Oleh: Ismail bin Abu Bakar
Ada  satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan  dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda  Rasulullah s.a.w. seperti berikut;

Rasulullah  s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali  di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah  kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari  tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;

Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;
1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah
Dengan  itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan  terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya  yang diperolehi ialah kita akan;
1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.
Keberuntungan beramal dengan doa ini
Terhindar Daripada Bahaya
Tuan  Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak”  kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk  meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang  berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa  ini seperti berikut;
• Bila hendak memulakan perjalanan  samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang  telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau  untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko  seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang,  bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah  doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi  kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang  mungkin ada di sekeliling kita.
• Jika bacaan  tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan  seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak,  gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang  menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan  diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa  ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya  bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan  tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan  bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh  terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.
Perlu  diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada  kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang  boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya.  Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak  boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa  ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.
Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan  dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi  bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk  jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan  untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam  masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah  berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan  yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan  agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah  apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca  doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum  tidak memudaratkan tubuh badan kita. 
Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan  belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka  yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan  ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat  bertaubat sebelum mati.  
Kesan perbuatan sihir boleh  terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk  tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir  adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan  sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya  ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga  yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak  sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau. 
Pengalaman  penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan.  Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah  makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam  peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum  di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai  ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman  tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat  sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah  makanan dan minuman.
Dalam hal yang lain pula, ada juga  sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur  bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan  sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut  sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan  merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.
Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila  kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut  makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam  hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka  kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita  beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik,  manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.
Satu perkara yang  penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan  di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam  rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka  mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis  tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah  doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke  dalam rumah.
Di dalam hadis yang tersebut di atas,  Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan  itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.
Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah. 
 

No comments:
Post a Comment