-  Nabi Muhammad dibangkit sudah
 Menyebar Islam dibumi Mekah
 Sedikit sahaja menyambut mudah
 Yang lain menolak megah..
 
 Nabi Muhammad menyeru tabah
 Menghadapi dugaan bangun rebah
 Pengikut Islam mula bertambah
 Kafir Quraysy bertambah gelabah
 
 Pengikut Islam ramai diseksa
 Diikat diperbuat seikut rasa
 Bilal,keluarga Yasir antara mengsa
 Dipaksa menduakan Allah yang Esa
 
 Nabi Muhammad dikatakan gila
 Fitnah disebar keseganap hala
 Diejek dimaki dibaling pula
 Tampil Hamzah berdiri membela
 
 Nabi Muhammad berbudi pekerti
 Jemaah Yayhrib tertarik hati
 Di Aqabah mereka menunggu pasti
 Bertemu Muhammad mendengar teliti
 
 Islam dikenal lebih dekat
 Hati mereka menjadi terpikat
 Memeluk Islam secara berpakat
 Oleh Rasulullah dimohon berkat
 
 Ditahun berikut peristiwa berulang
 70 jemaah mencari peluang
 Menemui Nabi ketika berulang
 Islam segera mendapat ruang
 
 Muaz bin Jabal diberi nama
 Antara mereka yang turut serta
 Penganut Islam golongan pertama
 Sedangkan usia belasan cuma
 
 Apabila Rasulullah datang berkongsi
 Muaz selalu ada disisi
 Menghafal hadis mengupas isi
 Beramal tekun penuh emosi
 
 Pemuda berperibadi mulia
 Dada berisi wajahnya bergahaya
 Di majlis ilmu adalah dia
 Menjadi contoh para belia
 
 Orang muda berakal cemerlang
 Cukup penyabar dan tidak pula garang
 Kepada yang buta dia penerang
 Kepada yang velik tempat berpengang
 
 Cahaya Islam tersebar terang
 Kafir Quraisy melihat garang
 Segera mereka mengerah orang
 Terjadilah beberapa siri perang
 
 Tentera Quraisy tidak terkira
 Lengkap bersenjata tiada tara
 Ke medan parang mereka mara
 Kononnya dengan semangat membara
 
 Di lembah Badar perang berlaku
 Kafir Quraisy menunjuk laku
 Muaz bertindak musuh terpaku
 Berguguran jatuh terbujur kaku
 
 Takbir bergema riuh rendah
 Tentera kafir tewaslah sudah
 Padang pasir mereka redah
 Pulang membawa seribu padah
 
 Kafir Quraisy ingin mencuba
 Melepas dendam penghapus hiba
 Perang Uhud giliran tiba
 Tentera Islam menunggu selamba
 
 Singa Allah menghunus pedang
 Menebas musuh setiap terpandang
 Kafir melihat cuba menghadang
 Tetapi mereka ramai yang kecundang
 
 Muaz turut serta
 Memburu musuh menghunus senjata
 Tangkasnya Muaz tidak terkata
 Mencari syahid bukannya senjata
 
 Kemenangan Islam seperti pasti
 Tentera kafir ramai yang mati
 Tetapi tamak bersarang dihati
 Keadaan segera bertukar ganti
 
 Dendam Quraisy belum terubat
 Yahudi datang sanggup terlibat
 Terbentuk satu angkatan hebat
 Islam di Madinah hendak dirembat
 
 Umat Islam segera ketahui
 Kafir hrndak menyerang negeri
 Nabi mesyuarat penyelesaian dicari
 Tampil Salman bijak bistari
 
 Parit dalam mereka gali
 Penat lelah tidak peduli
 Semua sahabat tidak terkecuali
 Demi Islam agama diamali
 
 Kafir Quraisy kecewa amat
 Ribut pula bertiup gamat
 bubarlah mereka ketempat selamat
 terpelihara Madinah penuh selamat..
 
 Manusdia diseru kejalan kebaikan
 Kemungkaran kejahatan perlu dijauhkan
 Redho Allahsegera dipohonkan
 Pintu ilmu dibukakan
 
 Rasulullah berangkat menemui Tuhan
 Abu Bakar menjadi Khalifah pilihan
 Memimpin umat penuh kepayahan
 Meletak asas menuju kemegahan.....
 
 
No comments:
Post a Comment