebut oleh kebanyakan ust2 " IMAN KEPADA ALLAH SWT."  
 
 
Itulah dia hakikat IMAN. Iman yang kuat akan mendorong kita untuk lebih 
bertakwa atau takut kepada Allah,sehingga segala godaan untuk melakukan 
larangan-Nya dan meninggalkan perintah-Nya dapat kita 
patahkan...........
 
  Khalifah Samudera teringat Imam Ibn Taimiyah berkata : 
 " Selagi seseorang melakukan sesuatu,sementara dia juga mengetahui 
bahawa sesuatu itu mendatangkan mudharat kepadanya,maka orang seperti 
itu layaknya digelar orang yang tidak berakal. Sebab ,ketakutan kepada 
Allah memerlukan ilmu tentang Allah ...maka ilmu tentang Allah juga 
menghendaki ketakutan kepada - Nya .Dan takut kepada Allah harus 
melahirkan ketaatan kepada-Nya.Orang yang takut kepada Allah adalah 
orang2 yang mengerjakan perintah2-Nya serta menghindari segala bentul 
larangan-Nya."..................
 
 khalifah samudera
                                                                18/6/12
                                                                1:45 AM.
 
 
 
 
 
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment